Kita hampir-hampir dah ke situ.. Nak raya dah.. Dengar lagu-lagu raya dengan penuh bersemangat sekali.. Heheh.. Mood raya sudah mari dah.. Happynya!!
Di kesempatan ini, T ingin memohon ampun dan maaf, seandainya :-
TERKASAR BAHASA
TERSILAP BICARA
TERMARAH YANG TAK KENA
TERTANYA YANG TAK TENTU HALA
TERSASUL YANG TAK SENGAJA
TERMOODY YANG TAK SEMENA-MENA
TERUMPAT YANG BILA-BILA.. OOPS!!
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Ini juadah berbuka puasa pada 12/09/09.. B beli kat Restoran Rizki Tom Yam kat Mentakab.. B beli Ikan Patin Stim Bawang Jeruk, Ikan Siakap Black Pepper, Tom Yam Campur, Sup Ayam, Sayur Kailan Goreng.. Jugak beli kuih di PARAM.. T masak nasi dan buat air saja.. Alhamdulillah..
B tgh menyign doc's..
Berbuka puasa di Bukit Bendera Resort di Mentakab..


Selepas bersolat Maghrib di masjid, kami ke The Store.. Shopping barang skit..

Posing-posing sebelum masuk tido...


Ni masa bersahur pada 14/09/09.. T masak Sambal Sardin dan Telur Dadar saja.. Lauk simple tapi Nur dan T bertambah nasi.. Hehehe.. Alhamdulillah...


Majalah2 bulan ni yg belum sempat T baca habis kesemuanya.. Ada 2,3 majalah saja yg baru abis baca..



Balik rumah, tengok Ma dh siapkan juadah utk berbuka puasa.. Ma masak Ikan Kembung Masak Kicap, Ikan Kembung Bakar cicah Budu, Lala Tumis Serai, Ayam Goreng Perap.. Ada Buah Tembikai jugak.. T lak buat air saja.. Tq ma.. Rasa bersalah pulak sebab kesian kat Ma siapkan juadah tadi.. Sebelum g kerja, T dh beli lauk2 tu semua.. Kesian Ma penat masak tadi.. Sayang Ma..






Juadah berbuka puasa tadi.. Ma masakkan Kari Ayam, Ikan Kembung Bakar, ada Sambal.. T belikan kuih-muih, Ikan Bawal Berlada, Solok Lada dan Air Kelapa & Air Jagung.. Alhamdulillah.. B berbuka di Selayang hari ni. Rumah my BIL... Malam ni dia balik semula ke Temerloh.. Kes esok tak jalan.. Hakim dengar kes hari ni saja..

Terima Kasih sudi membaca entry T kali ini. Selamat bercuti panjang buat kalian semua.. Semoga bergembira di hari raya.. Ada umur panjang, kita bertemu lagi.. Insya Allah..
































































































































