Thursday, October 15, 2009

MERISIK CINTA DI PD...



Assalamualaikum..
Hari ini, 15/10.. 10 tahun yang lepas.. T telah dirisik oleh family suami T.. Sweet betul kejadian hari itu.. Masih teringat-ingat hingga kini.. Insya Allah, kami akan menyambut ulangtahun perkahwinan kami kali ke 10 tahun ini pada 12/11/2009.. Mudah-mudahan..
Jumaat lepas (09/10/09), kami ke PD.. Tapi sebelum itu, kami ke KL dulu.. Ada hal di sana.. Pas settle hal di KL, kami pun meneruskan perjalanan ke PD..


Lepak kat sini sementara menunggu B..



Kami stay kat ILF FAMA.. Adik ipar amik 2 apartment 2 bilik... Ini Shikin, biras T dari Sg. Rambai, Melaka..



Anak-anak dan sepupu mereka..



10/09/10.. Breakfast time..



Aksi2 kami dok mandi.. Credit to my SIL, ERYN yg amik gambar2 nie..





Belah petang ari Sabtu, T dan hubby ke rumah sahabat baik T, Emy.. http://mummyezhanerfan.blogspot.com

Kami lunch di sini.. Emy masakkan Nasi Minyak.. Sedap!! T tak malu makan bertambah.. Cover malu kat Emy dan hubbynya.. Hoho.. :-p




Posing sebelum balik.. Tq tuan rumah!! Nanti jemput datang berjalan ke Temerloh pulak ye? Nanti T masakkan Gulai Tempoyak Ikan Patin tu tau!!







Balik jamu budak2 makan Nasi Minyak yg Emy tapaukan tadi.. Diaorang cakap tq kat Aunt Emy.. :-D





Pagi Ahad.. 11/10/09



Turun mandi di kolam dan jenjalan kat kawasan pantai...




Cak!! Hehehe..



Dah siap mandi.. Nak naik bilik bersiap untuk balik dah..



Posing-posing sebelum balik...


Kami bergambar ramai2..



Tq pada my sil, Su Da dan suaminya, Sepul.. Ajak kami berjalan ke PD kali ini.. :-)



Jalan jem.. Sejam perjalanan nak lepas ke Teluk Kemang..



Brenti makan di Rest. Sup Ani Utara di Bandar Baru Bangi..


Yumm..... Yumm..


Pas antar my sil naik komuter di hentian UKM Bangi tu, kami ke Putrajaya nak cari bilik.. Tapi last2 patah balik ke Bangi.. Tido kat Hotel Residence @Bangi.. B ada urusan kat Putrajaya esok..



Dalam bilik..




Our dinner..


Kenyang .. Alhamdulillah..



12/10/09.. Breakfast time..


Pas B settle bt kerjanya di Perbendaharaan.. Keta kami mati pulak.. Nasib baik dh janji nk jumpa Shima http://shimazahar.blogspot.com T call dia balik tanya ada jumper tak? Dia kata nanti dia cari.. Dan dia bawakan untuk kami dr opisnya.. Tq so much Shima.. Tak ada u masa tu, entahlah kami nak menggagau ke mana!! Kami betul2 berterima kasih pada u.. Dahlah dia belanja makan minum kami pas tu kat Food Court.. Pas tu siap bagi gift pulak buat T dan anak2.. TQ SO MUCH SHIMA!! SAYANG U!!
Gambar2 kami bersama.. Ini merupakan pertemuan kami yg ke 2.. Pertama kali, tahun lepas.. Masa kenduri kawin adik ipar T di Kelantan..



Gambar kami berdua..



Balik dari Putrajaya, kami ke KL pulak.. Settle kerja B kat sana.. Kami terus pulang ke rumah..
Jumpa lagi di lain entry.. T tak berkesempatan nak membalas komen2 kalian.. Tetapi terima kasih kerana sudi mengunjungi T di sini..
Muah!! Muah!!
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!
HAVE A GREAT WEEKEND!!
TAKE CARE..

Thursday, October 08, 2009

SEBELUM DAN SELEPAS


Assalamualaikum....

Ini kerja B selepas kita menyambut hari raya.. RAJINla pulak dia nak mengecat kat luar rumah ni.. Biasanya kami ngecat satu rumah 2 tahun sekali.. Tapi last ngecat rumah ari tu.. Tahun 2006.. Dekat 3 tahun dah tu.. So, tahun ni.. Dia mengecatlah.. Sebelum ni upah orang saja.. Tapi kali ni tak ngecat satu rumah.. Coz tengok warna cat ok lagi.. Kalau dulu pakai cat Sea Master.. Tahun ni pakai cat brand ni lak.. Em.. Baru aku sedar.. Rajin jugok tok laki aku ni dih!! :-p

Gambar di hadapan rumah sebelum dicat..



Gambar di hadapan rumah selepas dicat..


Thursday, October 01, 2009

CERITERA RAYA 2009 2009



Assalamualaikum...

Lama bercuti.. Rasa "MALAS" pulak nak mengupdate blog.. Tapi bila melihatkan blog u ols meriah ngan cerita raya.. T pun rasa terpanggil nak menceritakan hal yang sama.. T mulakan aktiviti T dan family pada 17/09/09.. Sudi-sudikan... :-p

17/09/09

Ari ni T hantar Ma dan Abah balik ke kampung.. Bawa balik jugak barang-barang dapur yang diborong di Mentakab... Settlekan jugak penghantaran peti sejuk jenama Samsung kat Kuala Krau.. Ma dan Abah seronok sangat dapat beraya ngan peti sejuk besar dan baru mereka tu!! :-) Dalam sejam di Kuala Krau, T dan anak-anak ke opis pulak... Settlekan keje serba-sedikit (mood keje dah tak ada.. pikir nak raya saja).. Tukar duit raya di Maybank.. Dalam RM300 RM1.. Nak bagi duit raya kat budak-budak yg datang beraya nanti.. Adik bongsu T pulak baru tiba dari Segamat.. Dia lepak2 kat opis dulu.. Petangnya kami berbuka di Restoran Rizki Tom Yam di Mentakab.. Ajak kawan B berbuka sekali.. T order Ikan Patin Stim Bawang Jeruk, Ikan Siakap Black Pepper, Telur Dadar 4 biji, Tomyam 4 orang makan, Kerabu Sotong, Udang Celup Tepung, Ayam Goreng Kunyit, Sayur Kailan Ikan Masin, Sejug Air Tembikai dan Sejug Air Fresh Orange.. Oh! Kami makan dengan berselera sekali.. Masa balik dari restoran tu, B berikan T kamera NIKON D3000 yang dibelinya di Armcop Mall, PJ.. Saja je dia tak berikan pada T terus masa dia balik dari PJ ari tu.. Dia sorok dalam keta dulu.. Pagi tadi dia hantar mms kat hp T, tunjuk camera tu.. Bila T tanya dia beli ke camera tu?.. Dia kata tak.. Pandai je nak surprisekan orang tau!! Apa-apa pun, kami memang bergaya sakan ngan camera baru masa raya lepas.. Gambar cantik-cantik.. Tq sangat-sangat pada B sebab belikan camera ni buat T!! Gambar raya akan T upload di FACEBOOK.. Kat sini susah nak upload gambar banyak-banyak...

18/09/09

Dalam pukul 11 pagi gitu, kami kuar ke Temerloh.. Cari barang-barang raya sikit lagi.. Puas gak dok mencari tudung dan baju raya anak-anak.. Dari kedai ke kedai.. Dengan orang ramai gitu.. Tak sanggup mak lain kali nak soping last minute!! Sesak napas mak dibuatnya!! Nasib baik mak tak pose ari ni tau!! Hehehe... Singgah kat Kaid Johar.. Yang dibeli di situ ialah alas meja makan dan 2 pasang brooch.. Mak Su lak singgah beli hand phone baru untuk Ma.. Singgah kat Guardian.. Beli alat make-up Maybelinne.. Ingat nak cari make-up Farmasi Cosmetic Color.. Nanti kalau g KL.. Nak cari make-up tu.. Halal pun halal.... Kemudiannya, kami lepak-lepak kat opis sebab B nak g solat Jumaat.. Kat opis mak minum air kotak soya yang mak ambik dalam peti sejuk tu dan makan biskut.. Kenyang sekejap aje.. Sian adik dan anak2 T.. Letih diaorang.. Kemudian kami sambung soping kat area Lurah Semantan pulak bila hubby dh habis solat.. Cari tudung.. Dapatlah 4 helai.. Jenis selendang yang macam Rini AF7 tu pakai.. Tapi rasa macam tak sesuai sebab pipi makkan tembam!! Redah ajelah.. Tak kuasa nak mencari dah!! Kaki rasa bagai nak tercabut.. Menyesal tak cari tudung dan kasut awal2 dulu.. Lain tahun mak memang tak kuasa dah nak beli barang-barang raya last minute gini.. Mak tak suka!! Padan muka mak ni!! :-( Sebab dah tak tahan g sana g sini cari tudung dan kasut.. Mak pun dengan rela hati mengajak cik hubby (yang sporting dan tak mengeluh) temankan mak soping ni.. Balik terus.. Tapi esok nak ke Temerloh lagi cari barang-barang yang masih belum lengkap tu.. Takkan beraya pakai tudung lama? Kasut/Sandal lama? Tak pernah lagi rasanya beraya dengan tudung dan kasut lama.. Mesti nak cari yang baru jugak.. Itulah.. Memang padan ngan muka mak nikan?? Mmmmm... Sebelum balik ke rumah.. B g menapau lauk di Pasar Ramadhan.. B beli Ayam Pusing, Gulai Kawah, Popia Basah, Puding Caramel dan jugak Akok.. Kemudian kami balik lepak di rumah.. Masa nak turun dari rumah dalam pukul 6.00 petang tu, T dapat msg dr Aimi.. Suh g rumah dia.. T pun singgahlah ke rumah Aimi.. Wah!! Dia bagi T kuih raya.. Tart Nanas.. Sedap!! Pandai u buat Aimi.. Pas tu T ajak dia bergambar.. Paksa gak dia bergambar ngan T.. Kami berjumpa dh banyak kali tapi tak pernah nak bergambar sama.. Sebenarnya, kami dok setaman.. Tapi itulah.. Tak pernah ada peluang nak hang out sesama.. Pas ni kita plan dating ye Aimi?? :-) Tq bagi kuih raya kat T.. T pun ada bagi kad dan kuih raya buat Aimi.. Kuih Kacang.. Bukan T buat.. T beli aje.. Memang niat nak bagi kad dan kuih raya kat Aimi sebelum ni dan Alhamdulillah.. Termakbul jugak niat T tu.. Hehehe.. Kemudian, kami terus balik ke Kuala Krau.. Kakak ke 2 T, Kak Na dari Kulim, Kedah dah sampai di kampung.. Bersalam-salaman, berpeluk-pelukan dan kami terus masuk dapur.. Tolong apa-apa yang patut untuk berbuka puasa.. Ma masak Asam Pedas Ikan Patin.. Belah malam pas pengumuman raya, Ma bagi bunga api untuk cucu2 dia main.. B lak nampak sedih aje.. Dia tak dapat balik kg dia tahun ni.. Hahaha.. Tak apalah tak dapat balik kg B pun.. Bulan puasa baru ni dah balik sana dah.. Pas tu dok beraya sana sejak tahun 2005 lagi.. So, tahun ni braya kat kg mak lah pulak.. Hoho.. (ketawa jahat!!).. T tak kisah sebenarnya beraya kat mana-mana.. Balik Kelantan syok apa.. Ramai sedara-mara nak diziarahi.. Semua family belah Abah dan Ma T pun memang dok Kelantan.. Tapi bila mengenangkan permintaan keluarga T nak beraya bersama T dan family tahun ni.. T turutkan.. Adik-beradik dok pakat merajuk sebab T sokmo kelik raya kat Kelantan.. Sejak tahun 2005 lagi.. Kesian diaorang.. So, tahun ni.. T kata kat hubby.. Nak beraya di Kuala Krau.. Tahun depan raya kat Kelantan pulak.. Gilir-gilir.. Baru 2 pihak puas hati.. Mmmm.. Gitulah.... Pas abis tengok Nur Kasih.. Kakak dan adik-adik T tiba dari Rawang dan Serendah.. Cuma 2 beradik yang tak balik tahun ni.. Kak Long beraya di Kelantan dan Abang Teh beraya di Perak.. Sedih arr tak dapat berkumpul jugak 8 beradik tahun ni.. Sedis.. Mak sedis sangat-sangat.. :-( Malam ni kami bergilir-gilir buat facial ngan Kak Na.. Dia gunakan produk NewCell.. Maklumla.. Orang tu keje kat salun.. Putih bersih jadinya kulit muka kami adik-beradik dia sental buat facial.. Semuanya free pulak tu.. Memang puas hati mak ni!! :-)

19/09/09

Pagi dalam pukul 6.30, Ma, adik dan kakak T ke pasar.. Cari lauk-pauk... T tak pegi.. Kirim duit saja.. Tunggu berkemas-kemas kat rumah.. Bila diaorang balik dari pasar, terus masuk dapur.. Tolong apa-apa yang patut.. Rajin abang ipar mak, Abang Lang siang 8 ekor ayam, 2kg daging, 2kg tulang dan jugak kaki lembu.. Memang rajinkan??... My hubby? Buat apa masa tu?? Tolong apa ye? Hehehe... Dia tolong tengok aje kami buat kerja.. Mentang-mentang dia bagi duit beli lauk-pauk tu semua.. Dia boleh relax2 ye?? Amboi!! Biasa dia tu!! Dalam pukul 10.00 pagi gitu.. T, hubby dan anak-anak ke Temerloh.. Singgah di Cowboy beli air botol karbonat, Mee Hoon, Laksa, Sebalang choclate, arang dan tempat pembakar satey.. Pas tu kami terus ke kedai berhampiran opis hubby.. Punyalah semalam bagai nak rak cari baju kurung Nur dan baju melayu Adib.. Last-last nak tahu jumpa kat mana? Kat mana lagi kalau bukan kat kedai bawah opis hubby T aje!! Alahai.. Cubaan pertama terus anak-anak suka.. Adib pilih baju melayu warna biru dan Nur pilih baju kebaya warna biru jugak.. Settle baju anak-anak.. Singgah Kedai Kak Yah beli kuih raya lagi.. Then ke BATA.. Cari sandal.. Pilih punya pilih tak ada size.. Kuar dari kedai tu, masuk lagi 3 kedai.. Tak ada jugak.. G kat kedai VERNS.. Tak ada jugak.. Singgah beli songkok Adib di Teluk Ria dan patah balik ke BATA.. Nak tahu T pilih kasut raya mcm mana tahun ni? Capal yang menjadi pilihan.. Warna dark brown.. Nasib baik padan.. Size 8.. Capal pun capallah.. Dah tak ada pilihan.. Memang betul padan ngan muka mak ni!! Kemudian.. Dalam pukul 1 tgh hari, kami balik ke rumah di Temerloh.. Letak bag2 dalam keta.. Kunci pintu rumah elok2 dan kami pun pulanglah ke Kuala Krau.. Singgah di Kerdau.. Beli 4 batang lemang.. Sebatang RM10.. Rugi Tak beli banyak.. Sebab sedap sangat!! Sampai di Kuala Krau dalam pukul 3 ptg.. Rehat, mandi bagai.. Bersiap-siap untuk juadah berbuka puasa.. Abah masak seperiuk Sup Kaki.. Ma lak masak Nasi Tomato.. Yum! Yum! Dah lama tak makan Nasi Tomato yang Ma buatkan.. Makan berebut-rebut.. Ramai-ramai.. SERONOK!! Belah malam layan budak-budak main bunga api.. Kami berborak sakan adik-beradik.. Macam-macam cite yang kuar.. Lauk juadah dah siap masak.. So, malamnya dok berborak-borak ajelah..

2009 2009

Hari ini HARI RAYA!! Tarikh hari ni cantik sangat-sangat.. Teruja mak dibuatnya!! T call mak mertua di Kelantan.. Ucap Selamat Hari Raya.. Minta ampun dan maaf.. T tak g solat sunat Aidilfitri tahun ni.. Samalah macam tahun lepas jugak.. Frust sangat2!!.. Yang lain je pergi masjid.. T dok rumah, berkemas di ruang tamu dan jugak menyediakan juadah di atas meja makan.. Menu juadah pagi raya tahun ni macam tahun-tahun sudah.. Ada Lemang, Ketupat, Satey, Rendang Tok, Rendang Ayam, Nasi Impit dan Kuah Kacang.. Make-up dan bersiap bagai.. Tunggu kepulangan diaorang dari masjid. Pas bersarapan ramai-ramai, kami pun mengambil kesempatan bermaaf-maafan.. Start daripada Ma dan Abah, Mak Ngah sampailah ke Mak Su.. Diikuti oleh cucu-cucu.. Adik-beradik.. Suami dan isteri.. Dan bersama keluarga masing-masing.. Kemudian, tak sempat nak posing lebih-lebih.. Orang dah serbu rumah nak beraya.. Tak ada gambar raya satu family!! Sedih.. Sedih!! Mula-mula family Mak Cik Yati yang datang bertandang, (kawan Ma).. Kemudian Family Pak Ngah dari Kg. Gong Holt (1 van dan sebuah kereta), Family Pak Da (4 buah kereta), anak-anak jiran dan kawan-kawan adik-adik T.. Sebelah tengahari, dok lepak rehat kat rumah saja.. Sebelah petang, ada lagi kawan-kawan adik-adik T yg datang beraya.. Pas tu sempatlah bergambar sat ngan anak-anak sedara kat depan rumah.. Pas bergambar, tengok GELETEK RAYA.. Klakar tul Ah Chong dan Din Beramboi tulah.. Gelak sungguh ngan gelagat diaorang tu.. Tak tahan mak dibuatnya tau!! Hahaha.. Sebelah malam pulak.. Kami rehat kat rumah saja..

21/09/09

Hari ni Ma buatkan Nasi Lemak dan Laksa Lemak.. Emm.. Semuanya berlemak-lemak!! :-D Kemudian, kami bersiap-siap nak keluar rumah.. Alih-alih engkau ha.. 6 biji kete datang beraya kat rumah Ma hari ni.. 5 biji keta tu sedara belah Abah dari Jengka 18 dan sebuah kereta lagi jiran lama kami dulu.. Kami terus masuk dalam rumah, siapkan juadah buat tetamu yang datang.. Habislah 6 peket laksa yang T belikan kat Cowboy ari tu.. Alhamdulillah.. Seronok menjamu orang makan ni.. Orang datang ke rumah.. Bawa rezeki buat tuan rumah tu.. Jangan ada yang tak tahu pulak ye? :-p Sebelah petang, kami ke Jengka 15.. Rumah Besan Ma.. Alih-alih bila kami dh sampai sana.. Adik T call, dia kata ada 40 orang datang beraya kat rumah Kuala Krau sekarang.. Alamak!! T pun kata.. Layan ajelah.. Kami dh sampai Jengka dah!! Haru!.. Sian tetamu.. Diaorang lah yang bancuh minuman sendiri.. Itu rombongan dari Felda Jenderak Selatan.. Adik angkat Ma.. Mmmm.. Dalam pukul 11.30 malam, kami pun tiba di Kuala Krau.. Layan Lawak King Raya.. Kelakarla Zizan dan Johan tu.. Ketawa mak melihat gelagat diaorang.. :-) Teringat kat Zizan masa nampak dia kat Jeti Kuala Besut.. Masa tu kami nak menghala ke Pulau Perhentian.. Dia baru balik dari sana.. Setakat berbalas senyuman ajelah.. Tak de nak bergambar-gambar bagai.. :-) (Hubby lak dok jeling2 mak masa tu.. hahahaha) Tapi mmg T tak nak bergambar pun.. Ada ngat peluang.. Tapi malas.. Masa tu Afdlin Shauki pun ada.. Along Raja Lawak.. Lo.. Artis mat saleh tu.. Dan sorang model tu... Wahida tak silap namanya..

22/09/09

Sarapan pagi ni Ma buat Nasi Kerabu.. Kemudian kami ke Felda Jenderak Selatan.. Ke rumah adik angkat Ma.. Dia dah sediakan juadah untuk makan tengahari di rumahnya.. Semalam dia datang rumah kami, kami tak ada.. Hari ini dijamunya kami makan tengahari di rumahnya pulak.. Aduh! Baiknya tuan rumah!! Berselera kami makan nasi di rumahnya tu!! Lauk-lauk semuanya membuka selera kami.. Selepas itu kami ke rumah salah seorang staff hubby T, Kak Anis.. Di Felda Jenderak Utara pulak.. Dijamunya kami pulak Spageti dan jugak Air Koktail.. Sedap sungguh rasa Spageti Kak Anis tu.. Kalahlah Spageti di Pizza Hut tu tau!! Kemudian, kami ke rumah kawan Abah pulak.. Nak anggap kawan pun, dh rasa mcm adik-beradik.. Bila Ma dan Abah tinggal berdua.. Merekalah yang datang jenguk.. Tanya khabar Ma dan Abah, Dah makan ke belum.. Uuissh! Susah nak cari orang sebaik tu sekarang ni.. Alhamdulillah.. Ada jugak orang dok amik berat pasal Ma dan Abah di kala kami adik-beradik tak dapat pulang menjenguk mereka.. Yang paling T suka sekali ialah melihat rumah2 di kawasan felda ni.. Tak kira mana-mana felda sekarang.. Semua rumah lawa2.. Banglo2 ha.. Suka betul mak melihatnya tau!! Dalam pukul 3.00 petang, kami pun pulang ke rumah.. Rasa tak larat nak berjalan raya dah.. Balik rumah, berehat bagai.. Datanglah pulak anak jiran lama Ma dulu.. Kak Yah dari Gemas.. Diaorang datang dalam pukul 5.00 petang gitu.. Jamu nasi bagai ngan Sup Tulang.. Diaorang pun pulanglah semula ke Gemas.. Seronok dapat berjumpa Kak Yah setelah lama tak bertemu.. Dia anak jiran Ma masa duduk di Quaters Keretapi Kuala Krau dulu.. Kemudian, datanglah kawan-kawan Abah T beraya di rumah.. Sebelah malam pulak, kawan Kak Na tiba dari Bukit Mertajam, Penang.. Jauhnya depa berjalan nak mai raya kat Pahang.. Hehehe.. Kami jamu mereka makan malam di rumah.. Abah buat Sup Tulang hari ni.. Sediakan jugak buat Mee Hoon.. Sedap layan ngan kuah sup tu.. Anak-anak T makan bertambah2.. Apa daaa... Tak ingat orang lain dah.. :-)Bila depa balik semula ke (Senawang, rumah adik depa kat sana).. Kami pun terus makan malam bersama-sama.. Depa singgah sekejap aje untuk kenai-kenai kami kat Pahang ni.. Dalam pukul 10.30 malam, T dok layan cite Gossip Girls kat Chanel 708.. Kemudian, sambung boraks dan dalam pukul 1.30 pagi, masuk tidur.. Penatnya...

23/09/09

Pagi ni kami bersarapan Nasi Goreng dan Keoy Teow Goreng.. Kak Na yang masak.. Mak bangun lambat.. Hahaha.. Selepas lunch, kami balik ke Temerloh.. Family Abang Ipar dari Kelantan nak singgah beraya di rumah kami di Temerloh.. Diaorang otw nak balik ke Selayang.. Anak sedara B yg belajar kat UNISA, Australia pun ada balik.. Cuti dalam 2 minggu aje.. Mmm.. Tahun lepas dia tak balik.. Tahun ni dia nak balik jugak.. Tambang pegi balik dah cecah RM4000.. Semangat nak balik beraya kat Malaysia tu.. Dia kata kat airport sana, semua pelajar Malaysia yang balik.. Meriah semua nak balik beraya kat sini.. T cuma sempat masak Seekor Ayam.. Masak Sambal.. T jugak ada masak 4 ekor Ikan Patin Masak Tempoyak.. Tapi gulai tempoyak diaorang tak makan... Sebab letak tempoyak.. Lain kali mak kena ingat.. Kalau nak jamu orang Selayang makan gulai ni, jangan letak tempoyak.. Ingat mak.. Ingat!! :-p Oleh sebab masa dah suntuk nak masak lauk untuk diaorang.. (sebab diberitahukan lewat nak singgah, sementelah kami masih di Kuala Krau), B tapau lauk kat Rest House Temerloh.. T masak nasi dan buat air.. Diaorang singgah sekejap aje.. Dalam sejam gitu.. Sebelah malam, family kakak-kakak T dan adik T, singgah makan dan tidur di rumah T malam ni.. Boraks.. Tengok gambar-gambar raya kat pc ni.. Riuh-rendah!! Dalam pukul 1.30 pagi, T masuk tidur..

24/09/09

Pagi, kakak-kakak dan adik T pun pulanglah ke rumah mereka di Kulim dan di Serendah.. T tak masuk opis ari ni.. Still in mood raya.. No kerja2.. Hehehe.. B aje g opis.. For lunch, T masak Nasi Goreng.. Sebelah malam masak Ikan Patin Masak Asam Pedas.. Esok janji nak jamu staff hubby.. So, sebelah malam g The Store.. Cari barang-barang untuk jamu mereka esok..

25/09/09

Hari ni T masak Kuah Kacang.. Nasi Impit Segera dah rebus malam tadi.. Jugak T sediakan Mee Hoon Sup Soto.. Buat sambal Kicap.. Ada Air Koktail.. Kuih Raya.. (Pagi tadi g cari bahan-bahan basah kat kedai... ) Dalam pukul 2.00 petang, pas Solat Jumaat, B bawa 2 orang kawannya datang makan di rumah.. Pas tu dalam pukul 5.15 petang, staff2 hubby lak datang beraya.. Zu (bekas staff hubby) pun datang beraya jugak.. T jugak jemput Kak Wa dan anak-anaknya.. Suaminya dah datang beraya sekali ngan hubby pukul 2.00 petang tadi.. Alhamdulillah.. Makanan cukup dan tak berlebih banyak.. Malam pun dok makan menu yang sama jugak.. Pas mandi, solat bagai.. Tonton Mega Movie di TV3.. Cite POTC...

26/09/09

Hari ni adik bongsu T datang ke rumah.. Dia naik bas ke Kuantan pukul 4.00 petang.. Dari Kuantan dia ke Segamat ngan kawannya.. Sebelum T hantarnya ke Terminal Bas, kami singgah beraya di kedai makan Kak Long.. Dia tak ada kat rumah.. Ada kat kedai.. So, kami beraya kat sana sajalah.. ADAM makin nak berboraks ngan Adib.. Macam bunyi kucing dok mengiau dan seakan-akan berborak ngan kucing yang lain tu.. Ha.. Kelakar!! Hehehe.. Sebelah malam, dalam pukul 7.00.. Adik hubby baru tiba dari Kelate.. OTW nk balik ke Subang.. Singgah dinner kat rumah kami.. T masak nasi saja.. Buat Air.. B tapau lauk kat Restoran Rizki Tom Yam.. B order Ikan Patin Stim Bawang Jeruk, Ikan Siakap Black Pepper, Ikan Tilapia Bakar, Sup Ayam, Tom Yam, Ayam Goreng Kunyit.. Diaorang pun singgah sekejap saja.. Dalam sejam setengah gitu.. Pas diaorang balik, T mengemas2 dan melayan MAJALAH 3 & CEREKARAMA, KUIH GOYANG SEHA.. T suka melayan cite-cite raya gini.. Seronok lihat gelagat orang nak sambut/beraya ni.. Macam-macam ragam... :-D

27/09/09

Bangun pagi tadi .. Tengok ruang tamu bagai berseri.. Mana taknya.. B dah lap bahagian cat di dinding yang putih-putih tu ngan kain.. So, dh jadi bersih dah.. Tak ada tompok-tompok putih lagi.. Kemudian .. Dia suh T bersiap.. Nak cari cat katanya.. Dia nak cat kat bahagian luar rumah.. Uii.. Rajinnya pulak.. Pas beraya baru nak cat rumah bagai.. :-) T ok aje.. Rumah cantik pun T suka hati jugak... :-) Kami g tapau lauk for lunch dulu.. Then cari cat.. Pas tu terus balik ke rumah.. Makan.. Solat bagai.. B pun start tugas mengecat.. T tak tolong.. T layan TV aje.. :-p.. Di samping tengok2kan buku2 sekolah anak2 besok.. Sebelah malam, T tonton cite raya.. TAKBIR TERAKHIR dan jugak RUMAH TERBUKA AF7.. Best!!

28/09/09

Hari ni T dan hubby tak ke opis.. Tapi anak-anak ke sekolah.. B dok bz mengecat.. T layan cite di TV.. Gitu-Gitu Apek tahun 2006.. T tak tengok dulu.. Tahun ni baru berkesempatan nak tengok.. Kelakar giler!! B sampai berenti ngecat sebab nak tonton program ni .. :-D.. Sebelah petang... Pas T g amik anak2 kat sekolah.. Singgah beli ayam di Pasar Malam.. Balik rumah T masak Ayam Masak Kicap dan Ayam Goreng Black Pepper.. Lunch tadi tapau je.. Malam ni masaklah.. Sian kat B dan anak2.. Anak2 lak makan bertambah2 spi pesan suh masak lagi menu cam ni esok hari.. Macam-macam..

29/09/09

Hari ni T start Puasa 6.. Tadi g buat spek mata Adib.. Tinggi powernya.. 150.. Rabun dah anak bujang mak ni.. Sian dia.. Hari ni T g opis.. Mood keje dah mari.. Tapi dalam bilik tadi, dok pasang lagu2 raya aje.. Lagu2 yg belum ada, T download lagi.. Meriahnya Raya!! :-p Belah petang balik rumah.. T goreng nasi aje untuk berbuka puasa.. Call Aimi dan beli lauk di restorannya.. Dia kata 1hb. 10 baru bukak.. :-p.. Yelah.. Orang still dalam mood raya lagi.. Masa nilah nak bersama keluarga.. Kan Aimi? Kan??

30/09/09

Hari ni Puasa 6 hari ke dua.. Balik pada opis T masak Kari Ayam, goreng Ikan Kering Plata dan Sambal Belacan.. Anak2 makan bertambah2.. Suka tengok diaorang makan.. Gambar T tak ambik.. Tak sempat mak dibuatnya tau!! :-p

01/10/09

Tadi beli 2 batang payung di AVON.. Cantik.. Satu RM9.90 dan satu lagi RM14.90.. Tak yah beli apa2.. Terus je boleh beli payung tu.. Letak kat opis.. Nanti senang.. Kalau ujan aje, mak capai payung tu meredahinya.. :-D Untuk berbuka puasa sunat 6 hari ni.. Mak beli KFC.. Dah lama tak pekena KFC.. Yummy!!

Sekian dahulu untuk coretan kali ni.. Gambar-gambar mak akan cari masa upload kat FACEBOOK nanti.. Terima kasih sudi meluangkan masa melayan entry mak kali ini ye!! Sehingga ketemu di lain entry ya.. Muah!!