Posts

Showing posts from January, 2010

ABAH WARDED...

Image
Assalamualaikum...

Setelah "DIPAKSA" oleh T (atas nasihat kawan T di gym, (bekas nurse), sebab abah lately ni kerap kencing, demam, batuk-batuk.. Sebelum tu dah lama pujuk Abah ke hospital, tapi Abah tak nak.. Biasalah orang tua.. Bila dia dengar cerita jiran-jiran yang ke hospital bila balik lagi teruk keadaannya daripada sebelum pergi ke hospital.. Dia rasa takutlah jugak..), Abah pun bersetuju nak ke hospital.. T suruh adik call ambulance di Klinik Kesihatan Kuala Krau.. Setelah diperiksa, kencing manisnya tiada nombor.. (Abah dah ada kencing manis selama 10 tahun yang lepas, tapi taklah seteruk sekarang.. Cuma pada tahun 2006, Abah pernah jatuh dan ditahan di Hospital Tanah Merah.. Masa tu dia ada di Kelantan, juga bila diperiksa.. kencing manisnya tiada nombor..) Setelah diperiksa pula oleh doktor pakar (nasib baik masa dia pergi klinik tu hari yang ada doktor pakar, hari Selasa (05/01/10)).. Doktor suruh rujuk ke Hospital Temerloh pulak.. Setelah berada selama 2 jam di …

ABAH..

Image
abah sakit hatiku menjerit abah meracau jiwaku kacau abah menderita aku berduka cita abah lemah aku tak mahu rebah abah menangis hatiku terhiris abah membisu aku lesu abah merintih jiwaku pedih abah membatu aku buntu abah terkeliru fikiranku bercelaru abah tersisih aku bersedih abah terbaring aku rungsing abah merana aku serba tak kena abah terseksa aku merasa abah sengsara hatiku lara abah semakin nazak nafasku turut sesak!!