Tuesday, January 19, 2010

ABAH OH ABAH...



Assalamualaikum....


Kesihatan Abah semakin pulih.. Alhamdulillah.. Berkat doa kalian semua.. Abah semakin sembuh.. Cuma Abah ada penyakit TIBI sekarang.. Semalam telefon Ma dan dia cakap ada dua orang doktor datang melawat Abah.. Dan kami telah pun mengambil langkah berjaga-jaga untuk menjaga kesihatan.. Insya Allah.. Sekarang Abah dah tak perlu pakai pampers.. Dah larat ke bilik air sendiri.. Makan sendiri.. Berjalan-jalan di sekitar rumah dan selera makan semakin bertambah.. Kami sekeluarga gembira dengan perkembangannya yang terkini.. Semoga Abah semakin sihat dan bertambah kuat.. Insya Allah..

Saja dok tayang gambar ni.. Majalah-majalah ni belum sempat T baca lagik.. Bila nak dibaca ni ye??



Gambar diambil di dalam kelas Nur pada 05/01/10... Hari pertama tak temankan dia ke dalam kelas.. Dia cakap mak ayah orang lain ramai yang hantar anak-anak dalam kelas.. Ummi dengan Abah tak ada.. Aduh! Kesiannya dia.. So, hari kedua bersekolah ni.. T temankan dia sampai ke dalam kelas.... Nur dan Adib duduk di kelas pertama semenjak dari darjah 1 lagi.. Adib 4 Brilliant.. Dan Nur 2 Brilliant.. Kena bersaing dengan budak-budak pandai.. Kena kuat belajar dari sekarang.. :-)




Gambar ni kat hospital pada 07/01/10... Kak Long dan Abah..




Kak Na balik dari Kulim.. Tengah dok potong kuku Abah tu..



Ramai-ramai.. Ada lagi jiran dan saudara yang datang melawat Abah ketika di hospital.. Tapi T tak ambil gambarlah pulak.. :-)



Gambar ni pada 08/01/10.. Abah dah boleh keluar masa ni.. Tu yang tolak kerusi roda adalah Pak Saudara Abah.. Ayah Nor.. Harapkan dia dan anaknya tolong T dan adik temankan Abah keluar hospital.. Yang lain-lain dah balik mengemas rumah di Kuala Krau.. T nak ucapkan terima kasih kepada warga kerja HOSHAS di Wad Kenanga 12.. Kalian memang cekap menjalankan tugas.. Cuma hati T tercalar balar dan air mata tumpah menangis kerana kerenah jaga di situ.. Bayangkan Abah naik kerusi roda.. T pulak ambil jalan utama yang sudah dihalang dengan kerusi.. Bila jaga tu nampak T lalu kat jalan utama tu, dia jerit dan marah "Tak nampak orang dah halang jalan"? T jawab "Saya tahu, saya nak ambik Abah saya naik wheel chair tu"!.. Kemudian sorang lagi jaga berkata "Ok kak.. ok.. Dan T jawab, "Terima Kasih banyak-banyak"! Terus T drive kereta sampai air mata tumpah dengan lajunya.. Macam aku ni hina sangat.. Macam aku ni bodoh tak tahu peraturan tak boleh lalu kat jalan yang dah dioarang hadang tu.. Tapi kalau aku tak lalu kat situ.. Abah aku nak berjalan macam mana? Itu yang buat aku sedih.. Dan geram aku nak bertanyakan jaga yang over giler tu.. Berapa sangat gaji enkorang hospital bayar sampai nak berlagak kurang asam macam tu?? Tapi aku tahankan.. Aku cuma luahkan dalam hati.. Selama Abah sakit masuk hospital taklah aku beria menangis macam tu.. Tapi mengenangkan aku diherdik depan orang ramai.. Macam aku bodoh sangat tak tahu peraturan.. Itu yang buat aku sakit hati dan sedih.... Macam aku ni hina sangat di mata jaga tu.. Dahlah nak masuk tengok Abah waktu melawat pun di sekat-sekat.. Aduhlah...



Malam tu, kami balik ke Kuala Krau.. Kami 7 beradik berkumpul di sana.. Kakak di Serendah saja yang tak dapat balik.. T saja dok amik gambar anak sedara T ni.. Adam... Tu Mak Su yang punya kerja letak bear cam gitu tu.. :-)



09/01/10

Sarapan kami.. Nasi Berlauk..



Ramai jiran yang datang bertandang.. Menziarahi Abah.. Hari ini 2 orang adik Abah datang dari KL.. Bawa sekali Mak Abah yang datang dari Kelantan.. Masa ni sedang makan tengahari..




Selepas makan nasi, kami makan aiskrim pulak.. Ini gaya kami sedang makan aiskrim.. Makan aiskrim pun kena ada gaya ke??





Ma buatkan Kuih Seri Muka ni.. T tak reti buat apa-apa kuih pun.. Tahu makan sajork!! :-p



Adik T, Nizam.. Belikan katil ni untuk Abah.. B dan anak sedara T, Amirul dok pasang katil tu...



Adik-adik T baru pas mandikan Abah..



Abah selesa dok kat katil baru.. Kena ada ruang tingkap dan pintu.. Untuk udara keluar masuk.. Abah dan adiknya..



Minum petang dah disediakan.. Separuh kuih B beli di Temerloh masa nak cari katil tadi..



Tea-time..




Diaorang nak balik dah masa ni.. Ada masa kita jumpa lagi ye!!




Abah bersama Maknya..



T tumpang menyelit bersama Abah dan Nenek..



Adik T, Nizam dok cukur jambang Abah..


Letak krim kat kaki pulak...


Adik T, Mak Su dan Eidi dan Kak Na ke sungai.. Mak Su ada kerja nak dibuat.. Menemubual penternak ikan sangkar..




Saya sangat jeles melihat gambar-gambar ini tau!! :-( Sebabnya saya pun mahu bergambar seperti mereka di tepi sungai ini!!




Sedara Abah datang melawat.. Pak Ngah dan Mak Ngah dari Kg. Gong Halt..



Ikan-ikan yang Mak Su dapat tadi.. Tokey ikan bagi.. :-)



Dinner kami..



10/01/10

Tarikh hari ini cantik... Ini pula sarapan kami..




Makan tengahari..



Abang T nak balik ke KL dah.. Abang Yus dan familynya..




Balik ke Temerloh, kami singgah ke kedai makan ini.. B kata dia lapar sangat.. Temankan dia makan.. Anak-anak tidur dalam kereta.. Bungkuskan makanan lain buat mereka..



Dapat Bubur Asyura.. Kawan B yg bagi... Sedap!!



Diary yg T dapat tiap2 tahun.. Daripada Maybank dan Hotel Seri Malaysia.. Tahun ni diary Maybank siap letak dalam kotak lagi.. I like..


Dinner di kedai Kak Long T



Adib dengan Nasi Lemak pinggan keduanya.. Makan banyak!!



Sebelum balik ke rumah, beli barang dapur sikit..



13/01/10

Abang Long balik dari Kuala Krau dan berikan ini kepada T.. Ma buatkan Pulut Kuning & Ikan Masin & Kuih ni sebab kesihatan Abah yang semakin baik.. Alhamdulillah..



14/01/10

Tadi T singgah kedai, bungkuskan nasi.. Masa nak masuk kereta T nampak sebuah kereta dok langgar seekor burung ni.. Pas tu seekor burung datang dan dok di tepi burung yang mati tu.. Oh! Tragis sekali...


Lunch di Bukit Angin bersama B dan kawannya..


Pas tu T belikan kuih dan Rojak Ayam.. Makan di office bersama staff yang lain..

Oh! Hari ini saya sangat kuat makan!! Tengahari, Minum Petang dan jugak Dinner ni.. Aduh!! Dinner makan di Restoran Serasi.. Dekat kawasan rumah T...



15/01/10
Sebab T jadi ahli Tupperware ni, T dapatlah beg ni semua.. Jadi ahli untuk beli barang sendiri aje.. Tak ada niat nak jual untuk orang lain.. Saya bukan kaki bisnes!!



Kawan B bagi FM ni.. Dari SARAWAK DAN THAILAND.. Oh! Saya sangat teruja melihatkan FM ini.. Semakin bertambahlah koleksi FM saya!!



16/01/10
Kami lunch di Restoran Asam Pedas Nina.. Dekat depan Balai Polis Temerloh.. Semua makanan dia sedap-sedap.. Best lepak dan makan di sini tau!!




Sebelah malam kami balik ke Kuala Krau.. Balik lambat pasal Adib ada tuisyen hari ini, Nur ke sekolah ada program Kem Solat Bestari dan B pulak pergi ke bengkel membaiki kereta T.. Kak Long dah siap masak makan malam dan T belikan Satey saja..


17/01/10

Sarapan kami.. Kak Long yang sediakan .. T bangun lambat.. Haha.. Pemalas!!


B dan anak saudara T, Adam..

Lunch kami.. Kak Long jugak yang sediakan.. Tapi T tolong-tolonglah jugak.. I rajin jugak okes?? :-p



Kami nak balik dah...

Abah sedih dan menangis pasal Kak Long nak balik dah.. Dia terharu pasal Kak Long & anak saudara T, Anis jaga dia selama seminggu ini..






Balik rumah singgah kedai dan beli sikit barang ini...


Itu saja cerita buat masa ini.. Tentang Abah.. Family T... Terima Kasih sudi meluangkan masa membaca blog T kali ini.. Ada masa, panjang umur kita berjumpa lagi...

5 comments:

NiezaMan said...

Amboi T..skali kuar citer..punya la pjg...tp apa pon alhamdulillah abah T dah beransur sihat...
sronok tgk org lain masih ada mak & abah..

mountdweller said...

Assalamu alaikum T

Agak pelik kerana sekarang ini ramai yang kena TB sedangkan satu masa dulu penyakit TB dan terhapus. Mungkin dibawa oleh Pendatang Asing kot?

Uncle doakan Abah T cepat sembuh dan T akan sentiasa bahagi bersama keluarga.

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

mak aihhh
panjangnye
hehe
okla tu...at least dah kuar spital
legala skit ati kan..

semoga abah kak t panjang umur ya...:-)

dilaOHdila said...

salam T
terharu tengok abah
keakraban adaik badik T, sonok dilla tengok'tambah sayu bila abah sedih bilamana melihat anak2 dia pulang. sayu hati jadinya......

UnGu VioLet said...

cerita ceriti yg pelbagai.. apapeun, moga abah akak terus sihat dan akan semakin pulih.. mar doakan untuk dia..