Sunday, April 25, 2010

KALI KEDUA...

My B sayang... Ini gambar 1004 ari tu... Kali ke dua buat blood test today for denggi.. Cerita seterusnya ada di bawah...



240410

Hari ini anak-anak bersekolah ganti.. Untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini... Adib bersekolah pagi dan sebelum menghantar Nur pula ke sekolah sessi petang, kami keluar lunch dulu di Restoran S.Z Rahmah di Jalan Maran.. Ini menu for lunch... Yum... Yum..



Dah siap makan.. Kenyang betul.. Tu bungkus lak nasi dan lauk buat Adib.. Ha.. Pas kuar dari kedai makan inilah B cakap badan dia ada bintik-bintik merah.. T terus gesa dia g klinik kawannya... Klinik tu depan sekolah anak-anak T.. Dia drop T kat sekolah dan T hantarkan Nur.. T temankan dia berjumpa doktor dan bila doktor bagitahu kena buat blood test.. T g amik Adib dan kami terus ke Klinik Kesihatan Bandar Mentakab.. B kata urusan di sana lebih cepat dan mudah.. Sebab dia ada pengalaman buruk.. Menunggu lama di Hospital Temerloh.. Tak kisahlah tu.. Mana-mana pun tak apa...



KLINIK KESIHATAN BANDAR MENTAKAB.. Dulu inilah dia Hospital Mentakab. Adib teruja bila T bagitahu T lahirkan dia dan Nur di sini. Last T datang ke sini adalah pada tahun 2004. Masa tu Adib kena Demam Denggi.. Kali ini yang sakit bukan Adib.. Tetapi Abahnya.. :-(



250410

Hari ini kami ke Mentakab lagi... Sebelum ke Klinik Kesihatan Bandar Mentakab, kami pergi bersarapan dahulu di Restoran Ali ni. T & anak-anak makan Nasi Beriani... T kongsi dengan Nur.. Dah lama tak pekena Nasi Beriani kat restoran ni.. Rasanya sama macam yang T makan sejak kecil dulu.. Tak berubah.. Malah makin SEDAP..



B makan Roti Canai Sardine... I curik makan skit.. Sedap... :-)



Sekarang masanya untuk mengambil darah untuk kali ke dua.. Kalau semalam platletnya 148... Hari ini turun ke 143.. Dalam 40 minit urusan di sana sudah selesai.. B okey.. Cuma dia penat sajelah.. Ni dia tido kat sebelah.. Esok kena buat blood test lagi untuk kali ke tiga... Oh hati.. Memang risau serisaunya.. :-(

1 comment:

☆ lieya latif ☆ said...

alahai....akak jgn sedey2 n risau2 kak yek...kang akak plak yg jatuh sakit....kalo betul denggi akak bagi mkn sup ketam ngan air 100plus...harap husben akak takde ape yg serius...insyallah...same2 kite doa yeak kak