Monday, May 03, 2010

1, 2, 3...

010510

T mengupdate cite T pada 1,2, 3 Mei.. Laporannya seperti berikut:- :-O

Adik-adik T datang singgah di rumah T nak ambil adik bongsu T yang balik dari UITM Segamat malam tadi.. T balik lewat ke kampung sebab anak-anak T ada kelas tuisyen setiap hari Sabtu.. Mak Su dah tak sabar-sabar nak balik Kuala Krau jumpa Ma dan Abah... Pas diaorang balik, sempat T bakar Kek Moist Coklat.. Emy yang berikan pada T tepung kek segera tu.. T bancuh-bancuh dan bakar.. Sebelum ni pun T memang dah pernah buat kek ni.. Ikut resepi yang kakak T bagi... Buat balik ke kampung kek ni.. Depa dok kata kek ni sedap.. Dan depa nak lagi dan lagi.. Terutamanya anak-anak sedara T.. Ok.. Nanti Mak Cik buatkan lagi ye?





Muka mak yang teruja nak balik kampung!! Jumpa Ma Abah, kakak, abang dan adik-adik!! Yeah!! Sebelum balik kampung, T dan B amik anak-anak dulu di kelas tuisyen, dan lunch di Restoran Pak Usop.. Singgah beli Ikan Patin di Kg. Bangau, Singgah beli Pau Kacang dan terus balik ke Kuala Krau..




Dinner kami.. Kakak Ipar ada bawakan Rendang Tok.. Dan malam ni dia masak Sambal Ikan Tongkol, T lak masak Gulai Ikan Patin Tempoyak, Ma masak Ikan Singgang, Ada lauk-pauk dari tempat kenduri dekat rumah jiran Ma.. Makan ramai-ramai.. Seronoknya!! Riuh rumah Ma Abah malam ni!!



020510

T dok ambik gambar anak-anak sedara T.. Hari ni hari jadi kembar.. Farhan dan Farihin yang ke 12 tahun.. Semoga membesar menjadi anak yang soleh.. Amin.. Amin..





Lunch kami.. Kakak Ipar T masakkan Ayam Paprik dan Ayam Halia.. Sedap bangats!!



Ada kenduri kahwin di rumah jiran Ma.. Selamat Pengantin baru kepada ke dua mempelai..




Selepas lunch.. Kami duduk berborak-borak di luar rumah dan kakak T memberikan cadangan untuk mandi di sungai.. Wah! Teruja mak dibuatnya!! Maklumlah.. Rasa-rasanya last sekali mak mandi sungai adalah masa mula-mula kahwin dulu.. Tahun 99 atau 2000.. Wah! Lama benar rasanya tu!! So, kami pun ke Kg. Penderas.. Dalam setengah jam perjalanan dari rumah.. Sejam di sana.. Kami pun pulang ke rumah... Best oo mandi sungai... :-D








T bersama abang T.. Dia nak gerak balik KL dah masa nie..



Adik bongsu T bagi idea.. "Jom kita ambik gambar kat stesyen keretapi!" T dan Kak Jah bersetuju dan kami terus bersiap g stesyen keretapi.. Dulu area rumah kami area kat sinilah masa Abah berkhidmat di KTMB.. Dah lama kami tak ke sini.. Rasa-rasanya tak datang-datang dah kat area sini sejak kami berpindah rumah selepas Abah beli rumah lain.. Masa tu T di tingkatan 3.. Dah lama benar tu!! Banyak kenangan kami di quaters ni.. T pun lahir di rumah quaters keretapi.. Mengamit kenangan sungguhlah.. Rasa nak menangis pun ada sebab terbayang-bayang kenangan masa kecik-kecik dulu.. Kami tak pergi pulak ke tapak rumah kami dulu sebab kawasan situ semak dan lagipun masa tu dah nak senja.. Enjoylah gambar T bersama kakak dan adik T.. Argh!! Aku rindu saat-saat dulu.. Andai dapat ku undurkan putaran dunia.. Zaman kanak-kanaklah yang aku inginkan.... Seronoknya zaman itu!!









030510

Hari ni T tak g gym.. Penatlah.. Pagi tadi makan cereal + susu segar HL dan tengahari T buat burger je.. Minum ngan Milo Ais.. Then sambung makan kacang campur lak.. Sambil layan FB, blogging dan jugak tengok tv3.. She Wolf dan Sayang Cendana.. Sambung tengok Adamaya.. Sekarang tengok Jidin lak.. Layankan ajelah.. Tak sabar tunggu cite Arjuna nak ganti Jidin lak.. Remy.. Remy.. Hehehe...

4 comments:

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

sonoknye mandi manda
dah lama tak mandi sungai/air terjun..

lawa2 la gambor..:-)
guna kamera ape kak t?

Fieza79 said...

amboi byk betul xtvt depa...
dari mkn2 smpai ke mandi sg..n then
ke rel keretapi lg..huhu..syok2..
enjoy2 bc citer wati..

atty's said...

teruja kty tgk ..kek tuh ..

shahida® said...

akak mcm mn nk buat logo kat gambar tu? cantikk