Saturday, May 22, 2010

DATING...

Assalamualaikum..

Biasanya pada hari Sabtu T dan B akan keluar dating... Tapi semalam, 210510.. B masuk kerja lambat dan kami keluar bersarapan berdua.. T tak pegi ke gym sebab gym ditutup, Nur di kelas mengaji dan Adib di sekolah.. Pas makan g lepak kat opis B.. Dalam pukul 12 tengahari baru gerak nak balik ambil anak-anak pulak..



070510

Ni cite sudah basi .. Masa ni keluar brunch dan masa nak balik semula ke rumah, singgah beli Lemang + Rendang Daging.. Buat minum petang... Kenyang tersandar.. Hoho..




150510

Ni gambar last week... Lunch berdua dengan B dan pas tu tapau nasi dan lauk for kids yang baru balik dari kelas tuisyen.. Makan di Restoran Pak Usop.. Pas makan kami g The Store untuk beli barang dapur lak... Sebelah malam T layan tengok Cerekarama, Sebelum Akhirat.. Bagus betul lakonan Fauzi dan Lis.. Banyak pengajaran yang diperoleh bila menonton drama ni.... Rasa marah, geram, sakit hati, benci, mual, geli, sedih, takut dan insaf bergabung menjadi satu.. Arahan Murali Abdullah tu.. Cerita dia memang selalu ada mesej yang baik dan meyakinkan.. Masa ini jugaklah berlaku satu episode sedih dalam hidup T.. Sangat dan sungguh menyedihkan.. Kenapa aku Ya Allah?.. Berat sungguh ujian yang KAU berikan ini...



210510

Keluar dating berdua dengan B sebab gym ditutup hari ni.. Anak-anak di sekolah.. Kami bersarapan makan Roti Canai Telur Banjir + Air Teh.. Kombinasi yang terbaek!! Hehe.. Sangat sedap ok?




Turun dari opis.. T masuk kat AVON.. Beli set rangkaian penjagaan kaki dan payung ni. Alih-alih budak yang jaga butik AVON tu bagi kat T tempat letak sudu garfu tu.. Dia kata sebab beli RM20 ke atas, dan aktif 2 kempen sebelum ni, T dapatlah free bekas tu.. Cantikkan bekas ni?? Pada T ia amat sweet...



Dinner malam ni, B ajak g Restoran Tifa.. Dah lama jugak tak makan di sini....B orderkan Ikan Talapia Bakar, Tom Yam Campur, Sup Ayam, Telur Dadar dan jugak Sayur Campur. B call tokey dia dulu.. Senang.. Pegi-pegi makanan terus dihidang di atas meja.. Selalunya memang macam tulah.. Dapat jimatkan masakan? Sedap rasa sambal Ikan Bakar dia.. B dan Adib menambah nasi.. T cukupla makan sepinggan aje.. Balik rumah singgah ke kedai dan beli aiskrim pulak.. Layan makan aiskrim sambil tengok cite HEREOS...







220510

Malam tadi anak-anak pesan suruh T masakkan Nasi Goreng buat mereka sebagai sarapan untuk hari ni.. T pun masaklah Nasi Goreng Bowdo2 ni buat diaorang.. Letak Telur dan Burger Ramly tu aje. Depa tak makan sayur.. Tapi kalau sayur Bayam tu diaorang makanlah.. Memilih jugak.. Ada sayur yang depa makan dan ada yang tak.. T cuma makan roti dan minum Milo panas je.. Pas makan T terus hantar diaorang pergi tuisyen (setiap sabtu, dari pukul 8.00 pagi - 2.00 petang).. T lak terus ke gym (dari pukul 8.00 - 11 pagi, gym ditutup pada pukul 11 pagi dan akan dibuka pada sebelah petangnya pula, 4.00 petang - 9.00 malam.. T pegi waktu pagi saja sebab waktu petang ramai orang lelaki yang datang)... Tadi T timbang berat.. T turun sekilo lagi.. Now, 78kg.. T dah turun sebanyak 8kg dah.. Suke!! Harap dapat turun lagi dan lagik... :-D


5 comments:

mountdweller said...

Salam T

Sodapnya lauk. Melilih air liur uncle.

Sebab hari ni uncle tak boleh makan nasi. Makan roti saja sebab cabut gigi pagi tadi. Makanan atas nasihat doktor.

Uncle doakan T dan keluarga dalam keadaan bahagia dan sentiasa selamat.

Bila nak balik?

Emy Omar said...

sedapnya lauk2 tu..
Usaha Tangga Kejayaan Ruzi..good luck

Fieza79 said...

waa layan makan kedai lak nmpk??
byk nye menu terliur fieza tau...
ikan bakar yg sgt sedap..i like..

mek da ©™ said...

ROMANTIKNYAAAAAAAA....AKAK AKU NI

illa said...

sedapnyer tgok roti canai tu kak ti !
nyum nyum