Sunday, July 25, 2010

AHAD KAMI..

Assalamualaikum...

Pagi tadi keluar breakfast di luar.. Anak-anak dah makan di rumah.. Cuma T dan hubby yang makan.. Tapi bila Nur tengok kami makan Nasi Lemak yang sedap tu.. Dia pun mintak jugak dan berkongsi makan dengan abangnya.. Lepas makan, T suruh B berhenti di sebuah kedai untuk bertemu kawan sekolah dulu.. Ada seorang kawan yang bagitahu dia kerja di situ.. Kak Feary.. T dah jumpa Linda tadi!!.. Nasib baik sempat sebab dia dah ada dalam kereta sebab ada urusan lain.. Berborak-borak sekejap dan kami berjanji nak berjumpa lagi satu hari nanti.. Insya Allah.. Happy sangat dapat jumpa kawan lama ok? :-O



Selepas itu, kami gerak ke Bata. Nak cari kasut sekolah my kids.. Juga beli sandal T dan Nur.. Kasut raya? Oh! Tak beli lagi.. Tunggu nak shopping di KL dulu.. Biasanya kami cari di MV.. Di Metrojaya dan jugak di Jusco.. Tak sabar nak shopping for raya ni!! Satu benda pun tak prepare lagi.... :-*



Inilah dia rupa sandal T.. Suka design gini.. Senang nak bergerak ke sana-sini..



Keluar dari Bata, kami pergi The Store pulak.. Cari barang dapur.. Sejam di situ dan kemudian kami balik ke rumah..



Sebelum balik ke rumah tadi... Singgah di kedai nak beli majalah.. Cuma yang belum ada ialah Jelita, Rasa dan Rapi. Kena cari kemudianlah jawabnya.. (Kali ni edisi RAMADHAN DAN RAYA!! Lagi suka baca majalah time-time gini.. Seronok tengok persiapan raya dalam majalah ni semua..) Majalah ni semua memang T akan beli setiap bulan.. Membaca Jambatan Ilmu.. Semua orang tahukan? My kids pun minat membaca jugak.. Alhamdulillah.. Jadi ulat buku macam Ummi dia jugak.. :-O



Semalam, 240710... Kawan B ada singgah di rumah.. Depa dari KL nak balik ke Kuantan.. Singgah beli Ikan Patin dan datang ke rumah kami untuk bersolat dan berehat.. T tak masak.. B keluar beli makanan untuk dinner kami.. Depa mari pun mengejut dan dah sampai di sini baru depa call.. Kalau tak bolehla T prepare masak apa-apakan?.. Lepas makan dok borak-borak dan isteri kawan B berikan tudung ni buat T.. T tak ada apa nak bagi.. Terus capai bekas jenama Tupperware dan beri padanya.. Bekas baru dan T tak gunakan pun lagi.. Malula dia bagi kita barang, kita ambil gitu ajekan? Dia kata tak payah.. Tapi T bagi jugak.. Tak kisahlah tu.. Kalau pergi rumah dia hari tu.. Terbaek dia layan kita.. Jadi kita kenalah layan dia dengan terbaek punya layanankan??




Memang dah menjadi rutin pada hari persekolahan .. T dan anak-anak datang makan di Restoran Wau kepunyaan Aimi ni.. Makanan pun sedap.. Kena dengan selera kami anak-beranak.. Gambar T ambil ni pada 220710.. Masa ni makan sekali dengan B... Kalau tak T makan bersama anak-anak saja.. Hari tu dia free dan ajak T makan sekali.. Abang-abang ipar dan biras Aimi memang baik dok layan kami makan... Memang selesa dok makan kat sini sebab ruang dia terbuka.. Sedap makan dibuai angin.. Taklah tertutup dan kita rasa panas.. Aimi.. Kesian dengan Kak Ma kan??




** Malam ni kami dapat 2 jemputan kenduri doa selamat.. Insya Allah, kami cuba hadir untuk tidak menghampakan tuan rumah yang sudi datang mengajak kami sekeluarga **

4 comments:

fiziskandarz said...

pegi blog kak T jer confirm terus lapar. adalah mustahil laa tidak lapa walaupun dah makan kenyang gila before that haha :)

Emy Omar said...

wah..macam2 menu ni..hihi sedap2 eh..jom2 shopping raya kat MV lagi tahun ni :p

☆ lieya latif ☆ said...

mmg tau dah...kak t mmg suke membace...rumah kak t tu dah leh buat library dah kak t heheheeh...betul ckp kak t tu, kalo kite suke membace, anak2 pun ikut same kan.....

Aimi said...

wah T... byknya magazine... rajin betul T membeli... T, tq la sebab support biz my family... siang pun mkn kat sana lagi ke?? sebab skarang ni kak ma dah stop memasak utk lunch... dia sakit belakang...sakit tu dah lama tpai bila dia buat keje berat, sakit tu mula dtg smula... tu yg kena rest byk2... so now, biras yg sorang lagi yg continue...tapi dia pun pandai gak memasak compared to saya ni... :D