Wednesday, July 28, 2010

JOM TIDUR!!

Assalamualaikum...

Aktiviti padat hari ni.. Ceh! Macam ler sibok bebenor.. Rutin suri rumah macam T ni gini ajelah.. Takla setensi korang yang bekerja.. Anyway.. T ANGKAT TOPI & TABIK SPRING kat korang yang bekerja dan dalam pada masa yang sama memegang status seorang isteri dan ibu!! Kita sama-sama HEBATkan?? Kan?? Caiyok-Caiyok!!

* Bersarapan bersama Ma dan Hubby.. Makan Nasi Kerabu
* Temani Ma ke Mentakab. Pergi ke Dewan Sri Mentakab. Ma beli set kerusi kayu jati. T beli apa? Oh! I isteri mithali.. Baik je.. Tak mintak-mintak pun dengan hubby nak shopping kat sini.. :-*
* Ma dah balik ke rumahnya hari ni.. Dia kata nak naik teksi saja memandangkan T kena ambil anak-anak di sekolah...
* Buat sauna, bertangas dan facial di ROMA. Sejurus selepas tu terus ke sekolah pergi ambil anak-anak.
* Lunch bersama anak-anak di Nina Asam Pedas...



* Sakit kepala hari ni.. Dapat tidur sejam dan rasa sakit beransur hilang.. Alhamdulillah
* Settle melipat kain bagai
* Tonton The Biggest Loser Australia Season 2.. Menangis sebab Greg dan Mel keluar.. Sedihnya bila tengok Damien menitiskan air mata sebab dia sangat rapat dengan Mel.. Oh Greg!! Just look at him!! Sangat-sangat HANDSOME!! Damien pun sama.. Tengoklah bila dia kurus nanti. Sama handsome dengan Greg jugop... Hik3.. Gatai nau!!
* For the first time... Join aerobic di Dewan Orang Ramai di perumahan T. Sekali pergi bayar RM2 saja.. Murah sangatnyalah!!.. Sangat best dan seronok sekali! Enjoy betul tau!!
* Makan Benjo yang B belikan.. Sedap!!
* Layan FB sekejap dan berblog sebelum tidur.. Aha!! Tiba masa yang ditunggu-tunggu!! Jom masuk tidur!! Selamat Malam Sayang... Mwah!!

1 comment:

Fieza79 said...

best la jd suri rumah ni ye T...tak terikat dgn komitmen...tp T best la sll leh g SPA la Gym la...sonok ehh cenggitu...