Tuesday, July 27, 2010

KASIH KITA....



Pelangi itu
Biarpun indah
Hanya untuk seketika
Sedang hadirnya pun cuma sesekali
Sesudah diundang gerimis

Jangan sampai
Kasih sayang kita ini
Seumpama itu
Bagaikan pelangi....

Banyak juga komen yang T terima pasal entry "BERBEZA KE?" Terima kasih sebab bila ada seseorang yang berkata begitu kepada T, kalian semua ada di belakang menyokong T.. Bukan bermakna T nak mintak simpati.. Cuma fahamilah.. Keadaan orang yang berbadan besar seperti T.. T tahu T gemuk.. Tak perlu diberitahu kepada T fakta yang satu itu!!.. T sedar diri.. Tak cantik .. Tak bijak.... Gemuk.. T cuba untuk berubah.. Sakit-sakit badan selama ini digym T tahankan jua semata-mata nak menurunkan berat yang T tanggung selama ini.. Nafsu makan memang susah nak kawal.. Lagi perasaan T nak turunkan berat badan dengan jayanya.. Masa tu juga keinginan untuk makan makin membuak-buak!!.. Tapi selagi terdaya T cuba mengawalnya.. Pada yang sangat-sangat berdisplin mengurangkan makan semata-mata untuk kurus, T memang bagi tabik hormatlah kat you.. Sanggup berlapar demi nak cantik.. T buat semua ini adalah untuk menjaga kesihatan. Memandangkan Abah ada Diabetes dan Ma ada Darah Tinggi.. Jadi tak mustahil T akan senasib dengan mereka.. Itu tujuan utama T nak turunkan berat badan... Bukan untuk cantik semata.. Erti kata CANTIK itu adalah terlalu KOMPLEKS.. Jangan sempitkan fikiran anda dengan makna perkataan CANTIK.. T bersyukur dengan apa yang T perolehi setakat ini. Alhamdulillah.. Terima kasih pada kalian semua.. Bila baca komen tu semua.. T rasa nak menangis pun ada.. Terharu sangat-sangat.. Masih ada yang sayang padaku..

T.. Setahun yang lepas..






Kini.. Mahu seceria dan sebahagia ini... buat selamanya..





Malam tadi selepas balik dari kenduri doa selamat di kedai emas kawan T, Hubby ajak singgah di SR.. Kali ni T pilih kek Strawberry Marshmallow Cheese, Pecan Butterscotch (siap berebut dengan Hubby.. SANGAT SEDAP!!)dan American Brownies..



Pagi tadi pergi bersarapan dengan hubby dekat satu kedai Makcik ni di Taman Sri Semantan.. Nasi Kerabu dia sangat MANTAP!! Orang Kelate hok buak.. Padey pong!! :-D



Ma T datang Temerloh hari ni.. Ada sedikit urusan di bank... Jugak temankan dia shopping sikit tadi.. Untuk lunch, anak dia yang pemalas ni tapau nasi dan lauk saja di Restoran Saniah.. Nampak Lala Masak Tumis tu sedap sangat... Selepas ambil anak-anak di sekolah, makan, berehat dan solat.. Hubby hantarkan anak-anak ke Kelas Mengaji Al-Quran.. Sementara T bawa Ma pergi ke ROMA.. T suruh Ma buat sauna sebab Ma sakit-sakit lutut. Dia kata rasa sakit tu hilang sedikit dan badan pun rasa sedap dan segar selepas habis sessi bersauna selama 40 minit tadi.. Balik dari ROMA, T terus ambil anak-anak dari kelas mengaji..



T dapat hadiah kain ni.. Ma belikan tadi.. Oh! Sangat suka akan coraknya!! Terima Kasih Ma!! :-0



** sajak kasih kita di atas t ambil daripada sebuah majalah.. tak ingat majalah mana dan keluaran bila.. suka sangat dengan sajak tu.. semoga kasih dan sayang di antara kita terus kekal untuk selamanya.. tidak hanya seindah pelangi yang hadir hanya untuk sementara **

3 comments:

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

morning kak tie...ceria2 sokmo k..
ala kak...zana nie pun kekadang "jauh hati" bila orang asyik ler dok tegur perubahan badan zana..esp bila balik kampung......jiran2 tegur..makcik2 tegur....kalau kat office lagi ler....mulut memasing takde insuran...tp bila di fikir2kan balik....buat apa layan orang2 camtu....buat sakit hati kita jugak..so...nak kata ke, nak kutuk ker...kutuk ler....janji sihat....and tak menyusahkan orang...
semua orang nak sihat...semua orang nak kelihatan cantik....bergantung pada usaha....
mcm kak tie....zana tabik sangat2 coz' kak tie kurus cara yang sihat.....dan insya allah, berat badan kak tie akan terus turun....kalau kak tie teruskan dgn cara sekarang nie....bersenam dan bukan makan ubat yang bukan2....ada tu sanggup berlapar demi nak cantik....tp hasilnya tak ke mana....

wah...panjang lebar plak zana membeebel yerk...yang penting kak tie...niat kita dalam apa jua perkara yang kita buat....kita yang tahu apa yang kita telah lakukan...orang lain boleh cakap jer...tp diaorang tak tahu apa yang telah kita lakukan demi untuk diri kita....

muuaaahhh kak tie...jgn sedih2 k....ceria2 selalu

KSWSK said...

T ada gak org yg kurus tu sakit...yg penting kita selesa ngan badan kita T...mcm zana ckp tu...janji kita free dr semua jenis penyakit yg kronik..lau takat demam biasa2 je tu..biasa la kan..

Emy Omar said...

Ruzi,biasala tu kadang2 kita tersinggung dengan apa yang orang katakan pasal diri kita..tapi tu la manusia ni..memang ada spesis yang cakap main sedap mulut tak reti berlapik langsung..takpe ruzi yang penting kita tahu apa yang kita nak pedulikan apa orang kata..