Thursday, July 29, 2010

SELAMAT HARI JADI ABAH...




Assalamualaikum...

Selamat Hari Jadi Abah!! Abah sambut ulantahun kelahirannya yang ke 63 tahun ini. Alhamdulillah.. Walaupun Abah ada penyakit Diabetes, Abah masih sihat dan bila anak-anaknya balik berkumpul di rumah Kuala Krau.. Dia makin bertambah sihat.. Semoga Abah terus dilanjutkan usia, sihat tubuh badan dan berbahagia selalu.. Amin..

** Masa nak g tadika dulu.. Abah siapkan aku pegi sekolah.. Dia sikat dan tocangkan rambut aku.. Bawa aku naik basikal g tadika.. Masa balik pun dia ambil.. Walau dia tengah sibuk bekerja di KTM masa tu.. Nak pergi sekolah dia bawa aku naik motosikal.. Tu masa di sekolah Kuala Krau.. Masa di Sekolah Vokasional Sanggang, dia bawa aku g tunggu bas dalam pukul 6.00 pagi.. Tunggu bas nak pergi sekolah.. Apa-apa pun aku hargai jasa dan pengorbanan Abah membesarkan aku selama ini sehingga aku betu-betul BESAR kini.. Terima kasih Abah.. Di atas segala-galanya yang kau lakukan untuk aku.. Sayang Abah Sayang... **

1 comment:

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

untung kak t ade abah lagi
sy sejak umur 4 tahun dah takde ayah, so tak merasa la sgt kasih sayang ayah sbb kecik lagi kan..

semoga abah kak tie panjang umur ya..:-)