Thursday, August 26, 2010

16 RAMADHAN..

Assalamualaikum..

Selepas balik dari sekolah.. Singgah kedai beli majalah ni semua.. Setiap bulan wajib beli majalah.. Atau buku-buku terbaru daripada tulisan Dr. Tuah.. Sangat suka membaca.. Bangga sangat sebab hobi T adalah suka membaca.. Membaca jambatan ilmu.. Betullah perumpamaan tukan??

Seriously, hari ni hari paling penat buat T.. Siap boleh terlena dalam pukul 2.15 - 3.45 petang tadi.. Tu pun kejap-kejap tengok tv.. Drama bersiri Thailand tu.. Last-last tv yang tengok T!! Sama lena dengan anak-anak pulak.. Dah depa tak g kelas mengaji hari ni!!.. Sedar bila B call.. Dia cakap ada di rumah Ayah Mertua di Pasir Puteh.. Terus bangun bersiap-siap masuk dapur.. Masak apa yang patut untuk berbuka nanti..



Lala Tumis Serai Bercili.. T memang suka makan Lala.. Best!! Kalau tumis tak letak cili pun tak apa.. Tapi mesti buat Sambal Jantan.. Makan dengan nasi panas-panas.. Masyuk!!



Ikan Patin Goreng dan Sambal Ikan Patin..



Daging Hitam Manis.. Mula Nur tak nak makan.. Lepas dia rasa.. Ha! Barulah nak lagi.. Nak lagi... :-O



Hari ni tayang wajah-wajah kesayangan hamba.. Budak berdua ni dok main game dulu sementara nak berbuka puasa.. Jugak sediakan kertas kerja Adib.. Ada projek sekolah dan kena cari gambar-gambar dengan pertolongan Mr. Google.. Kami berbuka 3 beranak lagi sebab B dalam perjalanan balik dari Kota Bharu ke Temerloh.. Tadi baru dia call, ada di Tol Gambang.. Sekejap lagi, Insya Allah.. Sampai kat rumah.. Rindu dekat 2 hari tak jumpa dia!! lol

2 comments:

KSWSK said...

suka la tgk watermark T...wa xpandai buat..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

alahai apasal gambar lauk pauk yg best tue saya tak dapat tengok??
pc saya ne mmg masalah sikitlaaaaa