Friday, August 13, 2010

2 RAMADHAN...

Assalamualaikum..

Hari ni T rajen masak walaupun B kata tak payah sebab penat mengemas.. Tapi masak pun ala-kadar sajalah.. Ayam Percik dan juga Daging Goreng.. Cukuplah hidangan ini untuk berbuka puasa.. Alhamdulillah... (lauk banyak kalu.. makan lagi banyak!!)




Ini masa bersahur tadi.. Panaskan Ayam Percik manakala T gorengkan Telur Dadar dan juga sediakan Serunding Daging dan Buah Kurma.. Cuma T minum air Nescafe Panas.. Yang lain lebih selesa minum air masak sejuk saja.. Tak nak minum air manis pagi-pagi...



Anak dara T, Nur, dok menyanyi je lagu ni sebelah petang semalam.. T amek hp dan terus record.. Bila Rindu... Cinta mu yang suci abadi.. Ku pejam mata mengenangmu.. Kau di sisiku.... :-D



** Macam tahun lepas gak.. Tahun ni tak dapat layan Ketuk-Ketuk Ramadhan bersama Sheila Rusly.. Masa siaran tu T pergi sekolah ambik anak-anak... Macam rugi je tak tengok rancangan tu rasanya.. :-( **

3 comments:

☆ lieya latif ☆ said...

aduh mmg tak sah tak kecur tgk menu akak...lagi2 ayam pecik tu....wow!!~

mek da ©™ said...

slm ramadhan kak t dan famili...serius mekda ckp...suka tgk kak t hidang2 makanan kt meja tu..xkira walau sejenis lauk sekalipun tetap nampak berselera..untung abang akak..eeeeee

Fieza79 said...

T mmg best bab2 memasak...mesti penoh meja kalo sekali hidang...