Saturday, August 14, 2010

4 RAMADHAN

Assalamualaikum..

Petang tadi, kami pergi ke Pasar Ramadhan di Temerloh.. Pergi pun dah lewat.. Dalam 15 minit saja kami kat situ.. Makanan banyak dah habis.. Dapat Kebab Ayam saja.. Puding Karamel tak jumpa lagi.. Manalah kakak tu dok niaga agaknya ye?.. Sejak kahwin tahun 1999 sehingga tahun lepas, memang setiap tahun kami dok beli Puding Karamel dia tu.. Kakak tu orang Kelantan. Nantilah ada masa lain T pegi carik dia.. Ha!! tadi kat Pasar Ramadhan jumpa ramai gak kawan-kawan T.. Dok bertegur bersalam kat tengah orang ramai tu.. Sempat saje.. Hehe..

Ini anak sedara dan sepupu T.. Dok berniaga kat sini.. T tak beli lauk apa pun sebab nak gerak ke Hotel Sri Malaysia.. Berbuka di sana hari ini..



Setiap tahun, kami mesti berbuka di sini.. Makanannya sedap dan paling tak tahan tadi ada Nasi Ayam.. Entah kenapa T sangat teringin nak makan Nasi Ayam.. Tadi dah rasa, so.. Hilang sudah rasa teringin itu! Em, satu lagi.. Tadi manager hotel yang belanja kami makan.. Dia kawan baik my hubby.. Tq so much! Rezeki kami hari ini.. Alhamdulillah...







Tengah dok tunggu azan Maghrib berkumandang..


1 comment:

dilaOHdila said...

salam ramadgan T
dah lama kak dilla tak singgah sini
camana posa kat sana....budak2 nampak happy tu