Thursday, August 12, 2010

PERTAMA RAMADHAN

Assalamualaikum..

11082010

Ini lauk yang T masak.. Paprik Campur (Ayam + Daging + Udang + Sayur, di atas permintaan anak-anak) dan Ikan Kembung Goreng saja.. B cakap kalau nak masak, masak 2 jenis lauk saja setiap hari.. Tak mahu membazir.. Lagipun nak elakkan makan banyak.. Ngeeeeee.. XD



Nur sabar dik!! Tahun lepas tak cukup puasa 2 hari.. Tahun ni Nur cukupkan ok? XD

T sediakan Air Sunquick (di atas permintaan anak-anak) dan juga Buah Kurma dan Buah Tembikai. Lauk lain B belikan Ikan Pari Bakar, Air Kelapa dan Air Tembikai,(Pulut Durian dan Akok B beli di Kel Food, Taman Melati).. Lauk-pauk di sana dia tak berapa berkenan dan dia beli Ikan Pari Bakar di Pasar Ramadhan di perumahan T saja.. Awal-awal T dah pesan, jangan beli banyak lauk. Memanglah kalau di sana rambang mata tengok makanan itu ini.. Bertabahlah kalau pergi PARAM ye tuan puan... Gagaga... :-*



Adib yang cool!! Harap penuh lagi puasa sebulan tahun ini.. Go Adib! Go Adib!!



120810

Ni masa bersahur tadi. Panaskan lauk Paprik Campur.. Goreng Ayam, Ikan Kembung dan Telur Dadar... Lepas makan minum air Nescafe Panas pula.. Alhamdulillah..



** Semalam dengan gigihnya dok mengemas di belakang rumah.. Hari ni pulak berjaya melipat kain sebanyak 4 bakul dan mengemas bilik stor dan baju.. Mr. Hubby cakap "Hari ni tak payah masaklah.. Ummi penat tu!!".. **

1 comment:

Emy Omar said...

Wah..dalam sikit2 tu penuh juga semeja tu ruzi..buat Adib & Nur aunty Emy doakan posa tahun ni penuh ye..insyallah