Monday, September 06, 2010

25, 26 DAN 27 RAMADHAN...

Assalamualaikum..

040910

Hari ni B ajak g KL.. Nak shopping for raya katanya.. Kami stay di Hotel Grand Seasons.. Hotel ni cantik.. Bilik pun cantik. Jadi sebelum keluar bershopping, kami posing amek gambar dulu!! Acara wajib ni ok? Ngeeee....





Kami di Sogo... Yes! Berjaya menyelinap di antara ribuan orang yang datang bershopping...




Berbuka puasa di rumah Abang Ipar di Selayang... 4 keluarga adik-beradik B termasuk kami berkumpul di sini.. Riuh! Kecoh! Itu belum balik ke kampung lagi tu.. Berkumpul ramai-ramai.. Makan kenyang tak ingat!! Kari Kepala Ikan Merah itu sungguh meletop!!




050910

Bersahur.. Makanan sangat sedap sekali.. Semua kena dengan selera anak tekak saya!!



Waktu check-out dari bilik.. Masa ni tak sabar-sabar nak p soping dah!! Ramai orang? Jalan sesak? Tak kisah pun!! Janji dapat barang yang dah aku listkan untuk dipakai raya nanti...




Di muka pintu Semua House.. Dan ye! Seronok membeli-belah time gini sebab ada lagu raya berkumandang sesambil dok pilih barang-barang!! Orang yang ramai memangla tak boleh dielakkan sebab bukan kita satu keluarga saja nak berayakan? Semua orang tak kira bangsa dan agama pun keluar bershopping jugak. Harga barang reasonable.. So, masa inilah nak membeli-belah pun..



B tengah dok pikir nak beli Baju Melayu itu atau tidak.. Akhirnya beliau membelinya bersama Kain Pelikat.... Adib pun beli Baju Melayu di sini.. Dan warna Merah menjadi pilihan hati..



Di The Gardens.. Kami parking kereta di sini...



Mid Valley.. Kami datang lagi!!




Disebabkan kedai dah penuh.. Masa tu dah pukul 6.45 petang.. Jadi B bungkus saja Nasi Arab yang dibeli di Al-Rawsha.. Kami makan dalam kereta saja..



Dari KL, kami terus balik ke Kuala Krau.. Tidur di sana malam tu... Inilah dia hasil usaha gigih kami bershopping di KL.. Em.. Belum kecukupan lagi ni.. Ada lagi yang perlu ditambah...



060910

Hari ni bawa Ma dan Mak Su shopping di Temerloh.. Cari barang raya sikit..

Beli barang dapur untuk Ma di The Store...



Senyuman haruslah lebar selepas berjaya membeli 5 helai tudung ye puan-puan :-P



Eh! Baju dan kasut Mak Su tu ada bau Mid Valley lorrr.. :-)



Ini masa berbuka puasa tadi.. Beli saja.. Tak masak pun..



Sebahagian daripada hasil shopping di KL dan di Temerloh... Ada lagi yang belum lengkap ni!! Harap-harap dapat cukupkan sebelum menjelangnya hari raya nanti... Ngeee..



** Esok kelik kelate.. Kampung suami.. Kampung t jugak tu sebab family t pun berasal dari sana.. Buat kalian t mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin.. Andainya ada, silap dan salah.. Ampunilah segalanya. Semoga kita semua bergembira di hari raya nan mulia itu nanti.. Insya Allah **

8 comments:

mek da ©™ said...

byknya shopping..selamat hari raye kak t!

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

"Kak Tie, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, SEKIRANYA SEPANJANG KENAL DLM ALAM MAYA NI TERSALAH BAHASA N TERSALAH KATA..AMPUN MAAF DIPINTA.."

Emy Omar said...

Wah..banyak shopping.Saya baju & kasut anak-anak semua dah settle masa pegi midvalley hari tu,tinggal nak top up sikit-sikit je lagi. Plan petang ni nak balik Seremban..pastu esok nak meredah umat manusia kat Jalan TAR hehehe nak carik sesuatu :p
Ruzi, saya pun sama ye nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat Ruzi & keluarga. Mohon ampun & maaf andai ada kata2 yang menyinggung perasaan..perlakuan yang terasa dihati sepanjang kita mengenali ye.Mudah-mudahan kehadiran 1Syawal nanti membawa seribu rahmat buat kita semua ye.Have a safe journey back to Kelantan ye..take care. Hugs & kisses buat Adib & Nur

KSWSK said...

tu dia...sakan sopink..masuk habib jewels bl apa tie?

☆ lieya latif ☆ said...

selamat hari raye buat kak tie sekeluarga...mohon maaf zahir dan batin...moga bergembira di hari lebaran....❀◕‿◕❀

atty's said...

T..4 sept tu .kty pun ada kat sogo..
tp tulah org ramai yg amat..

Selamat hari raya ..andai ada salah dan silap
sepanjang berblogging..nie kty minta ampun dan maaf..

A.I said...

murah sungguh rezeki kau T. sronok aku tengok :)

selamat hari raya utk kau sekeluarga jugak. hati2 di jalanraya ye..

Ereen said...

Selamat hari raya.. I'm one of ur silent reader.. Suke baca cerita Tie.. Have a great raya celebration!
Erin.