Thursday, September 09, 2010

30 RAMADHAN..

Assalamualaikum...

Hari ni T dan Hubby ke Kota Bharu.. Mula-mula kami ke Tesco.. Cari barang-barang dapur untuk stok hari raya.. Kami keluar berdua saja.. Tinggalkan anak-anak bersama sepupu-sepupu mereka di rumah mertua...



Kemudian kami ke Pasar Ramadhan di stadium... Banyak makanan.. Rambang mata weh!! Dah semua sedap-sedap.. Tak beli karang rugi.. Hehehe.. Dan balik rumah.. Bila makan makanan tu semua.. Rasa puas hati sebab dah tahu depa memang pandai memasak.. Somtam itu.. Aduh!! Nyum.. Nyum.. Pedas menyegat!




Akhir sekali, kami ke Pasaraya Billion.. Cari lagi barang-barang yang tak lengkap lagi untuk juadah hari raya esok..




Juadah berbuka puasa terakhir tahun ini.. Berbuka beramai-ramai dengan family mertua T.... Alhamdulillah.. Entah bertemu atau tidak lagi kita pada Ramadhan tahun hadapan? Harap-harap akan dipanjangkan lagi usiaku ini Ya Allah...




No comments: