Monday, September 20, 2010

MASIH DALAM MOOD RAYA..

Assalamualaikum..

Anda masih dalam mood beraya? Aku masih.. Masih ada mood untuk itu.. Hari ni terajinla pulak nak update blog setelah lama bercuti untuk beraya.. Adalah cite sikit-sikit.. Biasa-biasa aje.. Sekadar catatan dan beberapa keping gambar untuk kenang-kenangan...

120910

Bergambar dengan my SIL sebelum dia balik ke Sg. Petani dan bercuti bersama dua orang lagi my SIL yang mahu ke Hatyai, Thailand.. B cakap disebabkan kami tak bawa pasport bersama.. Maka kami tak dapatlah menyertai mereka untuk bercuti.. Rugi seh!! Tak pe, nanti kita plan baek punya.. Liza dan Kakak ikut kami jadik "tourist guide" okes?



Hari ni kami beraya di Jelawat.. Rumah kawan B.. Dia ada buat kenduri doa selamat.. Nasi Minyak Yum.. Yum.. Sedap!!



B dan kawan-kawannya.. Sama belajar di Maahad Muhammadi Lelaki dan jugak di UIA dulu..



Kemudian kami beraya di rumah Emak Saudara T pula di Kedai Mulong..



Ais Kacang Merah.. Orang Kota Bharu buat.. Yummy siot!!



Abang Ipar dan Biras T yang dok Kota Bharu sediakan ini untuk juadah makan malam kami.. Dia jamu abang dan adik-adiknya yang dah nak balik esok ni.. Tq Abe Mi, Cik Ni!! Sedap sungguhla Colek Ayam ni tau!! Sedap lagi rasa yang ini dari yang dibeli oleh Hubbyku di Kota Bharu malam yang sebelumnya itu.. Makan berebut-rebut!! Suka!




130910

Hari ini kami adik-beradik bertolak balik ke rumah masing-masing di Subang, Selayang dan jugak Melaka.. Sebelum balik T ke Pasar Pasir Puteh.. Belikan sedikit barang keperluan yang tidak ada di Temerloh ni.. Hehe.. Jugak bungkuskan Nasi Campur dan air buat bekalan di dalam kereta.. Nasi Campur kat sini mewah tau! Nasi dan lauknya banyak.. Harga murah dan rasanya sedap.. Oh! Cukup menepati citarasaku!!




Singgah lunch di R&R Gambang.. Alhamdulillah.. Jalan tak jem walau kereta banyak.. Perjalanan lancar sahaja.. Syukur.. Kami balik ke rumah dahulu sebab family Abang Ipar mahu beraya di rumah dahulu.. Kemudian kami pulang ke kampung T pula di Kuala Krau...



Ini adalah family kawan T, Kak Anis yang merupakan staff Mr. Hubby.. Mereka sekeluarga datang beraya di rumah Ma dan Abah T... Ma sediakan Mee Sup, Pisang Goreng, Air Oren dan Teh 'O' Suam.. Jugak jamu mereka dengan Buah Duku dan Buah Rambutan yang diambil di kebun Ayah Mertua T..



140910

For breakfast, Nasi Lemak..



For lunch, Nasi Tomato..



150910

Sebelum nak gerak ke Kuantan.. B ajak ke sana.. Dia ada kerja sikit.. T dengan anak sedara T yang dok Damansara Damai.. Alia..



Lunch di Restoran Ani Sup Utara.. Yum.. Yummy..



Selepas makan, kami gerak ke Giant.. Cari barang dapur.. Nak dijadikan cerita, T berjumpa dengan seorang kawan adik bongsu T.. Dia tegur dan jerit panggil nama T.. Sempat salam peluk cium je sebab masing-masing dah rushing.. Hehe.. Dalam Giant lak T ternampak seorang kakak ni dan macam dok cam je dia salah seorang kawan T di FB. Orang kampung T jugak.. T tegur suaminya dan memang betullah itu memang kawan T pun.. Happy dapat jumpa kenalan yang kita kenal di alam mayakan? Korang tak rasa gitu?



Lepas keluar dari Giant, singgah di Surau ni.. Solat Jamak Asar dan Zohor.. Alhamdulillah..



170910

Hari ni lepas ambik anak-anak di sekolah.. Kami gerak ke Shah Alam.. B ada kerja nak buat di sana sebelum kami gerak ke Melaka.. Ni masa kat rumah.. Adik T datang beraya sambil dia hantar Ma dan adik bongsu T ke rumah... T nak hantar adik bongsu T balik ke UITM Segamat...



Lepas B settlekan kerjanya tadi, kami singgah lunch di Restoran Nasi King Briyani... Kongsi makan Nasi Briyani Ayam tu dengan adik T pasal kami dah kenyang makan Lemang + Rendang dalam kereta tadi..



Melawat my SIL @ Tropicana Medical Centre, Kota Damansara.. Kemudian kami ke Melaka.. Rumah Abang Ipar T.. My SIL ditahan satu malam saja di hospital.. Alhamdulillah...



Biras sudah sediakan juadah ni untuk dinner kami.. Tom Yam Campur, Ikan Pari Bakar, Telur Dadar, Ulam, Air Asam, Budu dan Nescafe 'O' Ais. Yummy!! Tq Kin!!



180910

Sarapan pagi ini, Biras T gorengkan Telur Mata Kerbau, Ayam Goreng dan buatkan Air Teh 'O' Panas.. Dia belikan Nasi Lemak dan Kuih-Muih.. Tapi sebelum bersarapan tadi, T dan emak berurut dengan seorang kakak ni.. Bestnya dapat berurut seluruh badan selama 2 jam tadi.. Badan rasa ringan saja.. Dah lama tak berurut.. Cukup berpuas hati..



Selepas makan, kami bersiap-siap nak keluar berjalan.. Tiada hala tuju sebab kat Melaka kebanyakan tempat kami dah biasa pergi.. Jadi, Abang Ipar dok ajak kami bergambar di Jeti Pulau Besar.. Ha! Kat sini kami tak pernah sampai lagi walaupun telah diajak berkali-kali oleh Biras T. Alih-alih suami T belikan tiket feri untuk kami ke sana.. Dahlah T ni penakut orangnya.. Nak pergi pulak ke tempat begitu.. Em, kami redah sajalah.. Ramai betul orang India atau India Muslim pergi ke sana.. Katanya nak buat nazar... Orang kita yang ke sana boleh dibilang dengan jari saja.. Naik takut dibuatnya tau! Tapi tak apalah.. Pengalaman.. Rasanya sekali ni sajalah kami ke sini.. Tak pergi dah kot lain kali.. Takut mak tau!! Rasa seram je berada di sini.. Kami di sini dalam 2 jam saja.. Tapi itupun rasa dah cukup lama!!





Singgah makan di Restoran Hajah Mona Asam Pedas, Taman Kota Laksamana.. Kedai ini dibuka pada pukul 5 petang - 5 pagi.. Kami pelanggan pertama yang datang.. Kami tiba di kedai ni dalam pukul 5.08 minit petang dan tak lama selepas itu berduyun-duyun orang yang tiba.. Laparnya kami sebab cuma minum air saja di Pulau Besar tadi.. Tak ada selera nak makan di sana you.. Kalau you all p sana.. You all tahulah sebab apa kami tak makan melainkan you all bawa bekal dari rumah.. Sure berselera makan di tepian pantai.. Kena ngan angin sepoi-sepoi bahasa la tu.. Memang best!




Selepas makan, kami singgah di surau berdekatan Menara Taming Sari.. Solat Jamak Asar dan Zohor di situ.. Dah siap solat, masuk toilet bagai, kami pusing-pusing amek gambar area berdekatan..

Jom naik keretapi!! Dah lama benar tak naik keretapi.. Last naik masa balik Kelantan dulu.. Tahun 1994... Pas tu adalah sekali dua naik Monorel selepas berkahwin.. Tapi lebih seronok berjalan jauh nak keretapi... Suka tengok rancangan "Welcome To The Rail World" bersama Henry yang hensem bangat itu.. Membangkitkan nostalgia betullah.. (T lahir di rumah quaters keretapi.. Abah kerja dengan KTM dulu)




Jom naik Kereta Lembu!!



Di Muzium Samudera



Di Food Court.. T cuma beli FM, Kipas Tangan dan jugak Kuih-Muih sebagai buah tangan dari Melaka..



Di Kompleks Renang MBMB.. Abang Ipar dok melayan budak-budak tu mandi-manda sementara kami dok berjalan-jalan amek gambar tadi.. Tq Abe Aid!!



Selepas mandi, kami ke rumah mak biras T yang amat baik sekali.. Dia sediakan Mee Goreng, Sup Kambing, Roti, air dan kuih raya.. Dok makan sambil berbual-bual.. Siap dapat hadiah lagi daripadanya.. Sayang Mak Nab.. Macam tulah selalunya.. Tiap kali ke rumahnya, sure kami dijamu dengan juadah yang enak-enak dan sebelum pulang, ada saja buah tangan yang T terima.. Tu yang segan nak pergi ke rumahnya selalu..




Balik ke rumah biras.. Dia siapkan ini untuk dinner.. Ikan Siakap Bakar, Ikan Siakap Masam Manis dan jugak Ulam + Air Asam.. Walaupun dah kenyang.. T makan jugak nasi sedikit sebab kena paksa dengan biras T.. Adoi! Kenyang bangat asik kerja makan saja dok rumah dia...



190910

Breakfast pagi ni, Biras sedikan Nasi Goreng, Telur Mata Kerbau dan jugak Air Nescafe Panas.. Siap makan, berkemas bagai.. Kami pun bertolak balik.. Kami ke Segamat dulu.. Hantar adik bongsu T di rumah sewanya..



Lunch di rumah sewa adik T.. Usai Solat Jamak Zohor dan Asar, kami berjalan raya di rumah Tuan Rumah yang terletak di sebelah rumah adik T.. (Uuish!! Banyak benor perkataan "rumah" di dalam ayat ini kan?)




Kami meneruskan perjalanan untuk pulang. Kami tidur di Hotel Quality Shah Alam dahulu sebab B ada kerja di sini..



Dinner kami.. Cari dengan B tadi di Plaza Alam Sentral, PKNS dan SACC Mall.. Berjalan kaki saja bersama suami.. Anak-anak kami tinggalkan bersama nenek mereka di dalam bilik..



200910

Ketika bersarapan tadi.. Kemudian masuk lepak dalam bilik menonton tv sementara menantikan B menyiapkan kerjanya..




Selepas check out dari bilik, kami terus ke Putrajaya. B ada kerja sedikit di sana pula. Kami lunch dahulu di Selera Putra. Selepas makan, B sudahkan kerjanya dan kami terus pulang ke rumah. Sebelum itu singgah di R & R Lanchang untuk bersolat jamak.


9 comments:

~~Ciklinn~~ said...

meriahh gilerr raya kak tie sekeluarga.... makanan semua2 pun meriah. siap berjalan2 ha....

selamat hari raya sis.. maaf zahir batin

Fieza79 said...

meriah nya raya T....byk btol citer2 raya...best jamu mata dgn gamba yg cantek2 ni...

Selamat Hari Raya T...!

mek da ©™ said...

kak t makin slim..ape petuanya??

shima zahar said...

salam..
selamat hari raya..
perghhh meriah betul raya T.. seronok tul... tapi kan..... asal dah sampai jelawat tak call.. bleh singgah umah...

wati said...

salam..

wahh..meriah n seronok raya T,penuh aktvt raya jln2 n mkn2...T main slim la...

KSWSK said...

cantik tie pakai kebaja maroon tu..berseri2 sgt wa tgk...

MaDiHaA said...

indah & meriahnya perjalanan cerita T ni... seronok membacanya...
gambar atas tu pun cun sgt!

Ratu Syahadah said...

wow complete seminggu raya ehh kak !

MamaYatie said...

wow..n3 all in one nih..sronoknya t, round the world time cuti raya..