Saturday, October 09, 2010

KK -VS- OH

Assalamualaikum....

Hari ini T dapat jemputan untuk KK, Kenduri Kahwin dan jugak OH, Open House... KK di kampung T di Kuala Krau manakala OH di rumah kawan T di Temerloh.. Apa-apa pun, tuan tanah wajib menunjukkan dirinya dalam entry kali ini.. ** Sila abaikannya jika tidak berkenan di hati kalian okes!! Buat-buatlah tak nampak gambar-gambar tersebut iye?.. Lalalala.... **



Dah sampai di tempat kenduri pun.. Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin..


T dan Hubby saja yang makan di sini.. Anak-anak dah berlari balik ke rumah Atuk diaorang..




Sebelum balik, sempat mengambil gambar bersama tuan rumah. Pak Cik Jalil dan Mak Cik Ani... Mak Cik Ani ini dulu bekas Bidan.. Dialah yang bertanggungjawab menyambut T ketika T dilahirkan dulu.. Juga orang yang telah menamakan T sebagai RUZIAWATI. Kalau jiran lain yang buat kenduri, kami tak balik tapi kali ini kami balik sebab dia jiran Ma dan Abah yang terdekat dan rapat dengan keluarga kami..

Mak Cik Ani yang pakai Baju Kurung warna Purple tu..


Selepas balik dari kenduri yang mana rumahnya hanya di belakang rumah Ma dan Abah T di kampung... Kami balik rumah dan berehat sebentar.. Sebelah petangnya pulak, kami pulang ke Temerloh.. Ada jemputan Open House di rumah Cikgu Julia, kenalan kami...



Jom! Jom! Jom!



Open House di rumah Cikgu Julia.. Tak ambil gambar banyak masa kenduri dan di sini.. I malu gitew!! Ahaks!!




** esok 101010.. wah! cantik date esok!! apa plan korang? kami tak tau lagi.. **

No comments: