Wednesday, November 24, 2010

BANYAK CERITA NI!!

Assalamualaikum

Dah lama tak update blog ni

Rindu sesangat tau!!

Bila berpergian
Memang tak sempat nak update blog
Apa cerita ye?
Biasa-biasa aje
Adalah berjalan ke sana-sini
Apa kata
T mulakan dengan
Apa yang berlaku pada
Hari Raya Aidiladha
171110
Kami balik beraya di Kuala Krau
Rumah Abah dan Ma T
Berkumpullah kami 5 beradik
3 lagi tak dapat balik beraya sama
Menu pagi raya
Ma masakkan
Nasi Himpit
Kuah Kacang
Rendang Daging
Kak Long pulak masakkan
Nasi Tomato
Ayam Masak Merah
Ayam Goreng
Yummy!
Kami bersolat
Sunat Hari Raya Aidiladha
Di Masjid An-Nur Kuala Krau
Penuh masjid dengan jemaahnya
Balik ke rumah
Ambil gambar
Makan-makan
Dan kemudian
Kami gerak ke padang di
Perumahan Taman Sri Desa
Tengok orang sembelih Lembu
4 ekor Lembu dan seekor Kerbau
Telah dikorbankan
T apalagi
Snap ambik gambar
Sana sini
Ramai orang dok perati
T buat "derk" aje
Kemudian singgah di Surau
Tolong kupas bawang sikit
Ambik gambar lagi
Dan kemudian balik rumah
Baru boleh ambik gambar
Kami 4 beranak
Dok lepak baring
Borak-borak
Untuk lunch
Bakar Ikan
Buat Daging Singgang
Rehat-rehat
(Tidor sebenarnya)
Haha
Belah malam pas dinner
Menu utama Sup Tulang
Dan Telur Dadar
Layan drama
Sebening Keringat
Owh!
Sedihnya tengok drama tu
Geram je tengok cite tu
Melampau benar buat kat nenek dia cam tu
Tak suka!
:-(
Pas tengok tv
Sambung baca novel
Arjuna Hati
By Norzailina Nordin
Tahu novel tu novel lama
Baru je nak baca
Dah khatam baca novel tu
Baru masuk tido
Night....
181110
Menu sarapan
Ma masakkan
Nasi Lemak dan
Pulut Pagi Cicah Kelapa Parut
Kemudian kami balik ke Temerloh
B masuk opis
Kerja banyak katanya
Bosannya dok rumah!
:-(
191110
Kami gerak ke Kuantan
B ada meeting
Di SUK
So, dia tinggalkan T dan kids
Di Kuantan Parade
Lunch di Restoran Pizza Hut
Nak pekena Pizza Cheesy 6
Tak ada
:-(
Keju habis katanya
Amek set Thai Seafood for two
Lasagna
Huts Platter
Milo Ais
Tak sedapla rasanya
:-(
Kat Temerloh lagik best
Entah macam mana tah depa ni masak
Tak nak masak tak yah masakla
Ni masak entah hapa-hapa
Buat sakit hati orang aje
Melayang gitu je RM64.05
Geram nak "sembur"
Masa nak membayar tu
Tapi T tahankan aje
Keluar dari restoran dengan hati yang bengkak
Sebab marah tak lepas
:-(
Panjat tangga
G The Store
Beli seluar jeans Lady Like
Dan blouse Tom Girls
Badan gemok
So amek masa nak try baju segala
:-(
Turun bawah nak cari tudung
Tak sempat sebab B dah datang jemput
Sempat beli roti saja kat area bawah tu
Kemudian terus gerak g Melaka
Dalam pukul 5.00 petang tu
Sampai di Muadzam Shah
Pukul 6.45 petang
Singgah makan nasi dulu
Siap makan terus sambung perjalanan
Sampai di rumah Biras T
Dalam 10.15 malam
Dia jamu makan nasi lagi
Makan nasi
Borak-borak
Rehat
Mandi solat bagai
Baru masuk tidur
Penat sungguh rasa badan
201110
Sarapan pagi ni
Abang Ipar dan Biras belikan di Merlimau
T makan Soto Nasi Himpit
Tambah Sambal Kicap
Memang kick!
Siap makan
Kami ke Muar
Abang Ipar bawa makan di
Restoran Simol Asam Pedas JJ
Sedapnya rasa Asam Pedas dia!!
Kena dengan selera kami
B bayar harga makanan tu
RM95
Tapi tak kisah sebab
Rasa makanannya sedap!
T tak tambah nasi sebab
Nasi pun dah penuh pinggan
Lauk lak amek banyak
Ratah mana yang ada
Itupun tak larat mana dah
Ngeeeee
;-D
Siap makan
Terus gerak ke
Melaka Wonderland
1st time datang sini
Memang best dan berbaloi
Dengan apa yang bakal u dapat
T try semua mainan
Yang gelongsor bentuk U tu
Best giler
Naik ngan Adib
Yang gelongsor pakai carpet biru tu pun
Best sangat
Perasaan takut tu memang ada
Tapi berjaya ditepis jua
Hehe..
Kami masuk pukul 3.30 petang
Keluar pukul 6.46 petang
Sebelum tu memang dah berjanji nak jumpa
Sahabat baik T yang duduk di
Masjid Tanah
Kalau tak silap
Ini merupakan perjumpaan kami
Yang ke 13
Pertama kali jumpa di Mid Valley 2004
Kali ke dua di rumah Emy 2004
Kali ke tiga di Port Dickson 2005
Kali ke empat di rumah Ruzi 2005
Kali ke lima di Restoran Terapung Umbai 2005
Kali ke enam di Mid Valley 2005
Kali ke tujuh di Tiara Beach Resort
Kali ke lapan di rumah Emy
Kali ke sembilan di Mid Valley
Kali ke sepuluh di Mahkota Parade
Kali ke sebelas di rumah Ruzi
Kali ke dua belas di rumah Emy
Kali ke tiga belas di Mc'D Air Keroh
Emy, betulkan kalau Ruzi salah ye?
Last jumpa setahun yang lalu
Lama dah tu
Kami berkawan sejak kami berumur 15 tahun
Lama dahkan?
Masih kekal sehingga ke hari ini
Dan Insya Allah
Berkekalan sehingga ke hujung nyawa T
Amin
T jumpa Emy
Di Mc'D Air Keroh
Berbual dalam setengah jam gitu
Tak puas walau sekejap
Tq bagi hadiah buat Ruzi ye Emy?
Ruzi suka semua yang Emy bagi tu
Nanti Ruzi tunggu kedatangan Emy & Co.
Di Temerloh
Ruzi masakkan Gulai Ikan Patin Tempoyak nanti ye?
Balik dari Air Keroh
Terus menuju ke rumah Biras
Masakkan Gulai Ikan Patin Tempoyak
Dan Goreng Ikan Talapia
Sudah makan layan Cerekarama
Salina
Takutnya anak-anak jadik kurang ajar macam tu
Make-up Gothic bagai
Mintak dijauhkanlah Ya Allah!!
211110
Pas solat Subuh
Bersiap-siap
Dalam pukul 8.00 pagi
Gerak ke Muar
Pekena Mee Rebus dan Satey Perut
Sedapnya!
Sudah makan g kat tempat parking keta kat
Area lorong belakang
Cantik gak amek gambar kat situ!
Siot ajekan!
Gambar-gambar ada kat facebook
Takleh nak upload banyak-banyak kat sini
Size terhad
Kemudian Abang Ipar bawak
Kami ke Jeti Tanjung Emas Muar
Dah dua kali datang sini
1st time datang dulu
Naik dah perahu siaran dia
Kali ni tak naik
Sebab B rushing nak ke PJ
Ada rape case kat mahkamah sana
Balik dari Muar
Terus berkemas balik
Anak-anak lak
Mak Sedara dan Pak Sedaranya
Suruh tinggal di Melaka lagi
So, T dan Hubby aje yang ke PJ
Sebelum gerak ke PJ
Hubby bawak T ke Astana Moda di Melaka
Aiii.. Baik hati dia
Belikan kain untuk T
T memang nak cari kain jenis Cotton
Amek jenis baru
Cudroy
RM38.00 semeter
Harga sebelum promosi
RM80.00
Er.. Betul ke tu/
Mahalnya!
Tapi kain cantiklah
Sweet sangat
Pas tu beli lak kain Cotton
Yang berharga RM16 semeter
Jugak RM19 semeter
4 pasang semuanya untuk T
Untuk Hubby dia amek kain jenis Linen
Nak buat kemeja
Tambah lagi beli kain pasang
Untuk Ma dan Mak Mertua T
Cukupla tu
Kang dok lama-lama
Rambang mata dibuatnya!
Sebelum gerak ke PJ
Singgah di Restoran Hj. Isnin
Kari Kepala Ikan
Tapi tak pekena
Kari Kepala Ikan pun
Amek Asam Pedas Ikan Merah saja
Udang sikit
Sambal Belacan
Air Kelapa
Alhamdulillah
Sesampai di PJ
B terus bawak T ke
Hotel Armada
1st time stay kat sini
Masuk bilik
Amek gambar skit
(Anak-anak tak ada nak jadik model)
So, Ummi depala yang posing-mosing!
Alahai!
Rehat kejap
Mandi dan Solat Jamak
Kami ke Armcop Mall
Jalan-jalan cuci mata
Kemudian untuk dinner kami ke
Restoran Vicchuda pada mulanya di Damansara
Kedai tutup
Balik Pattani da..
Kemudian B suggest makan di Nando's aje
So kami makan di
Restoran Nando's di Seksyen 17, PJ
Siap makan
Masuk bilik
T tengok drama Masyitah
B lak dok baca kes dia untuk esok
Tidur dalam pukul 1.30 pagi
Dok melayan gambar-gambar di lappy dulu
Night.. Night..
:-0
221110
Turun breakfast bersama Hubby
Di Utara Coffee House Kitchen
Pas B gerak ke Mahkamah
T naik bilik
Layan tv dan majalah
Dalam pukul 11.30 pagi
B balik dan katanya kes ditangguh ke petang
So pas check out dari bilik
Dia hantarkan T ke
Mid Valley
Berjalanlah T sorang-sorang
Dari pukul 1.00 tengahari
Sehinggalah dia amek T pada pukul
6.46 petang
Boringnya jalan sorang-sorang
Kalau ada anak-anak boleh gak layan
Kerenah diaorang
Dok window shopping aje
YES dah start
:-)
Pas pekena Nasi Kandar yang marbeles di
Food Court
Sambung jalan-jalan
Singgah makan Scones dan
Minum Hot Choclate di
Sweet Chat
T g tengok wayang
Unstoppable bila B kata
Dia masih belum habis kes
Best movie ni!
Suka Danzel Washington
Memang filem jenis A Class!!
Ok!
Bila B amek di Mid Valley
Kami terus ke
Restoran Kunang-Kunang
Dinner di situ
Sebelum pulang ke Temerloh
Home Sweet Home
Tanpa anak-anak
Rumah menjadi sunyi sepi.....
231110
Dok rumah saja
Tak ke mana
Badan penat yang amat
Dok tengok tv
Sambil upload gambar di
Facebook
Belah malam
Keluar dinner dengan Hubby di Mentakab
Tokey kedai siap bagi diskaun lagik
Sebab dia bekas client Hubby
Baguskan?
:-0
Sudah makan
Pergi The Store
Beli barang dapur
Then terus balik ke rumah
241110
Pagi tadi g gym
Padan muka aku!
Berat naik 3kg pas raya puasa baru ni
Tadi dah meningkat dengan jayanya
Ke angka
79kg!
Amek ko!
Dekat 2 jam di gym
Pergi buat sauna dan tangas di ROMA
Jugak buat
Foot Treatment
Licin gebu je kaki tadi pas dibelai-belai
Esok ingat nak buat Body Scrub lak
Sape dok Temerloh
Jom manja-manjakan diri
kat ROMA jom!
setakat ini dahulu laporan terkini daripada saya..
nanti kalau rajin lagi saya update cerita ye?

2 comments:

Emy Omar said...

Wa..sekali update banyak nak cerita kan..puas saya scroll ke bawah..syok membaca..ruzi,saya pun happy dapat jumpe Ruzi..ada rezeki lain masa kita jumpe lagi ye..
pssst nanti kami pun nak gi try la restoran asam pedas tu

Opie said...

kak T, pizza hut kat kuantan parade tuh mmg hampeh..opie penah sekali mintak garlic bread, boleh plak die lupe nk baka...die anta kat kite mentah2....saba je la..kali kedua die nye lasagne tak masak...bhgn luar panas, tp dalam die sejuk mcm baru kluar fridge