Friday, February 26, 2010

IBUKU TERSAYANG..

Assalamualaikum...

Ari ni tak buat apa-apa.. Just santai-santai di rumah saja.. Adib demam semalam.. Dah tak berpeluang nak sertai program merentas desa di sekolahnya.. Hari Rabu ada latihan sukan .. Cikgu suruh berlari selama sejam di padang sekolah.. Daripada pukul 4.50 - 5.50 petang.. Dan cikgu suruh berlari tanpa memakai kasut.. Hasilnya.. Adib demam dan sakit kakinya balik sekolah hari Rabu tu.. So, hari Khamis terlantarlah dia.. Dia memang tak boleh panas sikit.. Sure demam terus.. Sensitip betul.. Dan stiap kali demam dia mesti minta ummi dia buatkan Air Laici.. Dah buat pun semalam.. Dan malam tadi dia request nak makan kek kat Secret Recipe.. Jap lagilah pegi cari.. Ada masa bersantai ni.. Nak luangkan masa update blog sat..





B baru balik berjumpa kawannya kat luar tadi.. Dia tengok T amik gambar, dia suruh T amik gambar dia sekali... Tu dia kuar pulak.. Beli lauk for lunch kat Restoran Pak Usop.. Uii.. Gulai Tempoyak Ikan Patin, Sambal Tempe Goreng, dan Ikan Keli Berlada.. Itu menu yang sudah pasti kalau ke Restoran Pak Usop.. Arwah Pak Usop actually...


20/02/10
Sabtu minggu lepas.. Kak Long ajak lunch di rumahnya.. Rumah Kak Long berselang beberapa buah rumah saja daripada rumah T.. Sementelah adik T, Nizam dan tunangnya, Ila ada datang sekali bersama Ma, Abah dan adik bongsu T, Erma.. Kami lunch sama-sama di rumah Kak Long.. Beberapa keping gambar disertakan..
Sebelum tu, T kuar cari barang dapor skit.. Selepas itu baru ke rumah Kak Long..




Geram betul ngan budak sorang ni.. Mak Su Erma yang amik gambar-gambar ni..








Minum petang pulak di rumah T.. T buatkan Air Koktail, Mee Hoon Goreng dan jugak Sandwich Sardin...



Tetamu sedang menjamu selera...






21/02/10
Hari ni Nizam datang ke rumah menghantar Mak Su Erma ke rumah T.. Nizam dan Ila nak balik ke Rawang dah hari ini.. Mak Su pulak nak balik ke Segamat naik bas petang nanti..



Kami keluar makan di Restoran Nina Asam Pedas..



Beli baju uniform Kadet Remaja dan topi untuk Adib, Mainan badminton untuk Nur dan skarf rambut untuk T.. Skarf rambut tu Mak Su belikan untuk T.. Tq Mak Su.. Jugak beli kain sejadah dan 2 helai kain tudung untuk T...



Tadi pegi ke Bukit Angin.. Tapau lauk dan beli Kuih Tauhu Sumbat tu..




22/02/10
Dapat parcel daripada Emy.. Tq so much Emy.. Serunding tu sedap sekali.. Nanti ada masa Ruzi buat kek tu pulak.. Hehe.. Nur siap cakap "Ya Allah! Siapa hantar ni untuk Ummi?" T jawab, "Aunty Emy".. Terus dia cakap.. "Ya Allah! Baiknya Aunty Emy tu Ummi"!! Hehehe.. Nur.. Nur..

Untuk dinner T masak, Ayam Masak Kicap, Telur Dadar dan Sayur Goreng..




23/02/10
Minum air protien ni, Sculpt kat gym.. Belanja Kak Yah tadi.. Ajak dia minum sekali.. Harga segelas air ni RM10.. Kalau dah minum air ni, tak makan nasi pun still rasa kenyang..


24/02/10
Beli jus aloe vera ni.. Baru try.. Brand Forever..Sebotol RM85.. Beli melalui Cikgu Julia.. Owner gym ni.. Baik untuk kesihatan wanita..


Balik dari gym, Kak Anis call suruh g opis.. Dia buat Puding Koktail ni.. Makan kat rumah.. Sedapnya!! Tq so much Kak Anis..



Ni masa lunch di Restoran Wau Aimi..



25/02/10
Adib request nak minum Air Laici.. Buatkan untuk dia.. Setiap kali demam, mesti request nak minum air ni..



Menu simple tonite.. Ayam Perap Goreng dan Sayur Goreng saja..



Kesian anak Ummi ni.. Makan tadi pun dia suruh Ummi suapkan.. Tak larat sangat dia.. Time demam macam inilah kalau nak tengok dia terbaring senyap.. Kalau tidak.. Mahu pecah rumah ni dibuatnya!! Sekali bergandingan dengan adik dia si Nur tulahkan.. Sekali jugak bergandingan dengan suara gemersik ala-ala Jane makwe si Tarzan bagi pihak Ummi dia pulak.. Haru... :-p



Nur bagi ni kat T malam tadi.. Lambat lagilah sayang Hari Ibu.. Tapi tak apa.. Ummi akan simpan kad Nur ni.. Tq sayang!!



Ini tulisannya di dalam kad... :-) Terharu Ummi membacanya sayang..


Friday, February 19, 2010

CUTI CNY 2010...

Assalamualaikum...

Apa yang sudah berlalu.. Biarkanlah berlalu.. Wati... Lihat ke hadapan.. Bukan tidak boleh menoleh ke belakang.. Cukup sekadar dijadikan pengajaran.. Untuk menempuhi hari-hari mendatang.. Terima kasih di atas sokongan, nasihat, komen-komen kalian yang berhak ku panggil sebagai seorang sahabat.. Pengalaman hidup adalah harta yang amat berharga buat semua yang bernama insan.. Ada suka dan duka.. Tawa dan tangis bersatu menjadikan siapa kita hari ini.. Walau "rasa" itu masih ada, T akan kuatkan semangat untuk terus "survive"!! Insya Allah..
T kembali lagi.. Sekadar bercerita-ceriti tentang itu dan ini.. Nak tahu apa ceritanya? Nak tengok gambar-gambarnya jugak? Jom, ikut T!! :-0

03/02/10

Lunch bersama Nur di Restoran Nina Asam Pedas.. Nur makan Nasi Ayam & Teh "o" Ais.. T pulak Set Nasi Talapia Asam Pedas & Air Bandung Cincau...


Hari ini merupakan hari lahir officemate T, Kak Anis yang ke 39.. Tuan badan sungguh manis.. Umur dah masuk 39 tahun.. Macam tak percaya je kak!! Awet muda akak ku ini.. Hehehe.. Selamat Ulangtahun Kak Anis.. Semoga terus dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki dan bahagia hendaknya kehidupan akak di dunia dan di akhirat sana.. Amin..
T tak bagi hadiah apa pun.. Cuma belanja makan di Secret Recipe.. Otw balik ke rumahnya, dia call tu.. (masa tu T dh ada di rumah).. Dia menangis ucap terima kasih pada T sebab sama-sama celebrate bday dia).. Ala kak.. what's friend for??


06/02/10
Gambar kat gym.. T, Kak Gina dan Kak Yah.. Akak berdua ni umur nak masuk ke 48-50 tahun dah.. Tapi tetap vogue gitukan? Jeles mak tau!!


Owner gym yang vogue meletups, Cikgu Julia..


Sebelah malam kami balik ke Kuala Krau.. Beli Satey untuk Ma dan Abah.. Ini dinner kami..



07/02/10

Hari ni pergi ke Jenderak Utara, kenduri kahwin adik Kak Anis.. Tak sangka jumpa kawan sekolah dulu..
Bersama Mariani..


Dengan Jee.. Argh! Seronoknya bertemu kawan-kawan sekolah dulu.. Terus ber"aku engkau" pasal kami pun kawan lama.. Boraks macam-macam.. Tapi masa tu terhadlah.. Sambung boraks thru sms la pulak.. Harap-harap hubungan kita terus berkekalan selamanya.. Mak teruja sangat-sangat dapat berjumpa kawan-kawan lama..


Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai..



Bersama Kak Anis dan ibu bapanya..



08/02/10

B ajak kuar minum di Secret Recipe.. Dengan seorang lagi kawannya.. Kongsi Laksa Sarawak tu dengan B..



Lepas makan masuk Al-Ikhsan.. Beli baju untuk dipakai ke gym.. Tq B!



09/02/10
Boleh dikatakan hari-hari T lunch kat sini bersama anak-anak.. Di restoran Aimi.. Lauk-pauk yang dimasak birasnya, Kak Ma sungguh lazat sekali! Nak tahu sedap tak sedap.. Marilah rasa.. I dh start tahap ketagih dah!! Emmm.. Nampak gayanya lambat lagilah badan aku nak kurus weh!! Haha...



Pegi opis tadi Kak Anis bagi lagi gift ni.. Ari tu dia dah bagi sorang satu dah.. Tq Kak!!



11/02/10

Malam ni dinner kat luar.. Dekat area gym yg T pergi.. Tukang masak kedai makan ni orang Pattani..


Kami order Siakap Black Pepper, Telur Dadar, Sup Ayam, Tom Yam dan Sayur Campur..
Alhamdulillah...


12/02/10

Sementara menunggu Mak Su (adik T) sampai dari Segamat, kami makan di sini dahulu..

13/02/10
Kami singgah beli Ikan Patin untuk dibawa balik ke Kuala Krau.. Tapi sebelum tu kami ke tempat kenduri dulu.. Kenduri kahwin adik kawan suami T..


Mak Su dan Nur.. Nasi dan lauk-pauk yang sedap! Yummy!!
Me & pengantin perempuan.. Pengantin lelaki tak sampai lagi masa ini..


Kemudian, kami balik ke Kuala Krau.. Anak-anak sedara T yang baru tiba dari Serendah..



14/02/10
Ma buatkan Nasi Lemak pagi ini.. Oh! Alangkah sedapnya..



Teringat pulak zaman sekolah dulu.. Tak kira masa di sekolah rendah atau di sekolah menengah.. Bawa Nasi Lemak jual pada kawan-kawan.. Kawan-kawan yang nak order.. Bukan setakat jual Nasi Lemak aje.. T pernah tolong ma menjual kuih-muih di sekitar tempat tinggal T.. Pergi dari rumah ke rumah.. Kuih.. Kuih.. Ha! Dengan 2 bakul di tangan.. T pergilah ke rumah jiran-jiran menjual kuih.. Lebih kurang dari pukul 3 petang ke 5 petang.. Tiap-tiap hari balik bakul dah kosong isinya.. Semua habis dijual.. Ma bagi duit poket dan tiba masanya dia bawa jalan-jalan ke Jerantut dan Mentakab.. Oh! Happening sangat masa tu kalau boleh berjalan ke Jerantut dan Mentakab.. Hehehe.. Ingat lagi semua kenangan itu..
Bungkus Nasi Lemak guna daun pisang.. Barulah aroma dia naik beb!! Pas makan tak lupa jilat jari.. Sedap sangatlah katakan!! Hehehe.. :-p


Kami bercuti ke Shah Alam.. B amik bilik di Carlton Holiday .. First time stay here.. Bilik okeylah.. B cakap tinggal satu bilik ni saja.. Yang lain semua penuh.. Hmm.. Rehat sat, solat jamak .. Kami pun bergerak ke Tg. Harapan.. Idea B ajak makan seafood di sana.. I ikutkan saje.. Wajib kena dengar cakap En. Suami tu.. Haha..


And here we are!!



Kami order Ketam 3 Rasa, Ikan Siakap Stim, Sotong Celup Tepung, Udang Goreng, Telur Dadar, Tom Yam Ayam, Ikan Pari Bakar, Nasi Putih, Nasi Lemak dan air.. Rasa makanan dia kira okeyla.. Sebab kami pun kebulur macam apa.. Sebab pagi tadi sarapan Nasi Lemak.. Dan dalam kereta makan Kuih Kacang.. Pukul 6.30 petang pulak baru berjumpa nasi.. Tu pun tak habis pulun jugak.. Banyak sangat yang kami order..

15/02/10
Kami meneruskan percutian kami ke Port Dickson pulak.. Tak plan sebenarnya nak ke sini.. Cuma itulah.. Kami nak ke mana-mana pakai redah aje.. Call hotel pun masa otw ke PD..Nasib baik bilik ada.. Bilik ada pun faham-faham ajelah cuti-cuti ni.. Inilah masa dia nak naikkan harga bilik pun, kan?? Biasalah tu.. Masa inilah depa nak buat untung pun.. So, ini kali kedua kami stay di The Regency Tg. Tuan.. Oh! Sebab semalam kami ke Tg. Harapan.. Hari ini kami di Tg. Tuan pulak.. Hehe.. Kami suka amik bilik di sini.. Bilik luas.. Ruang tidur diasingkan biliknya.. Bilik pulak mengadap ke laut.. Memang puas hati betul..





Kami kuar dari bilik dan ke tempat ini.. Cantik tempat ni.. Sesuai utk nak ambik gambar ... Sunset kat sini pun cantik gak..
Balik semula ke hotel.. Anak-anak tak sabar-sabar dah nak mandi..


Inilah saat yang ditunggu-tunggu...


Family Abang Ipar T pun bercuti di PD.. Tapi dioaorang duduk kat Institut Latihan Fama.. Ajak diaornag datang ke bilik kami dan kemudian g belanja diaorang makan Satey Hj Samuri ni..


Temankan anak-anak mandi di kolam..



Nak check out dah masa ni.. Ajak B bergambar sama.. Hoho!!


B amik bilik di Hotel Ancasa pulak.. Sebab ada kerja di KL esok.. So, kami bermalam satu hari lagi di PD.. Eh korang! Ancasa ni syokla!! Masuk-masuk bilik i dah menjerit-jerit tengok bilik cantik amats!! Hehee! Sampai B kata lain kali datang PD... Nak stay kat hotel ni aje.. Tak nak amik hotel lain dah.. Kolam renang ada.. Pantai pun cantik.. Kira ok what dok sini!! :-)
Suka dengan deko dalam bilik dia.. Sangats suka!!



Tengoklah pantai dia, cun beb!!


Mandi time!!


Di Taman Bali.. Cak!!



Pantainya..


Pas layan ABC dan burger yang sedap kat satu kedai ni, B temankan anak-anak mandi pulak.. Me? Tak mandilah.. Tak sesuai!! Hehe.. B tak bagi i mandilah.. Nanti badan i basah.. Semua orang tengok body i nanti.. Hahaha.. Haru tul!!

Dah bersiap nak balik dah.. Nak ke KL dulu..


Lobi dia.. Cantik..


Kami singgah makan di Restoran Al-Rawsha, Jalan Ampang.. B biasa makan di sini.. Kali ni dia bawa isteri dan anak-anaknya pulak datang makan ..


T amik Air Lemon ni.. B amik Air Epal.. Sedap jugak rasanya..


Makan Nasi Arab.. T, Adib dan Nur amik ayam dan B amik kambing..
Nasi Arab Ayam RM17 sepinggan.. Nasi Arab Kambing RM22.. T kongsi makan dengan Nur, itupun tak habis.. Kenyang dah.. Padahal kami tak amik breakfast pun.. Anak-anak makan roti je dalam kereta tadi.. Memang banyak nasi dia.. Rasa nasi dia B cakap tak berubah.. Gitulah jelah rasanya.. Sedap.. Lembut sungguh nasi, ayam dan kambing dia.. Orang datang berpusu-pusu.. Sekejap saja restoran ni dah penuh..


Tapau Kebab Sandwich dia.. Jugak Puding Kastard.. Sedap jugak!!


Yummylicious!!



B balik dari opis semalam, bagikan T ini.. Buah tangan daripada bekas staff dia.. Tq Zu.. Ingat lagi Zu kat Kak T..


okey.. sudah catatan t buat kali ini.. ada masa, ada cerita, nanti t sambung lagik.. till then.. babai!! lap u guys.. muah!!