220510
Amboi!! Kalau dah lelaki tu lelakilah jugak yek? Anak ngan bapak sama naik nih!! Hehe.. Tak adalah.. Saja gurau-gurau.. Masa ni kami lunch di Restoran Nina Asam Pedas pas ambik anak-anak di kelas tuisyen.. Makan-makan lauk tak cukup dan order Asam Pedas Ayam dan nasi lagik.. B dan Adib yang makan bertambah ok? Not me.. Cukuplah sepinggan tu.. Huhu..


Ada orang tukan... Dia berlagak.. Ngada pasang skrin monitor baru dalam keta dia. Dia tanya, "Ada perasan apa-apa tak kat dalam keta ni?" T terus notice dia pasang skrin monitor baru!!.. Siap suruh T call dia dan terus dia boleh jawab call tu kat skrin tu sebab guna bluetooth.. Dia dah onkan bluetooth hand phone dia. T pun kata nak gak letak benda alah ni dalam keta T.. Dia cakap tanak!! Geram mak tau!! Hehehe.. B .. B..

Malam ni buat Nasi Goreng saja.. Pagi tadi bersarapan Nasi Goreng jugak.. B dan kids suh masak lagi dan ini sajalah yang kami hadap malam ni.. Kenala kot bila dipadankan ngan Air Teh 'O' tu yek?
Pas makan dok tengok Majalah 3 dan.. Hoho.. Serem.. Serem.. Tabik spring to Fasha walau i tak minat attitude dia.. Norish pun ko!! Mak tengok tv menerusi celah-celah jari sajok! Boley gitu? Hik3.. Kalau dah penakut tu.. Penakutlah jugak. Mak suka corak cameraman dia buat kije.. Cantik shot diakan? Syabas to Hitler Zami.. Anak Pak Uda.. Superb! Good Job bro!! Dalam pada tu T teringin jugak nak tengok drama bersiri Roh Kembali .. Setiap Khamis malam Jumaat.. Pelakon beh-beh belake tue!! Tapi sekali pikir takut.. Sekali pikir teruja gak nak tengok.. Ada Fizz Fairuz, Remy Ishak, Lisa Surihani.. Arahan lak by Mr. Jinggo.. Mesti meletup cite tu!! Sudah semestinya.. Confirm!!

230510
Pagi ni bersarapan di Batu Satu.. Nasi Kerabu + Air Teh.. Sangat "MARI" ok? Hehe.. Pas makan g cari seluar sekolah Adib. Dah besar anak bujang aku tu. Seluar lama semua dah ketat dan senteng. Padahal beli bulan doblas taun lepas.. Siap membeli itu ini, serba-sedikit.. Kami gerak ke satu tempat ni pulak.. Tempat apa tu? Oh! Adalah... Hehe..



Seterusnya, gerak ke kedai gunting rambut kat area Save More tu.. Gunting rambut budak-budak ni.. Selesa gunting rambut kat sini.. Sorang budak ni gunting dia charge RM4 aje.. Ok sangat-sangatla tu.. Untuk wanita yang memakai tudung, ada disediakan tirai.. So, orang lelaki yang datang tak nampaklah aurat kita.. Baguskan?? Kedai gunting rambut ginilah yang kita kaum hawa dok carikan?



Balik dari bergunting rambut my kids.. G singgah minum di gerai Kak Long T.. Borak-borak dan kemudian, singgah di kedai membeli lauk. Nak masak for lunch.. Hari ni T masak Ikan Siakap Stim dan Sayur Bayam Goreng. Ada jugak Buah Tembikai dan Air Lemon.. Alhamdulillah.. Dengan rezeki yang DIA berikan buat kami sekeluarga hari ni.. Amin.. Amin..




240510
Hari ni for lunch T masakkan Spageti Goreng.. Dah lama tak buat menu gini.. Biasa spageti T masakkan seperti Laksa Johor dan Bolognese.. Daripada hari Sabtu lagi nak goreng, tapi tak jadi-jadi.. Hari ni baru jadi kau! Hehe..

Masa balik daripada ambil Adib dari kelas mengaji, T singgah beli Ayam Golek Panggang ni.. Dah dekat 2 minggu perasan ada sorang mamat ni jual ayam ni.. Hari ni baru T singgah beli.. Seekor RM18.. So, untuk malam ini.. Inilah menu kami.. Karang T masak nasi dan makan nasi + kicap saja.. Cukuplah tu.. Lagipun B tak ada.. Dia ke KL.. Malam ni baru balik.. Biasa balik dalam pukul 10 ke 11 malam.. Budak-budak tak cerewet pasal makan.. Menu macam ni pun depa suka aje.. :-)(Errr.. Ni ayat selamat nak cover Ummi diaorang ni sebenarnya malas memasak... hoho) :-p


































