Wednesday, June 30, 2010

DIA DAH NAK KAHWIN...

dia dah nak kawin
siapa dia?
oh! dia adik aku..
bawah aku je
sedih ni
kenapa sedih?
yela..
aku ingat dia masih kecik lagi untuk berkahwin
masih belum bersedia ke arah itu
untuk membina sebuah masjid
sebuah keluarga
mampukah dia membimbing bakal isterinya nanti?
bagaimana kehidupannya selepas ini?
segala-galanya bermain di fikiran
bimbangkan dia
aku harap semuanya akan ok nanti
majlis akad nikahnya pada 030710
beberapa hari saja lagi
kenduri di kampungku pulak pada 100710
pun bakal menjelang tiba
harap-harap semuanya berjalan dengan lancar
dan pastinya
dalam suasana yang meriah
aku sungguh tak sabar untuk itu!!
5 pasang baju telah ditempah
semata-mata untuk majlis ini nanti
apa-apa pun
aku mewakili keluarga
mendoakan
yang terbaik buat dia dan pasangannya, ila
semoga jodoh kalian kuat
teguh dalam menempuh
alam berumahtangga
yang penuh liku
onak dan duri
namun kebahagiaan ada di situ dik
itu kak t pasti

sayang kamu
selamat menunaikan tanggungjawab untuk bergelar
seorang suami
dan ayah
kemudian hari
Insya Allah..

Amin..

kak t sayey nizey...
jago ila molek2 deh!!
jangan sesekali dia dipersiakan
hargai dia.. sayangi dia
cintai dia, kasihi dia
selamat meraikan cinta kalian berdua
dengan restu kami semua..



120610

Kali keempat datang ke CH. Sangat seronok dan teruja biarpun cuaca tidak mengizinkan.. Asyik hujan ketika di sana.. Musim agaknya.. Tak kisahlah.. Kami enjoy je berjalan kali ni.. Walau lama jugak makan jem dalam keta.. Keta banyak sekali ko!! Ala, kalau tak nak makan jem, dok umah jelahkan.. Hihik.. Adatla tu.. Orang lain pun nk g berjalan jugak.. Biasala...

Kami dok kat Heritage Hotel.. Lalu ikut jalan di Raub.. Dalam 3,4 jam dah sampai pun.. Dah check in, kami dok berehat dalam bilik dan keluar ke Pasar Malam di Brinchang... Berjalan dalam hujan ko. Nasib baik tak demam aje.. Nasib baek sungguhla..

Untuk dinner kami makan dekat kedai makan oghe kelate kat belakang masjid tu.. OTW nk g makan, nampak accident depan mata.. Bas tu tak ada brek, meluncur laju merempuh 3 buah keta di depannya.. B lari ke kereta nak selamatkan orang kat dalam tu.. Nasib baik tak ada yang cedera. Aku lak menangis dok pegang anak-anak... Dasat sungguhla.. First time tgk accident live gitu.. Hilang semangat aku jap.. Huh!! Simpati pada mangsa kemalangan.. Yang 3 buah keta tu.. Lagila hilang mood depa nak bercuti.. Kesian..



130610

Pagi ni selepas bersarapan, kami terus ke Cactus Valley.. Tempat ni cantik.. Bersekali dengan Big Red Strawberry Farm.. Tak puas bergambar.. Gambar-gambar lain berlambak aku upload kat fb sana.. Haha.. Giler bergambar btol!! Puas berjalan laparlah pulak.. Singgah makan minum dan kmudian, kami ambik bilik di The Country Lodge.. Amik apartment 3 bilik.. Berehat bagai, sebelah petang kami ke Cactus Point lak.. Ingat nak ke Rose Centre tapi telah ditutup. Jalan ke Kea Farm sangat-sangat sesak.. Makan angin betul dibuatnya.. Harulah... Hehe..

Kemudian, kami singgah makan stimboat for dinner.. Sangat sedap dan makan penuh berselera.. Borak-borak.. Gelak-gelak.. Kenyang. Oh! Lupa nak bagitahu.. Kami g ngan seorang kawan B dan familynya. Kawan baik B tu.. Pas makan, kami balik ke bilik.. Layan tv dan tido.. Penat....








140610

Pagi ni pas bersarapan, kami ke Multicrops Central Market.. Soping kat sini, ambik gambar dan kemudian, kami ke Smoke House.. Tempat wajib datang bergambar kalau ke CH ni. Singgah jugak di Tanah Rata nak ambik gambar.. Sebelum balik, singgah di Bharat Tea. Minum Air Teh, beli Karipap. Scones dh dimakan semalam di Big Red Strawberry Farm.. Turun ambil gambar di ladang teh kemudian singgah makan di Raub dan terus pulang ke rumah.. Home Sweet Home.. Penat tapi seronok amat!!










150610

Balik ke Kuala Krau.. Malam ni Ma masakkan Ikan Singgang dan Sambal Sardin. T bawa balik Ikan Bakar yang B belikan di Tanjung Lumpur, Kuantan.. Sedak3!! Hehe... Pasal makan semua sedap ye?? Hamboi!!



160610

T masak Ayam Masak Kicap dan Sayur Campur Goreng.. Ada Buah Oren Sunkist dan jugak T buatkan Air Strawberry.. Yummy..



170610

T masak Ayam Perap Goreng dan Sayur Campur for dinner.. Alhamdulillah...



180610

B belikan buah Durian.. Sangat sedap.. Dah lama tak makan..



190610

Hari ni g makan kenduri kat Taman Sri Semantan.. Anak sedara kawan B yang kawin.. Nyambut Mnantu.. Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai.. Selepas makan, kami singgah beli Ikan Patin Dan Ikan Talapia.. Nak bawa g Kuantan.. Malam ni nak g tidur di rumah kawan B di Bukit Istana... Tuan rumah buat bbq tonite.. Lawa dan besar giler rumah kawan B ni.. Dengan layanan yang mesra, tak kekok kami dibuatnya.. Makanan banyak sampai tak habis.. Nasi Lemak Ikan Tongkol tu yang paling best.. Eh! Yang lain-lain pun sedap gak apa!! Makan macam apa aku.. Lupa diet bagai.. Hoho.. Dasar tak malu!!

Err.. Kasut CR tu aku beli di Megamall.. Singgah situ jap sebelum g ke rumah kawan B.. Dah lama tak pakai kasut tumit tinggi.. Rasa badan dah ringan skit ni.. Boleyla layan pakai kasut design gini.. Ces!! Ayat...








200610

Sarapan pagi tuan rumah goreng mee.. Lain-lain Kak Nona yang belikan.. Tengoklah gaya anak dara tuan rumah ni.. Damia.. Gojes giles budak ni tau!! Aksi bersahaja je dia.. Aku terus snap.. snap dan snap.. Camera friendly betui!! Masa g CH dulu pun dia dan abangnya mesti menyelit2 time orang nak amik gambar.. Hehe...

Selepas makan tengahari.. (Suzi memang pandai masak sampai aku tak malu makan bertambah-tambah), kami meneruskan perjalanan ke Dungun.. (Terima kasih tuan rumah.. Baik punya layan sampai kami rasa sungguh selesa di sini.. Taklah diminta layan seperti raja tapi mesra sungguh sampai makan minum pun kami tak malu.. Anak-anak dok mintak ajak datang tidur kat sini lagi.. Suka diaorang.. Rumah ni besar.. Tuan rumah pun dok berajak datang lagi dan lagi.. Insya Allah.. Nanti kami datang lagi.. Hehe...) Di Dungun kami mencari bilik untuk family dari Kelantan juga sebab esok hari pendaftaran anak sedara B di Politeknik Dungun.. Kami singgah di Kemaman dulu. Singgah di Kedai Kopi Hai Peng.. Tapau roti dan air kopi.. Juga beli serbuk kopinya yang memang sedap tu!! Di Dungun, kami stay di Mayang Sari Beach Resort & Spa.. Ambil villa 3 bilik.. Harganya untuk satu malam? Em.. Urut dagu jap ye?...








210610

Pas bersolat Subuh, kami ke pantai.. Bercanda di situ bersama anak-anak.. Selepas temankan mereka mandi di kolam, baru kami bersiap-siap untuk ke politeknik.. Ramai sungguh orang.. Rimas weh!! Settle semua urusan, tiba masa nak balik T adalah terpandang situasi ni.. Seluruh keluarga menyalami anak yang mereka hantar belajar di sini.. Budak laki tu menangis bila bersalam dengan familynya.. Aduh!! Sedang molek masa tu jugak.. Anak sedara B datang kat aku dan salam cium tangan aku.. Ya Allah.. Aku terus menangis kat situ jugak!! Ha.. Ni pun menitis air mata sambil dok menaip ni.. Sensitip betul ko ni Wati!! Hehe.. Selepas family B balik terus ke Kelantan, kami singgah makan di Cherating.. Bila B tanya nak makan kat mana terus T teringat kat satu kedai makan di Cherating.. Ajak B singgah situ. Kami pernah datang makan ke sini semasa T sedang mengandungkan Adib. Lama benar dah tu.. Teringat kat Kari Ayam dia yang mengancam giler tu.. Haha.. Sangat berpuas hati.. Semua makanan enak belaka. Pas makan, kami teruskan perjalanan pulang ke rumah.. Home Sweet Home..











220610

T masak Ayam Goreng Crispy Ayamas, Sayur Campur dan juga Telur Dadar.. Letak Mayo macam Shiela Rusly dalam iklan dia tu.. Sedap!!



230610

Beli Ayam Panggang ni seekor dan dicicah bersama sos Nandos.. Sangat yummy!!



240610

Hari ni g kuar dating ngan B.. Hehe.. Anak-anak sekolah pagi so kami banyak masa bersama di waktu pagi.. Singgah Avon jap beli ni. Sekadar ini untuk aktifkan no ahli aje..




250610

For dinner, B tapaukan makanan di Restoran Tifa.. B order Ikan Siakap Stim, Tom Yam Campur, Ayam Goreng Kunyit, Telur Dadar dan Sayur Campur. T masak nasi saja.. Alhamdulillah....



260610

Hari ni balik ke Kuala Krau.. Tapi sebelum tu kami lunch di Restoran Nina Asam Pedas... Balik ke kampung sebab ada mesyuarat untuk kenduri kahwin adik lelaki T nanti.. Ma buatkan Nasi Lemak, Agar-Agar.. Ada kuih-muih jugak.. Alhamdulillah.. Kata sepakat sudah dicapai dan T harap majlis adik T nanti berjalan dengan lancar dan meriah semestinya. Insya Allah..





270610

Hari ni g soping barang-barang kawin adik T.. Meriah tu dok soping tadi.. Dok serbu Pasar Cowboy tu macam hapa!! Hehe.. Teruja nak buat kenduri ni!!



Dinner malam ni.. Tapau aje di Restoran Rizki Tom Yam.. B orderkan Ikan Siakap Black Pepper, Ikan Talapia Goreng, Sup Ayam dan T masak nasi, goreng Telur Dadar.. Timun dan Budu buat ulam... Alhamdulillah...



290610

T bawa adik bongsu g Hospital Temerloh.. Jumpa doktor check mulut dia.. Setelah 7 kali temujanji.. Doktor mengesahkan adik dah sihat.. Tak perlu pergi ke hospital lagi untuk diperiksa.. Alhamdulillah.. Dalam pada tu, T berkesempatan berjumpa dengan kawan sekolah di Sekolah Vokasional Sanggang dulu.. Last kami jumpa 11 tahun lepas.. Ayo!! Sudah berzaman tu!! Seronok dapat berjumpa Idawati walaupun sekejap cuma. Ambil gambar guna handphone je sebab tak bawak Mr. Nikon...



Lunch bersama staff office di Dataran Patin.. Tepi Sungai Pahang.. First time datang makan di sini..



300610

Ni masa bersarapan pagi tadi bersama Mr. Hubby..



t nak privatekan blog ni x lama lagi.. kalau sapa2 nk terus baca lagi, bagi emel u.. nanti i invite u ols.. tq.. emel t, ruziawatibukhari@yahoo.com