Assalamualaikum...
Pagi ni selepas anak-anak pergi sekolah.. T layan dengar radio ERA sambil membaca majalah yang T beli di MPH hari Sabtu lepas... Mood raya masa membaca majalah ni tadi.. Tapi tak habis semua lagi.. Ketidakcukupan masa membataskan T untuk menghabiskan bacaan.. Nanti sambung lagi esok.. :-D

Koleksi buku-buku motivasi dan novel daripada penulis yang T gemari, Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj.. Sayang semua buku-buku ini tau!!..

Mengidam sangat-sangat ok nak makan Popia Basah ni.. Hari ni baru dapat.. Rasa last T makan tahun lepas.. Masa beli di Pasar Ramadhan kat Temerloh ni jugak.. B beli RM2 saja.. Tak cukup ni.. Esok nak cari lagi!! Ngeeeeeee....

Juadah untuk hari ini.. T cuma masak nasi dan buat air saja.. B belikan Ayam Panggang, Ikan Kembung Tempoyak Bakar, Ikan Pari Bakar, Sayur Labu Masak Lemak, Kari Daging, Murtabak dan Popia Basah. Alhamdulillah...

Juadah lengkap kami hari ini.. Alhamdulillah..

Ini pula resepi Mee Goreng Basah.. Sha.. Kak T taipkan resepinya ye? Selamat Mencuba..
1. Tumis Bawang Merah + Bawang Putih + Cili Kering
2. Masukkan Daging + Ayam (Tambah Udang + Sotong lagi sedap ok?)
3. Dah empuk, masukkan Kicap Pekat, Sos Tiram, Sos Cili, Sos Tomato
4. Masukkan Fish Cat + Fish Ball
5. Masukkan Mee Kuning beserta sedikit air
6. Masukkan Sayur Sawi + Kobis + Tomato + Tauhu
7. Tambahkan Garam + Gula + Aji (kalau nak pedas boleh letakkan juga sedikit Lada Hitam yang ditumbuk halus)
8. Siap!!