Thursday, September 30, 2010

PUASA GANTI HARI KE 3...

Assalamualaikum..

Tadi kan... T dok belek-belek katalog AVON.. Tengok-tengok tarikh kempen last today.. T saja sms kat Hubby.. Mintak dia belikan barang-barang sikit.. Petang masa dia balik.. Dia hulurkan T plastik AVON... So, inilah yang ada di dalam plastik yang Hubby bawa balik tadi.. Tq Abang sayang!! GaGaGaGa... (suka warna eye shadow tu.. memang sangat-sangat romantic!!).. Kalau make-up T pakai brand ni dan jugak brand FARMASI.. Suka make-up tapi taklah pandai mana pun.. Sekadar main sapu tepek atas muka saja.. :-p



Untuk menu berbuka hari ini T masak Kari Ikan Bawal dan Ayam Goreng. Ada Budu dan jugak ulam-ulaman.. Air lak T sediakan Teh 'O' Ais Limau dan Air Masak Beyond Zhulian.. Not forget to mention.. Ada Buah Pisang jugak.. Yummy.. Alhamdulillah.. Rezeki kami sekeluarga hari ini..



Esok anak-anak suruh T masak Kari Ikan lagi.. Yelah.. Yelah.. Nanti Ummi masakkan lagi Kari Ikan ni esok.. Mula Nur tak nak makan sebab dia agak cerewet.. Tak makan pedas.. Bila dah rasa sesuap dua.. Dia bangun dari kerusi.. Angkat ibu jari dua-dua tangan dan angkat kaki kiri dan kaki kanan serta muncungkan bibirnya nak menunjukkan/mengatakan yang Kari Ikan ni sedap... Kononnyalahkan!!.. Tula pasal esok dia suruh T masakkan gini lagi.. Tadi dia bertambah makan nasi dua pinggan.. Nur.. Nur.. Suka Ummi tengok anak-anak Ummi makan banyak.. Adib tok sah cakaplah.. Memang sokmo dia makan nasi dua pinggan punya!! :-p

Wednesday, September 29, 2010

PUASA GANTI HARI KE 2

Assalamualaikum...

280910

Burger untuk berbuka puasa tadi.. Dah lama tak pekena burger daging Ramly ni... Yummy..



Hari ini untuk berbuka T masak Gulai Ayam (guna rempah yang T beli di Kelantan baru ni, masak gulai ni tak letak santan pun.. gulai diet ni tau!), Sayur Bayam Goreng, Ayam Goreng dan Budu.. Juga ada Buah Epal, Air Kopi Ais dan Air Sunquick Ais.. Alhamdulillah..



Masa berbuka dah tiba!! Bulat mata pas pekena Kopi Ais tu.. :-O



290910

Untuk dinner malam ni T masakkan Nasi Lemak.. T tak berpuasa hari ni.. Tak larat sangat.. Badan lesu... Selsema makin teruk.. Malam tadi tak boleh tidur sebab banyak sangat minum Kopi Ais agaknya masa berbuka semalam.. Ha! Kan dah padan muka aku!!
:-p




** sedang menonton drama CHINTA **

Monday, September 27, 2010

MISI BERPUASA GANTI...



Assalamualaikum..

Hari baru bermulanya misi berpuasa ganti.. Kata orang "seru" tu dah sampai.. Ces! Padahal malas je nak berpuasa semula selepas beraya sakan ari tu.. Hem.. Hari ini T merajinkan diri yang dah lama tak memasak.. T masak Stew Ayam Kicap dan Ikan Kembung je. Jugak T sediakan Air Roselle, Air Masak Beyond Zhulian, Buah Kiwi dan Buah Epal.. Alhamdulillah..

** memang penat rasanya hari ni.. flat habis tubuh badan.. esok Insya Allah.. akan sambung berpuasa lagi.. **

Saturday, September 25, 2010

BIG APPLE DONUTS



Assalamualaikum...

Malam tadi B balik belikan donuts ni...
Makan 2 ketul dan masuk tidur
Sebab B balik pun dah pukul 11 malam gitu...

Pagi ni sambung makan donuts balik
Dok rumah saja hari ni
Terbaring melingkau
Tak buat kerja apa
Breakfast, lunch dan dinner beli saja di kedai

Anak-anak p sekolah
Ada sekolah ganti hari ni
B lak dok siapkan kerjanya menaip dokumen kes
So T layan tengok movies kat HBO dan Star Movies
Nonton drama di TV2 jugak di Astro Ria, Astro Prima
Sampai lebam
Sampai rasa muak

Then sambung buat aktiviti yang paling T suka
Baca majalah!!
Tertidur sekejap
Sedar-sedar dah Maghrib

"Me Time"

** jap lagi nak tengok Cerekarama "Kemaafan Yang Tertangguh" **

Thursday, September 23, 2010

DITINGGALKAN..

B tak ada malam ni
Tengahari tadi dia pegi Petaling Jaya
Ada rape case kat sana pagi esok

Sukarlah untuk aku melelapkan mata malam ini
Tanpanya ada di sisi

Ah..
Rindu abang sudah!!

Monday, September 20, 2010

MASIH DALAM MOOD RAYA..

Assalamualaikum..

Anda masih dalam mood beraya? Aku masih.. Masih ada mood untuk itu.. Hari ni terajinla pulak nak update blog setelah lama bercuti untuk beraya.. Adalah cite sikit-sikit.. Biasa-biasa aje.. Sekadar catatan dan beberapa keping gambar untuk kenang-kenangan...

120910

Bergambar dengan my SIL sebelum dia balik ke Sg. Petani dan bercuti bersama dua orang lagi my SIL yang mahu ke Hatyai, Thailand.. B cakap disebabkan kami tak bawa pasport bersama.. Maka kami tak dapatlah menyertai mereka untuk bercuti.. Rugi seh!! Tak pe, nanti kita plan baek punya.. Liza dan Kakak ikut kami jadik "tourist guide" okes?



Hari ni kami beraya di Jelawat.. Rumah kawan B.. Dia ada buat kenduri doa selamat.. Nasi Minyak Yum.. Yum.. Sedap!!



B dan kawan-kawannya.. Sama belajar di Maahad Muhammadi Lelaki dan jugak di UIA dulu..



Kemudian kami beraya di rumah Emak Saudara T pula di Kedai Mulong..



Ais Kacang Merah.. Orang Kota Bharu buat.. Yummy siot!!



Abang Ipar dan Biras T yang dok Kota Bharu sediakan ini untuk juadah makan malam kami.. Dia jamu abang dan adik-adiknya yang dah nak balik esok ni.. Tq Abe Mi, Cik Ni!! Sedap sungguhla Colek Ayam ni tau!! Sedap lagi rasa yang ini dari yang dibeli oleh Hubbyku di Kota Bharu malam yang sebelumnya itu.. Makan berebut-rebut!! Suka!




130910

Hari ini kami adik-beradik bertolak balik ke rumah masing-masing di Subang, Selayang dan jugak Melaka.. Sebelum balik T ke Pasar Pasir Puteh.. Belikan sedikit barang keperluan yang tidak ada di Temerloh ni.. Hehe.. Jugak bungkuskan Nasi Campur dan air buat bekalan di dalam kereta.. Nasi Campur kat sini mewah tau! Nasi dan lauknya banyak.. Harga murah dan rasanya sedap.. Oh! Cukup menepati citarasaku!!




Singgah lunch di R&R Gambang.. Alhamdulillah.. Jalan tak jem walau kereta banyak.. Perjalanan lancar sahaja.. Syukur.. Kami balik ke rumah dahulu sebab family Abang Ipar mahu beraya di rumah dahulu.. Kemudian kami pulang ke kampung T pula di Kuala Krau...



Ini adalah family kawan T, Kak Anis yang merupakan staff Mr. Hubby.. Mereka sekeluarga datang beraya di rumah Ma dan Abah T... Ma sediakan Mee Sup, Pisang Goreng, Air Oren dan Teh 'O' Suam.. Jugak jamu mereka dengan Buah Duku dan Buah Rambutan yang diambil di kebun Ayah Mertua T..



140910

For breakfast, Nasi Lemak..



For lunch, Nasi Tomato..



150910

Sebelum nak gerak ke Kuantan.. B ajak ke sana.. Dia ada kerja sikit.. T dengan anak sedara T yang dok Damansara Damai.. Alia..



Lunch di Restoran Ani Sup Utara.. Yum.. Yummy..



Selepas makan, kami gerak ke Giant.. Cari barang dapur.. Nak dijadikan cerita, T berjumpa dengan seorang kawan adik bongsu T.. Dia tegur dan jerit panggil nama T.. Sempat salam peluk cium je sebab masing-masing dah rushing.. Hehe.. Dalam Giant lak T ternampak seorang kakak ni dan macam dok cam je dia salah seorang kawan T di FB. Orang kampung T jugak.. T tegur suaminya dan memang betullah itu memang kawan T pun.. Happy dapat jumpa kenalan yang kita kenal di alam mayakan? Korang tak rasa gitu?



Lepas keluar dari Giant, singgah di Surau ni.. Solat Jamak Asar dan Zohor.. Alhamdulillah..



170910

Hari ni lepas ambik anak-anak di sekolah.. Kami gerak ke Shah Alam.. B ada kerja nak buat di sana sebelum kami gerak ke Melaka.. Ni masa kat rumah.. Adik T datang beraya sambil dia hantar Ma dan adik bongsu T ke rumah... T nak hantar adik bongsu T balik ke UITM Segamat...



Lepas B settlekan kerjanya tadi, kami singgah lunch di Restoran Nasi King Briyani... Kongsi makan Nasi Briyani Ayam tu dengan adik T pasal kami dah kenyang makan Lemang + Rendang dalam kereta tadi..



Melawat my SIL @ Tropicana Medical Centre, Kota Damansara.. Kemudian kami ke Melaka.. Rumah Abang Ipar T.. My SIL ditahan satu malam saja di hospital.. Alhamdulillah...



Biras sudah sediakan juadah ni untuk dinner kami.. Tom Yam Campur, Ikan Pari Bakar, Telur Dadar, Ulam, Air Asam, Budu dan Nescafe 'O' Ais. Yummy!! Tq Kin!!



180910

Sarapan pagi ini, Biras T gorengkan Telur Mata Kerbau, Ayam Goreng dan buatkan Air Teh 'O' Panas.. Dia belikan Nasi Lemak dan Kuih-Muih.. Tapi sebelum bersarapan tadi, T dan emak berurut dengan seorang kakak ni.. Bestnya dapat berurut seluruh badan selama 2 jam tadi.. Badan rasa ringan saja.. Dah lama tak berurut.. Cukup berpuas hati..



Selepas makan, kami bersiap-siap nak keluar berjalan.. Tiada hala tuju sebab kat Melaka kebanyakan tempat kami dah biasa pergi.. Jadi, Abang Ipar dok ajak kami bergambar di Jeti Pulau Besar.. Ha! Kat sini kami tak pernah sampai lagi walaupun telah diajak berkali-kali oleh Biras T. Alih-alih suami T belikan tiket feri untuk kami ke sana.. Dahlah T ni penakut orangnya.. Nak pergi pulak ke tempat begitu.. Em, kami redah sajalah.. Ramai betul orang India atau India Muslim pergi ke sana.. Katanya nak buat nazar... Orang kita yang ke sana boleh dibilang dengan jari saja.. Naik takut dibuatnya tau! Tapi tak apalah.. Pengalaman.. Rasanya sekali ni sajalah kami ke sini.. Tak pergi dah kot lain kali.. Takut mak tau!! Rasa seram je berada di sini.. Kami di sini dalam 2 jam saja.. Tapi itupun rasa dah cukup lama!!





Singgah makan di Restoran Hajah Mona Asam Pedas, Taman Kota Laksamana.. Kedai ini dibuka pada pukul 5 petang - 5 pagi.. Kami pelanggan pertama yang datang.. Kami tiba di kedai ni dalam pukul 5.08 minit petang dan tak lama selepas itu berduyun-duyun orang yang tiba.. Laparnya kami sebab cuma minum air saja di Pulau Besar tadi.. Tak ada selera nak makan di sana you.. Kalau you all p sana.. You all tahulah sebab apa kami tak makan melainkan you all bawa bekal dari rumah.. Sure berselera makan di tepian pantai.. Kena ngan angin sepoi-sepoi bahasa la tu.. Memang best!




Selepas makan, kami singgah di surau berdekatan Menara Taming Sari.. Solat Jamak Asar dan Zohor di situ.. Dah siap solat, masuk toilet bagai, kami pusing-pusing amek gambar area berdekatan..

Jom naik keretapi!! Dah lama benar tak naik keretapi.. Last naik masa balik Kelantan dulu.. Tahun 1994... Pas tu adalah sekali dua naik Monorel selepas berkahwin.. Tapi lebih seronok berjalan jauh nak keretapi... Suka tengok rancangan "Welcome To The Rail World" bersama Henry yang hensem bangat itu.. Membangkitkan nostalgia betullah.. (T lahir di rumah quaters keretapi.. Abah kerja dengan KTM dulu)




Jom naik Kereta Lembu!!



Di Muzium Samudera



Di Food Court.. T cuma beli FM, Kipas Tangan dan jugak Kuih-Muih sebagai buah tangan dari Melaka..



Di Kompleks Renang MBMB.. Abang Ipar dok melayan budak-budak tu mandi-manda sementara kami dok berjalan-jalan amek gambar tadi.. Tq Abe Aid!!



Selepas mandi, kami ke rumah mak biras T yang amat baik sekali.. Dia sediakan Mee Goreng, Sup Kambing, Roti, air dan kuih raya.. Dok makan sambil berbual-bual.. Siap dapat hadiah lagi daripadanya.. Sayang Mak Nab.. Macam tulah selalunya.. Tiap kali ke rumahnya, sure kami dijamu dengan juadah yang enak-enak dan sebelum pulang, ada saja buah tangan yang T terima.. Tu yang segan nak pergi ke rumahnya selalu..




Balik ke rumah biras.. Dia siapkan ini untuk dinner.. Ikan Siakap Bakar, Ikan Siakap Masam Manis dan jugak Ulam + Air Asam.. Walaupun dah kenyang.. T makan jugak nasi sedikit sebab kena paksa dengan biras T.. Adoi! Kenyang bangat asik kerja makan saja dok rumah dia...



190910

Breakfast pagi ni, Biras sedikan Nasi Goreng, Telur Mata Kerbau dan jugak Air Nescafe Panas.. Siap makan, berkemas bagai.. Kami pun bertolak balik.. Kami ke Segamat dulu.. Hantar adik bongsu T di rumah sewanya..



Lunch di rumah sewa adik T.. Usai Solat Jamak Zohor dan Asar, kami berjalan raya di rumah Tuan Rumah yang terletak di sebelah rumah adik T.. (Uuish!! Banyak benor perkataan "rumah" di dalam ayat ini kan?)




Kami meneruskan perjalanan untuk pulang. Kami tidur di Hotel Quality Shah Alam dahulu sebab B ada kerja di sini..



Dinner kami.. Cari dengan B tadi di Plaza Alam Sentral, PKNS dan SACC Mall.. Berjalan kaki saja bersama suami.. Anak-anak kami tinggalkan bersama nenek mereka di dalam bilik..



200910

Ketika bersarapan tadi.. Kemudian masuk lepak dalam bilik menonton tv sementara menantikan B menyiapkan kerjanya..




Selepas check out dari bilik, kami terus ke Putrajaya. B ada kerja sedikit di sana pula. Kami lunch dahulu di Selera Putra. Selepas makan, B sudahkan kerjanya dan kami terus pulang ke rumah. Sebelum itu singgah di R & R Lanchang untuk bersolat jamak.