Monday, November 29, 2010

DAH BALIK HAJI!


Assalamualaikum


Sabtu lepas
271110
T berkumpul bersama family mertua
Di Kota Seri Emas, Nilai
Sewa sebuah rumah homestay di situ
Di Laman Bakawali
Kami sampai dalam pukul 3.30 petang
Bizi memasak di dapur
Menu for dinner ialah
Sambal Kupang
Udang Goreng Kunyit
Ikan Talapia Goreng
Ikan Bawal Putih Goreng
Ikan Siakap Goreng
Ikan Pari Bakar + Air Asam
Ketam Berlada Hitam
Ikan Tenggiri Jeruk Goreng
Sayur Pucuk Paku Goreng
Sambal Belacan
Budu
Ulam Timun
Air pulak
Air Oren Sunquick
Dan Air Mineral
Alhamdulillah
Kenyang perut makan
Makanan ni semua
",)
281110
Dalam pukul 3.30 pagi
Gerak ke KLIA
Sedang molek menunggu dalam 10 minit
Mak Ayah Mertua pun keluar
Alhamdulillah
Mereka sihat dan nampak
Sungguh ceria
Selamat kembali Haji Ismail @ Shaffie bin Ahmad
Dan Puan Hajjah Mariam Bt. Rani
Bawa mereka balik ke homestay
Berehat, berbual, berkongsi cerita juga
Sessi memberikan hadiah
T dapat sepasang jubah berwarna merah
I like
Yang lain-lain pun happy
Sebab memasing dapat hadiah
Tapi tak sehappy perasaan kami semua
Yang dapat menyambut
Mereka pulang ke tanah air
Setelah berada di sana selama
44 hari!
Kemudian, dalam pukul 7.30 pagi
Mereka ke KLIA semula
Untuk pulang ke Kelantan
Syukur Alhamdulillah
Sudah selamat semuanya
Abang-Abang
Dan Kakak Hubby di sana pulak
Menantikan kepulangan Mama dan Ayah
Sambil buat sedikit
Kenduri Doa Selamat
Kemudian
Setelah berkemas rumah bagai
Kami ke Nilai 3 pulak
T pergi bersama
Adik-adik Ipar
Abang Ipar
Juga Anak-anak saudara
Dah lama tak shopping-shopping di sini
Sudah siap shopping
Eh! Perkataan shopping tu
Macam gempak jer!
Tak de beli apa pun
Cuma sehelai blouse yang sangat sweet coraknya
Dan jugak beg untuk anak T
Jugak Anak-anak sedara T
Dari Nilai 3
Kami terus ke Bandar Baru Bangi
Lunch di Restoran Asam Pedas Bangi
Sesudah makan
Kami terus pulang ke Temerloh
Dan mereka semua gerak ke rumah
Adik Ipar T di Subang
291110
Hari ini for lunch
T cuma masak
Kari Daging
Telur Dadar
Tak ketinggalan
Ada Budu jugak
Pas tu berkemas kain baju
Esok off to PJ
B ada kes di sana
Sepanjang minggu ini
Nanti kita jumpa lagi ye?
U ols take care ok?
Tata
Muah-Muah!!

Thursday, November 25, 2010

HADIAH OH HADIAH

Assalamualaikum
Entry kali ni nak bercerita
Tentang hadiah
Dapat hadiah
Bagi hadiah
Mmmmmmm.....
Hadiah pertama ni
Adalah pemberian
Adik bongsu T
Erma
Sempena Hari Ulangtahun Perkahwinan
T dan Suami
Yang ke 11 tahun
Pada 121110
Yang lepas
Er,
Apa isi
di dalam kotak ni?
Jom scroll bawah jom!


Ini dia
Mak Su bagi frame gambar
Yang berwarna hijau tu
Dia letak gambar kami sekeluarga
Tq so much Mak Su!
Kak T suka hadiah ni
Tq dear!
:-)




Ini pula hadiah istimewa
Daripada sahabat baik T
Emy
Ada yang diberi
Melalui pos
Dan ada pula yang diberi tangan
Tq so much my dear!
Ruzi suka semua pemberian daripada u!
:-D




Yang ini pulak
Owner gym yang bagi
Hari tu dia dah bagi sehelai
Ni dia bagi lagi untuk kali kedua
Tq Cikgu
Bolehlah guna face towel ni
Masa T g gym nanti
:-)




Tadi pergi The Store
Cari barang sikit
Nak buat hadiah
Akan jumpa mereka nanti
Pada hari Sabtu ni
Tak sabar nak jumpa u ols
Dan bagi hadiah ni semua
Harap u ols happy
Suka
Dapat hadiah ni nanti ok?




Ni gambar masa
Lunch bersama Mr. Hubby
Kedai makan
Dekat Masjid Besar Temerloh
Sedap Nasi Berlauk dia
Off coursela
Kedai "Oghe Klate"
8-)


Wednesday, November 24, 2010

BANYAK CERITA NI!!

Assalamualaikum

Dah lama tak update blog ni

Rindu sesangat tau!!

Bila berpergian
Memang tak sempat nak update blog
Apa cerita ye?
Biasa-biasa aje
Adalah berjalan ke sana-sini
Apa kata
T mulakan dengan
Apa yang berlaku pada
Hari Raya Aidiladha
171110
Kami balik beraya di Kuala Krau
Rumah Abah dan Ma T
Berkumpullah kami 5 beradik
3 lagi tak dapat balik beraya sama
Menu pagi raya
Ma masakkan
Nasi Himpit
Kuah Kacang
Rendang Daging
Kak Long pulak masakkan
Nasi Tomato
Ayam Masak Merah
Ayam Goreng
Yummy!
Kami bersolat
Sunat Hari Raya Aidiladha
Di Masjid An-Nur Kuala Krau
Penuh masjid dengan jemaahnya
Balik ke rumah
Ambil gambar
Makan-makan
Dan kemudian
Kami gerak ke padang di
Perumahan Taman Sri Desa
Tengok orang sembelih Lembu
4 ekor Lembu dan seekor Kerbau
Telah dikorbankan
T apalagi
Snap ambik gambar
Sana sini
Ramai orang dok perati
T buat "derk" aje
Kemudian singgah di Surau
Tolong kupas bawang sikit
Ambik gambar lagi
Dan kemudian balik rumah
Baru boleh ambik gambar
Kami 4 beranak
Dok lepak baring
Borak-borak
Untuk lunch
Bakar Ikan
Buat Daging Singgang
Rehat-rehat
(Tidor sebenarnya)
Haha
Belah malam pas dinner
Menu utama Sup Tulang
Dan Telur Dadar
Layan drama
Sebening Keringat
Owh!
Sedihnya tengok drama tu
Geram je tengok cite tu
Melampau benar buat kat nenek dia cam tu
Tak suka!
:-(
Pas tengok tv
Sambung baca novel
Arjuna Hati
By Norzailina Nordin
Tahu novel tu novel lama
Baru je nak baca
Dah khatam baca novel tu
Baru masuk tido
Night....
181110
Menu sarapan
Ma masakkan
Nasi Lemak dan
Pulut Pagi Cicah Kelapa Parut
Kemudian kami balik ke Temerloh
B masuk opis
Kerja banyak katanya
Bosannya dok rumah!
:-(
191110
Kami gerak ke Kuantan
B ada meeting
Di SUK
So, dia tinggalkan T dan kids
Di Kuantan Parade
Lunch di Restoran Pizza Hut
Nak pekena Pizza Cheesy 6
Tak ada
:-(
Keju habis katanya
Amek set Thai Seafood for two
Lasagna
Huts Platter
Milo Ais
Tak sedapla rasanya
:-(
Kat Temerloh lagik best
Entah macam mana tah depa ni masak
Tak nak masak tak yah masakla
Ni masak entah hapa-hapa
Buat sakit hati orang aje
Melayang gitu je RM64.05
Geram nak "sembur"
Masa nak membayar tu
Tapi T tahankan aje
Keluar dari restoran dengan hati yang bengkak
Sebab marah tak lepas
:-(
Panjat tangga
G The Store
Beli seluar jeans Lady Like
Dan blouse Tom Girls
Badan gemok
So amek masa nak try baju segala
:-(
Turun bawah nak cari tudung
Tak sempat sebab B dah datang jemput
Sempat beli roti saja kat area bawah tu
Kemudian terus gerak g Melaka
Dalam pukul 5.00 petang tu
Sampai di Muadzam Shah
Pukul 6.45 petang
Singgah makan nasi dulu
Siap makan terus sambung perjalanan
Sampai di rumah Biras T
Dalam 10.15 malam
Dia jamu makan nasi lagi
Makan nasi
Borak-borak
Rehat
Mandi solat bagai
Baru masuk tidur
Penat sungguh rasa badan
201110
Sarapan pagi ni
Abang Ipar dan Biras belikan di Merlimau
T makan Soto Nasi Himpit
Tambah Sambal Kicap
Memang kick!
Siap makan
Kami ke Muar
Abang Ipar bawa makan di
Restoran Simol Asam Pedas JJ
Sedapnya rasa Asam Pedas dia!!
Kena dengan selera kami
B bayar harga makanan tu
RM95
Tapi tak kisah sebab
Rasa makanannya sedap!
T tak tambah nasi sebab
Nasi pun dah penuh pinggan
Lauk lak amek banyak
Ratah mana yang ada
Itupun tak larat mana dah
Ngeeeee
;-D
Siap makan
Terus gerak ke
Melaka Wonderland
1st time datang sini
Memang best dan berbaloi
Dengan apa yang bakal u dapat
T try semua mainan
Yang gelongsor bentuk U tu
Best giler
Naik ngan Adib
Yang gelongsor pakai carpet biru tu pun
Best sangat
Perasaan takut tu memang ada
Tapi berjaya ditepis jua
Hehe..
Kami masuk pukul 3.30 petang
Keluar pukul 6.46 petang
Sebelum tu memang dah berjanji nak jumpa
Sahabat baik T yang duduk di
Masjid Tanah
Kalau tak silap
Ini merupakan perjumpaan kami
Yang ke 13
Pertama kali jumpa di Mid Valley 2004
Kali ke dua di rumah Emy 2004
Kali ke tiga di Port Dickson 2005
Kali ke empat di rumah Ruzi 2005
Kali ke lima di Restoran Terapung Umbai 2005
Kali ke enam di Mid Valley 2005
Kali ke tujuh di Tiara Beach Resort
Kali ke lapan di rumah Emy
Kali ke sembilan di Mid Valley
Kali ke sepuluh di Mahkota Parade
Kali ke sebelas di rumah Ruzi
Kali ke dua belas di rumah Emy
Kali ke tiga belas di Mc'D Air Keroh
Emy, betulkan kalau Ruzi salah ye?
Last jumpa setahun yang lalu
Lama dah tu
Kami berkawan sejak kami berumur 15 tahun
Lama dahkan?
Masih kekal sehingga ke hari ini
Dan Insya Allah
Berkekalan sehingga ke hujung nyawa T
Amin
T jumpa Emy
Di Mc'D Air Keroh
Berbual dalam setengah jam gitu
Tak puas walau sekejap
Tq bagi hadiah buat Ruzi ye Emy?
Ruzi suka semua yang Emy bagi tu
Nanti Ruzi tunggu kedatangan Emy & Co.
Di Temerloh
Ruzi masakkan Gulai Ikan Patin Tempoyak nanti ye?
Balik dari Air Keroh
Terus menuju ke rumah Biras
Masakkan Gulai Ikan Patin Tempoyak
Dan Goreng Ikan Talapia
Sudah makan layan Cerekarama
Salina
Takutnya anak-anak jadik kurang ajar macam tu
Make-up Gothic bagai
Mintak dijauhkanlah Ya Allah!!
211110
Pas solat Subuh
Bersiap-siap
Dalam pukul 8.00 pagi
Gerak ke Muar
Pekena Mee Rebus dan Satey Perut
Sedapnya!
Sudah makan g kat tempat parking keta kat
Area lorong belakang
Cantik gak amek gambar kat situ!
Siot ajekan!
Gambar-gambar ada kat facebook
Takleh nak upload banyak-banyak kat sini
Size terhad
Kemudian Abang Ipar bawak
Kami ke Jeti Tanjung Emas Muar
Dah dua kali datang sini
1st time datang dulu
Naik dah perahu siaran dia
Kali ni tak naik
Sebab B rushing nak ke PJ
Ada rape case kat mahkamah sana
Balik dari Muar
Terus berkemas balik
Anak-anak lak
Mak Sedara dan Pak Sedaranya
Suruh tinggal di Melaka lagi
So, T dan Hubby aje yang ke PJ
Sebelum gerak ke PJ
Hubby bawak T ke Astana Moda di Melaka
Aiii.. Baik hati dia
Belikan kain untuk T
T memang nak cari kain jenis Cotton
Amek jenis baru
Cudroy
RM38.00 semeter
Harga sebelum promosi
RM80.00
Er.. Betul ke tu/
Mahalnya!
Tapi kain cantiklah
Sweet sangat
Pas tu beli lak kain Cotton
Yang berharga RM16 semeter
Jugak RM19 semeter
4 pasang semuanya untuk T
Untuk Hubby dia amek kain jenis Linen
Nak buat kemeja
Tambah lagi beli kain pasang
Untuk Ma dan Mak Mertua T
Cukupla tu
Kang dok lama-lama
Rambang mata dibuatnya!
Sebelum gerak ke PJ
Singgah di Restoran Hj. Isnin
Kari Kepala Ikan
Tapi tak pekena
Kari Kepala Ikan pun
Amek Asam Pedas Ikan Merah saja
Udang sikit
Sambal Belacan
Air Kelapa
Alhamdulillah
Sesampai di PJ
B terus bawak T ke
Hotel Armada
1st time stay kat sini
Masuk bilik
Amek gambar skit
(Anak-anak tak ada nak jadik model)
So, Ummi depala yang posing-mosing!
Alahai!
Rehat kejap
Mandi dan Solat Jamak
Kami ke Armcop Mall
Jalan-jalan cuci mata
Kemudian untuk dinner kami ke
Restoran Vicchuda pada mulanya di Damansara
Kedai tutup
Balik Pattani da..
Kemudian B suggest makan di Nando's aje
So kami makan di
Restoran Nando's di Seksyen 17, PJ
Siap makan
Masuk bilik
T tengok drama Masyitah
B lak dok baca kes dia untuk esok
Tidur dalam pukul 1.30 pagi
Dok melayan gambar-gambar di lappy dulu
Night.. Night..
:-0
221110
Turun breakfast bersama Hubby
Di Utara Coffee House Kitchen
Pas B gerak ke Mahkamah
T naik bilik
Layan tv dan majalah
Dalam pukul 11.30 pagi
B balik dan katanya kes ditangguh ke petang
So pas check out dari bilik
Dia hantarkan T ke
Mid Valley
Berjalanlah T sorang-sorang
Dari pukul 1.00 tengahari
Sehinggalah dia amek T pada pukul
6.46 petang
Boringnya jalan sorang-sorang
Kalau ada anak-anak boleh gak layan
Kerenah diaorang
Dok window shopping aje
YES dah start
:-)
Pas pekena Nasi Kandar yang marbeles di
Food Court
Sambung jalan-jalan
Singgah makan Scones dan
Minum Hot Choclate di
Sweet Chat
T g tengok wayang
Unstoppable bila B kata
Dia masih belum habis kes
Best movie ni!
Suka Danzel Washington
Memang filem jenis A Class!!
Ok!
Bila B amek di Mid Valley
Kami terus ke
Restoran Kunang-Kunang
Dinner di situ
Sebelum pulang ke Temerloh
Home Sweet Home
Tanpa anak-anak
Rumah menjadi sunyi sepi.....
231110
Dok rumah saja
Tak ke mana
Badan penat yang amat
Dok tengok tv
Sambil upload gambar di
Facebook
Belah malam
Keluar dinner dengan Hubby di Mentakab
Tokey kedai siap bagi diskaun lagik
Sebab dia bekas client Hubby
Baguskan?
:-0
Sudah makan
Pergi The Store
Beli barang dapur
Then terus balik ke rumah
241110
Pagi tadi g gym
Padan muka aku!
Berat naik 3kg pas raya puasa baru ni
Tadi dah meningkat dengan jayanya
Ke angka
79kg!
Amek ko!
Dekat 2 jam di gym
Pergi buat sauna dan tangas di ROMA
Jugak buat
Foot Treatment
Licin gebu je kaki tadi pas dibelai-belai
Esok ingat nak buat Body Scrub lak
Sape dok Temerloh
Jom manja-manjakan diri
kat ROMA jom!
setakat ini dahulu laporan terkini daripada saya..
nanti kalau rajin lagi saya update cerita ye?

Tuesday, November 16, 2010

TERKILAN


Assalamualaikum
Terkilan hati ini bila mengetahui
Diriku tak diperlukan lagi
Bukan ku berdendam
Bukannya aku membenci
Tapi ku rasa
Berjauh hati
Eh!
Ngarut tak sudah T ni
Terkilan bukan sebab apa
Sebab tak dapat main
Yang ini je
Masa g mandi di
Gambang Water Park
Mr. Hubby tak izinkan
T dan anak-anak
Naik benda alah ni
Dia tengok macam bahaya jer
Alahai!
Sabo ajelah tengokkan
Keterujaan bebudak lain
Yang dapat main
Benda alah ni
Macam tak lengkap
Main atau mandi di sini
Kalau tak main
Benda nilah rasanya!
:-(

Slide Tube ni
Yang ke dua best
Kat sini
Memang syiok sungguh
Main kat sini
Dengan my kids
Yang boleh tahan lasak tu!



SELAMAT HARI RAYA HAJI
SALAM AIDILADHA
BUAT SEMUA
Malam ni T balik Kuala Krau
Lusa nak gerak ke Melaka
Jalan-Jalan Cari Makan
:-D

Monday, November 15, 2010

BUKIT GAMBANG RESORT CITY

Assalamualaikum
Destinasi seterusnya
141110
Kami ke
Bukit Gambang Resort City
First time datang sini
Dulu pernah masukla sekali
Tapi masuk lalu gitu aje
Tengok tempat macammana
Ni baru masuk dan tidur
Jom tengok bilik
Apartment 2 bilik
Ni bilik anak-anak T



Ni lak
Master Bedroom
Bilik T dan Mr. Hubby


Ruang tamunya
Lebih daripada okeyla ni
Kami pun 4 orang saja
",)




Siap tapau nasi terus tadi di Kuantan
Jugak singgah ke Terus Maju
Beli barang-barang makanan pulak





Siap Solat Jamak bagai
Kami ke Water Park pulak
Tak sabar dah masa ni tau!
Ngeeeeeee





Ok!
Let's rock bebeh!!
T je main-main ngan anak-anak
Mr. Hubby tukang ambik gambar-gambar kami
Oh! Seronotnya!!
Gagagaga


Budak-budak inilah yang paling happy sekali!




Syiok!
Hilang penat daki tangga yang tinggi tu
Untuk naik main slide ni semua
Yehaaaaa!!




Yang ini paling tinggi
Dan yang paling best
Nasib baek anak-anak
Tak takut main semua ni
Bagusla anak-anak Ummi nie!





Sambung mandi lagi



Oh! Sini best!!
Enjoy sangat!



Keluar dari Water Park pukul 6 petang
Kami balik ke resort untuk mandi-mandi lagi
Di kolam di resort pulak
Memang seronok dan enjoy sangat!
Mak happy betul tau!
",)


Mr. Hubby dok melayan anak-anak
Memasing mata merah pun tak nak naik-naik lagi



Sebelah malam pulak
Kami turun ke bawah
Ada fun fair
Kat area resort
Seronok dok naik
Crazy Bus tu
Siot giler!!
Hilang perut aku sekejap!




Till then, jumpa lagi ^___^

HOLIDAY VILLA CHERATING


131010
Lunch di
Restoran Sara Thai Kitchen
Kuantan
Kami selalu makan di sini
Masakannya sedap
Memang kedai ni penuh sokmo
Jemput makan semua
",)

Siap makan
Kami gerak ke
Megamall Kuantan
Singgah di Parkson
Beli baju untuk dipakai
Ke gym
Kena beli baju baru
Dan barulah ada semangat
Nak ke gym selalu
Ha! Gitu ka?
:-p
Kemudian
Tapau makanan di KRR untuk dimakan
Di dalam bilik nanti
Oh ya!
Lupa nak bagitahu
Kami otw nak ke
Holiday Villa Cherating
Mahu raikan cinta
Di situ!
:-)
Kami sampai di bilik
Dalam pukul 7 malam
So tak ke mana
Terus lepak rehat
Dalam bilik saja
Badan pun dah penat
So, jom kita
Tidur dulu
:-O




141110
Lepas solat Subuh
Terus turun ke laut
Pantainya cantik
Suka suasana di pantai
Tenang
Ah!
Relax betul rasanya!



Balik dari pantai
Masuk ke bilik semula
Siap bagai
Dan keluar untuk bersarapan
Makanannya sedap
Tempat makan berhadapan pantai
Iaitu gambar yang di atas sekali
Di dalam entry ini
Santai je
Best dapat rasa angin
Laut lepas......




Sudah kenyang makan
Masuk ke bilik
Bersalin baju
Untuk mandi di kolam pula
T biarkan saja
Anak-anak dok mandi
T dok tepi kolam ambil
Gambar diaorang
Happy sangatla
Bebudak ni bila
Dapat mandi di kolam gini
:-D




Bilik kami
Chalet kat belakang Adib tu
Pada mulanya
Mr. Hubby booking
Bilik standard
Tapi dia rasa
Bilik tu kecik sangat
Lalu dia menukar ke
Bilik jenis chalet pulak



Dah siap check out
Duduk baca paper sat


Okey!
Kami balik dulu
Nak gerak ke satu tempat
Best ni pulak!
Kat mana tu?
Eh!
Adalah...
Kita jumpa di lain entry ye?
Till then
Jumpa lagi!
:-)