Monday, January 31, 2011

JUMPA KAWAN LAMA


T bersama Aishah. Kami sekelas bersama di Sek. Men. Vokasional Sanggang Temerloh tahun 1995 - 1996. Kebetulan kami baru sampai di rumah dari KL & semasa nak mengambil beg di dalam kereta, ada kereta berhenti dan si pemandu memanggil nama T. Seketika T amati wajahnya & terus mengecam empunya diri. Kali terakhir kami berjumpa iaitu pada tahun 2002 di Hospital Mentakab. Masa tu masing-masing nak melahirkan anak. Selama setahun ni kami dok bertemu dalam handphone saja (sms). Dia ada hal nak berjumpa & berbincang dengan suami T tadi. Seronokkan perasaannya tatkala dapat bertemu walau seketika dengan kawan sekolah lama!

No comments: