Posts

Showing posts from February, 2011

SHIMA ZAHAR

Image
Sahabat saya, Shima Zahar, http://shimazahar.blogspot.com tengah sakit & warded kat hospital sekarang. Tolong doakan sahabat saya ini cepat sembuh & kembali sihat seperti biasa. Ya Allah, lindungi & rahmatilah sahabatku ini. Kepada-Mu aku meminta & memohon belas Ya Allah!

BIARKAN BUNGA BERKEMBANG...

Image
Last week Bunga Teratai ni cuma kembang sekuntum. Ni dah kembang sepenuhnya kat dalam tasik tempat T jog selama seminggu ni. Entry kali ni khas didedikasikan buat 2 orang sahabat T tersayang, Emy & Aimi. Jadi macam bunga ni. Memang ambik masa nak mengembang. Tapi tengok, setelah dia kembang, jadi pujian & dapat kagumkan orang lain. Biar datang hujan ribut, berpanas bagai. Tapi dia tetap kembang dengan besar & gah. Cabaran yang datang telan & tempohilah dengan gagah. Bak sekuntum Bunga Teratai. Jangan layu di tasik madu. B strong ok? Ini pun nasihat buat diri sendiri jugak. Tak terkecuali dibebankan dengan masalah. Itulah yang dinamakan kehidupan. Sayang korang. Jangan sedih-sedih ok? Meh sini meh, T aka Ruzi nak pelok cium. Muah! Muah!

REZEKI @RIZKI

Image
Dh lm x mkn @ sini, Rest Rizki Tomyam @Mentakab. Td kami order Ikn Siakap Black Pepper, Ikn Talapia Bakar, Tomyam Campur, Nasi & air buah. Alhamdulillah. Rezeki kami 2nite.

NENEK SAYA

Image
Assalamualaikum...

Nenek T, Pn. Hajah Saripah Bt. Haji Awang telah meninggal dunia pada 130211 jam 6.00 petang. Tak sempat bertemunya buat kali yang terakhir. Jumpa jenazahnya sahaja yang telah terbujur kaku. Nenek meninggal kerana sakit tua. Umurnya 78 tahun. Dia meninggal di rumah Mak Su di Klang dan dikebumikan di rumah Ayah Ngah di Beranang. T juga sempat menolong memandikan jenazah Nenek. Itulah pengalaman pertama T memandikan jenazah. Kalau nak diikutkan T ni seorang yang lemah semangat. Tapi T kuatkan diri dan mahu berbakti buat kali terakhir untuk Nenek T. Alhamdulillah. Proses pengkebumian pada 140211 berjalan dengan lancar. T cuma dapat sedekahkan bacaan Al-Fatihah dan Yaasin mengiringi pemergian Nenek tersayang. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Tak lupa Terima Kasih di atas doa kawan-kawan semua.



Ayah Ngah yang sedang memeluk T..

LAKSA SARAWAK

Image
Suhana, Kak T dah berjaya masak Laksa Sarawak hari ini. Kak T guna pes yang warna Hijau (Cap Burung Bayan) tu dulu. Bagi jugak untuk family Kak Long Kak T yang rumahnya sebaris dengan rumah Kak T ni. Esok-esok nak buat untuk kawan-kawan kat office Hubby Kak T pulak. Sikit banyak boleh bagi rasa jugak kat diaorang. Mr. Hubby dah makan masa lunch tadi. Dia kata sedap. Anak-anak nak makan petang ni balik dari latihan sukan kat sekolah nanti. Tak tahulah kena dengan selera depa tak nanti. Once again, tq Suhana!

MAJLIS BERSANDING

Image
050211, Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar & meriah. Mujur tak hujan. Syukur Alhamdulillah. Biarlah badan penat. Bukan selalu & asal majlis berjalan lancar, letih penat ditolak ketepi! Semangat Gelombang Merah! Apa yang penting? KERJASAMA!

SELAMAT PENGANTIN BARU

Image
040211, My SIL kawen today. Selamat Pengantin baru buat kedua mempelai. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.