
Assalamualaikum...
Nenek T, Pn. Hajah Saripah Bt. Haji Awang telah meninggal dunia pada 130211 jam 6.00 petang. Tak sempat bertemunya buat kali yang terakhir. Jumpa jenazahnya sahaja yang telah terbujur kaku. Nenek meninggal kerana sakit tua. Umurnya 78 tahun. Dia meninggal di rumah Mak Su di Klang dan dikebumikan di rumah Ayah Ngah di Beranang. T juga sempat menolong memandikan jenazah Nenek. Itulah pengalaman pertama T memandikan jenazah. Kalau nak diikutkan T ni seorang yang lemah semangat. Tapi T kuatkan diri dan mahu berbakti buat kali terakhir untuk Nenek T. Alhamdulillah. Proses pengkebumian pada 140211 berjalan dengan lancar. T cuma dapat sedekahkan bacaan Al-Fatihah dan Yaasin mengiringi pemergian Nenek tersayang. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Tak lupa Terima Kasih di atas doa kawan-kawan semua.
Ayah Ngah yang sedang memeluk T..
10 comments:
Al Fatihah buat nenek kak T.
sy pon da xde nenek..huhu..
Salam Takziah T...
Al~Fatihah..
Al-Fatihah ...
Al fatihah utk arwah nenek T...
salam takziah T....
Takziah sekali lagi ruzi..semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..insyallah :-( AL-FATIHAH
kak T, banyakkan bersabar kak T dan keluarga ... pemergiannya sgt disayangi Allah ... sedekah al-fatihah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan org beriman ... insyallah ...
Salam takziah.
Al-Fatihah~
Al-Fatihah...
salam takziah buat T sekeluarga...
Al-Fatihah...
Post a Comment