Monday, March 07, 2011

KITA IBARAT KAPAL


Kita semua punya jalan hidup nan berbeza ibarat sebuah kapal yang mula meninggalkan pelabuhannya. Entah apa yang bakal ditemui di tengah perjalanan nanti tidak mampu untuk diduganya. Entah ribut taufan, lautan yang tenang atau jerung kelaparan yang ganas mencari mangsanya sedang menanti. Segala-galanya mungkin terjadi.
Apabila kapal itu sudah di tengah laut, mana mungkin ia akan berpatah balik. Begitu juga diri kita. Mana mungkin kita berpatah balik ke usia remaja atau muda bagi memperbaiki keadaan. Tidak hairan jika ramai yang gemar berkata "kalaulah". Ingatlah, masa yang berlalu tidak dapat dikembalikan sebaliknya kita harus menempuh waktu yang bakal berlalu. Jika hari ini kita menempuh kedukaan dan kekecewaan, tidak bermakna duka itu akan menjadi milik kita selama-lamanya. Rancang kehidupan ini agar kebahagiaan bakal singgah di hati biarpun kita tidak tahu bahagia yang dicari, duka yang ditemui. Berusaha, berdoa dan bertawakal adalah kapsul terbaik agar diri tidak terumbang-ambing bagai kapal di tengah lautan yang tidak bertepi.

No comments: