Sunday, March 27, 2011

MINI GATHERING-SMVT

Assalamualaikum.... Hari ni ada perjumpaan kecil-kecilan bekas pelajar Sekolah Menengah Vokasional Sanggang di Esplanade Temerloh. T jadi salah seorang admin group sekolah kami di Facebook. Nak dijadikan cerita, T cuba mengelak daripada menghadirkan diri ke perjumpaan kali ini. Juga perjumpaan sebelum ini yang diaturkan atas usaha bersama Nonie Zulkifli dan Suffian Abdul Rahman. T malu sebenarnya nak bertemu bekas kawan sekolah. Segan. T tak seberjaya mereka. T pergi tadi pun last minute dah. Nonie puas dok pujuk T dari semalam lagi. Jugak hari ini. Tapi selepas membaca artikel Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj di dalam majalah Mingguan Wanita bil 1418 petang tadi, T terus merubah fikiran dan bersiap-siap ke tempat yang dijanjikan semua. Kata-kata Dr. Tuah adalah "Biarlah buruk asal bahagia - Hidup bukan masalah miskin-kaya, cantik-buruk, yang penting apakah baik ataupun jahat. Kalau baik biar diri tidak dihiasi permata, dia tetap senang ditatap, tetapi kalau jahat biar penuh permata serata badan, hati yang buruk akan tetap kelihatan" Ya Allah! Betapa T merendahkan diri selama ini. Bencikan diri sendiri sebab T bukan sesiapa jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan T yang lain. Hal inilah yang T fikirkan setiap kali jika T online di Facebook. Melihat kejayaan yang dimiliki oleh kawan-kawan sedangkan T bersekolah sama dengan mereka dahulu. T tak boleh berasa cemburu dengan kejayaan mereka semua. Memang tak patut T berfikiran sedemikian. Mereka telah berusaha dan pulangannya mereka kecapi hari ini. Doakan T semoga T kuat menempuhi kehidupan mendatang dan sentiasa berfikiran positif. T mahu gembira dan bahagia mengikut acuan hidup T. Sama-sama kita kecapinya mengikut haluan hidup masing-masing. Insya Allah. T bahagia dan tumpang gembira dengan kejayaan mereka semua. Allah dah tentukan rezeki masing-masing. Tinggal usaha diri sendiri untuk hidup bahagia ataupun derita. Insya Allah. Think positive Wati! Bersyukurlah dengan apa yang sudah engkau kecapi selama ini. Ya Allah! Betapa tidak bersyukurnya aku... Gambar kenang-kenangan kawan-kawan T yang menghadirkan diri di perjumpaan tadi. Sebenarnya mereka tak sentuh langsung pun tentang status T sebagai "suri rumah". Berborak hal-hal sekolah dulu dan gelak-gelak saja. T sedikit pun tidak berasa malu apabila berhadapan dengan mereka semua tadi. Cuma T yang berfikiran kolot. T malu tak pandai membawa diri dengan mereka semua. Tapi Alhamdulillah. Merekalah kawan-kawan yang boleh T harapkan. Terima kasih korang! Bersama Nonie Zulkifli, Thita Zikron Mohd Amin dan Maizurawati Abd Mubin. Sedang molek dapat bergambar sekejap di hadapan tulisan TEMERLOH ini, hujan turun dengan lebatnya dan T cadangkan kami duduk makan dan minum dekat sebuah kedai makan kat area Esplanade Temerloh ni. D' Santhai kepunyaan kawan suami T. Banyak cerita nak diperbualkan.. Hehe..

Bersama Feary Syed Idris, Thita Zikron Mohd Amin dan Nonie Zulkifli. Maizurawati Abd Mubin ada hal dan terpaksa balik awal setelah bertemu sekejap tadi.





Kami berjumpa sekejap sahaja tadi. Dalam pukul 5.00 petang hingga pukul 7.00 malam. Harap korang semua tak serik nak berjumpa T ye?. Dan semoga kita boleh bertemu lagi. Di lain masa. Di lain ketika. Insya Allah. Kenangan zaman persekolahan yang manis terimbau kembali. Malam ni T pasti tidur sambil tersenyum. :-D Selamat Malam. Sayang kamu semua ketat-ketat!

4 comments:

Emy Omar said...

Wah..bestnya jumpe kawan2 lama..sure banyak yang dibualkan.Mengimbau kenangan zaman persekolahan kan..tau x malam semalam pun saya ada reunion ex schoolmate form 5 batch saya. Diaorang buat di PD. Tapi saya tak dapat join reunion tu..ada hal malam tadi.. :-(

Ladfe Amir said...

yang penting walaupun cuma bergelar surirumah, kehidupan T bahagia n sempurna kan, cukup segala2nya.

semoga rasa syukur tetap tersemat di hati T atas kurniaan Allah

nonie said...

Salam T.. Walau hanya seketika ia cukup bermakna buat kita semua.. memulakan sesuatu yg baru bukannya bermakna kita tersilap langkah... Tp kita cuba untuk mempositifkan diri juga untuk kearah kearah yg lebih baik.. merapatkan hubungan silaturahim sesama manusia aderlah digalakkan janji tidak melanggar etika2nya.. Kami hanya manusia biasa yang mungkin ader khilafnya.. Harap yg baik jadikan panduan, yg silap tu kita tolak ketepi... Think Positif & Be Ur Self.. Luv U Tie...

UnGu VioLet said...

wahh... seronoknye kak.. :)