Posts

Showing posts from April, 2011

MY ABAH

Image
Abah masuk hospital lagi tengah hari semalam. Petang semalam dah g melawat. Kencing Manis dan High Blood jugak. Abah... Abah... Pagi tadi breakfast Roti Canai Banjir dengan Ma. Kemudian T temankan Abah dalam 2 jam gitu. Lepas tu T g Farmasi Al-Syifa. Cari Susu & gula tiruan, Ever Sweet untuk Abah. Pergi The Store & KS Walk nak cari minyak Jagung Daisy, Marjerin Soft Daisy & Beras Perang Eco Brown tapi tak ada. Pergi Tunas Manja baru ada barang-barang tu. Beli untuk Abah. Kena lebih jaga kesihatan. Pakar Diet dah bagi ceramah kat Abah tadi. Hem! Hopefully Abah boleh pantang makan, bukan pantang nampak makanan! Ces! Pandai nak nasihat orang. Tukang punya blog pun kena diet gak arrr. Jangan makan ikut belasah sedap jer, kan? Hehe...

BORIA SKJB 2011

Image

MESYUARAT PIBG SKJB

Image
Assalamualaikum...

Sabtu lepas, 230411, T pergi menghadiri Mesyuarat PIBG di sekolah anak-anak di Sek. Keb. Jalan Bahagia, Temerloh. Selepas mendaftarkan diri pada pukul 8.00 pagi, T mula masuk ke dewan. Tak ramai lagi yang datang. Dalam setengah jam kemudian, dewan dah mula penuh dan majlis dimulai dengan ceramah motivasi oleh Ustaz Mohamad Danial. Dalam sejam ceramah gitu, kami menantikan pula ketibaan perasmi majlis. En. Saruchi bin Sawal, Pen. Pengarah Unit Perhubungan, JPNP merasmikan majlis pada hari tersebut.




Bacaan doa dibaca oleh Ustaz Fadhil


Ucapan dari YDP PIBG, Immerus bin Mahmud


Ucapan oleh Tuan Pengetua SKJB, En. Ali bin Mohd Yusof, PPN



Ini pula perasmi majlis, En. Saruchi bin Sawal, AMP



Sebelum jamuan makan, kami dihiburkan oleh nyanyian Boria oleh Adib & The Gang. Hehe.. Tak sangka anak bujang I ni minat benda-benda gini.. Teringat zaman sekolah I dulu. Ada acara begini terutama Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah, muka nilah yang naik atas pentas saban tahun dok buat p…

MY ABAH

Image
Pagi semalam T balik Kuala Krau. Sebelum tu singgah bersarapan dulu di kedai berdekatan rumah. Tengokla my Abah. Poor him. Kurus sangat dia. Kalau boleh bagi, dah lama T bagi daging T yang berlebih berkilo-kilo ni kat dia. Tapi apakan daya. Memang tak boleh pun! Sihat dalam sakit beginilah keadaannya. Setiap hari T berdoa semoga dipanjangkan umur Ma & Abah. Semoga mereka dapat hidup lebih lama. Semoga T terus dapat berbakti kepada mereka berdua. Insya Allah. Kalau balik ke rumah ni, t suka perhatikan ikan-ikan di dalam kolam ni. Hilang rasa masalah dok tengok pergerakan mereka. Ralit rasanya! Itu menu Ayam Perap goreng, Ikan Selar Kuning Goreng & Masak Kicap, Ikan Gelama Jeruk, Ulam Timun Batang & Kacang Panjang & Buah Epal, Ma yang masak. T cuma menyediakan bahan-bahannya. Big Apples Donuts Mr. Hubby beli di Kuantan hari Selasa lepas. Teringin sangat nak makan donuts. Nak-nak yang ada perisa Kacang & Chocolate! Yang si Adib tu pulak, kami belikan dia sepasang kasu…

KUALA GANDAH & DEERLAND

Image
Assalamualaikum...

Ahad lepas, 170411, Mr. Hubby dok ngajak kami g Kuala Gandah dan Deerland di Lanchang, Pahang Darul Makmur. Ini merupakan lawatan kami yang kedua. Pertama kali pergi tak silap tahun 2007. Dah banyak perubahan yang berlaku. Ni masa mula-mula sampai. Sebelum masuk kena daftarkan nama dahulu. Nak masuk dia tak caj berapa cuma kalau nak bagi macam derma. Ikutlah suka hati nak bagi berapa pun.





Kat sini ada Taman Herba jugak




Okey, mari kita bagi Gajah-Gajah ini makan ye? Kami semua bagi Gajah makan, kecuali Nur. Dia TAKUT!




Mr. Hubby bagi kulit kacang, Gajah tu tak mo makan tau! Bijakkan? Nakal B tau!




Sementara tunggu Gajah turun sungai untuk mandi, kami makan minum kat satu kedai makan ni. Walau lauk simple, tapi rasanya sedap! Teh 'O' Ais Limau dia.. Sejuk rasa tekak yang tengah kering garing pasal cuaca sangat-sangatlah panas!




Mr. Hubby dan kids makan Nasi Goreng Kampung. Sedap. Abang tinggalkan sikit untuk T rasa... Dia memang macam tu.. Apa-apa dia makan, dia mesti …