DENDAM BUKAN SEPERTINYA

Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit. Dengar tu? Dendam adalah manis, tapi balasannya adalah pahit. Dapat lepaskan dendam ni syok. Tapi kesannya sakit. Berdendam itu okeylah juga. Tapi kesan pada jiwa, rugi.

"Apa hal nak dendam sangat ni? Apa? Dia buat anda?"

Setiap perbuatan yang dilakukan orang lain pada kita akan lebih mendewasakan kita. Betul tak? Jadi, ucaplah terima kasih pada orang yang buat tak tentu pada anda. Sebab sekurang-kurangnya anda dapat satu ilmu iaitu; "Rupanya macam ni ya perangai engkau?" Kot-kot nak kena yang lebih dahsyat, kita dah ada pengalaman. Pengalaman yang tak dahsyat tu akan menyelamatkan kita daripada yang teramat dahsyat.

Jadi, usahlah berdendam. Nak berdendam pun, sikit-sikit okeylah. Jangan sampai kata, "Tujuh keturunan, aku tak terima kau sebagai suku kaum!" Sehari dua berdendam sudahlah. Jangan sampai tujuh keturunan. Sakit jiwa dibuatnya. Ingat berdendam ni melegakan ke? Malam kita teringat dia, nak tidur teringat dia, pagi esok teringat dia, petang nanti pun teringat dia, "Hee, geramnya aku!" Tak ke sakit jiwa kita dibuatnya?

Rasulullah S.A.W bersabda, "ALLAH berfirman dalam hadis Qudsi yang bermaksud, tiada balasan bagi seseorang hamba-KU yang telah AKU ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-KU melainkan orang itu akan mendapat balasan Syurga." (Bukhari)

Dendam tak membawa ke mana. Kecuali dendam untuk membuktikan yang kita lebih baik. Itu tak apa. Jangan dendam sampai buat aniaya. Tapi dendam untuk menjadikan kita bukan sepertinya, itu okey. Mari asyikkan lagi diri anda untuk jadi top.

"Setiap perbuatan orang pada kita akan lebih mendewasakan kita."

JOM MENGETOP

DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Comments

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang