Saturday, April 16, 2011

HADIAH PALING SYOK TERIMA

Yang paling syok kat dunia ini ialah bila kita dapat hadiah. Betul tak? Semua suka kalau dapat hadiah. Padahal hadiah bukanlah apa sangat. Tapi sebab hadiah namanya, kita jadi seronok.

Oleh itu, kalau anda nak tawan hati orang, berilah hadiah. Hadiah yang paling baik ialah buku. Soal dia baca ke tak, itu faktor kedua. Yang penting, kita beri dia ilmu. Ilmu berguna untuk dia sepanjang hidup. Kalau dia dah tak ada nanti, buku tu boleh dipusakakan pulak pada orang kendian. Kan best tu.

Buku, semestinya baik. Jarang kita jumpa buku yang merapu serta penuh dengan fitnah. Paling tidak, buku memberi hiburan kalaupun tak berilmu sangat.

Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik. Buku mengandungi nasihat terbaik. Nak ubah orang, kalau dah tak larat nak cakap lagi dah, hadiahkan buku aje. Biar buku yang bercakap.

"Tapi dia tak nak bacalah, Tuah." Alah, takkan tajuk pun dia tak nak baca. Katalah tajuknya 'Membina Jati Diri Gemilang', takkan itu pun dia tak baca.

Dia baca tajuk pun cukup. Tak kisah, sebab tajuk pun adalah ilmu.

Itulah masalahnya pulak. Beri buku, tapi orang tu tak tahu membaca. Alamak, sebab itulah kena hantar anak-anak ke sekolah. Takkan nak jadikan mereka tu mewarisi pekerjaan kita. Kita ni cukuplah dah alami segala perit getir. Berilah pulak kesenangan pada anak-anak. Hantarlah mereka ke sekolah. Kesian cikgu mengajar, tapi tak ada orang yang datang. Ni berlaku dalam perkampungan orang Asli.

Percaya cakap saya. Kalau tak kerana emak saya hantar saya ke sekolah, takkan saya layak bercakap dengan anda. Dulu marah jugalah dengan mak. Tapi sekarang, "Terima kasih mak sebab hantar Wawa ke sekolah."

"Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik."

JOM MENGETOP

DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

No comments: