Tuesday, April 19, 2011

HIDUP BIAR SEDAP!

Assalamualaikum...

Macam biasalah.. Cerita pasal makan.. Apa yang T makan? Ni masa breakfast. Balik dari berjogging T masak Oat + Udang Kering yang ditumis bersama Bawang Merah, Bawang Besar dan Bawang Putih. Letak Kiub Pati Ayam sikit. Dan campurkan bersama Oat yang dimasak bersama air. Alhamdulillah.



Ini pula yang menjadi lunch T dan Nur. Adib dari Kelas Tasmiq terus ke Kelas Q-Fa. Sumbat-sumbat saja Telur Hancur tu ke dalam Roti yang dibelah di bahagian tengahnya. Mudah amat. Yang penting cepat disediakan dan sedap rasanya. Ngeeeeee...


Ni petang tadi masa ambik my kids di Kelas Q-Fa, beli Cendol ni. Pulut dah habis. So Cendol biasa ajelah.. RM1.70 harganya.





Ini pulak dinner kami malam ini. T masak Kari Ikan Bawal, Ayam Goreng, Sayur Campur Goreng dan Sambal Belacan. Alhamdulillah.


Ni dinner malam tadi. T masak Tomyam Ayam, Ikan Kembung Goreng dan Ikan Gelama Jeruk Goreng. Alhamdulillah.


Malam tadi terasa lapar. So, En. Suami suruh T masakkan Maggi Kari Pulak. T jugak sediakan Roti Bakar yang diletak sapuan Coklat di atasnya. Wau! Sodap!





Ini Coenzyme Q10, Premium Bird Nest Drink. Keluaran Walit Gold. Hubby baru beli semalam. Harganya RM150. Banyak khasiat minum ni taw. Antaranya untuk menjadikan kulit lebih cantik, melancarkan peredaran darah, awet muda juga berkesan untuk mencegah dan merawat kanser. Baru try minum ni dan tentulah belum ada perubahan lagi. Tak tahulah esok lusa. We'll see ya? Hehehe..


T beli Kuih Doraemon ni petang Ahad yang lepas. RM1 - 3 ketui. Nasib baik sempat sebab kuih ni ramai penggemarnya. Tu pun T dok tunggu dalam 10 minit kat gerai nak tunggu dia goreng kuih ni. Yummy!!

No comments: