Wednesday, April 13, 2011

IKAN PATIN 13K

Assalamualaikum...

Apa isi di dalam mangkuk di bawah? Cer teka, cer teka..




Ini dia isi di dalam. Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak. Murah je ni. Tak kena bayar sampai RM13,000 pun. Buat malu Orang Temerloh ajelah hangpa ni!

http://www.malaysiakini.com/news/161232



Hidangan untuk dinner malam ini. Gulai Tempoyak Ikan Patin, Ikan Talapia Goreng, Kacang Botol, Budu dan Buah Pisang. Alhamdulillah.





Ini pulak yang menjadi makanan untuk my lunch hari ini. Nak resepi? Mudah je ni. Pukul Telur bersama Serbuk Kulit Kayu Manis. Pastikan Telur itu bukan yang tiruan okes? Letak garam sikit kalau mahu. I tak paksa ye? Hiris Pisang dan Roti. Letakkan hirisan Pisang ke dalam kepingan Roti. Celup dalam adunan Telur dan goreng. Dimakan panas bersama Madu. Madu Lebah atau Madu Khaula. Bukan Madu yang %&^%$#@! yer? Sedap taw Roti ni! Cubalah ye?




Ini lunch semalam, 120411. Nasi Goreng Malas nama dia. Tapi bagus sebab anak-anak habis dok makan :-*




Ini pulak dinner malam tadi, 120411. T masak Nasi dan Mr. Hubby belikan Ikan Siakap Tiga Rasa, Tom Yam Campur dan jugak Ayam Goreng Kunyit kat Restoran Siam di Batu Satu. Alhamdulillah.




Ini for dinner kami pada 110411. T masak Nasi dan Mr. Hubby belikan lauk di Restoran Serasi. Alhamdulillah.


1 comment:

NiezaMan said...

Tu la Ti,
buat malu org Temerloh je kan..
sampai 13k, macam nk buat d/payment umah jek