MY ABAH









Pagi semalam T balik Kuala Krau. Sebelum tu singgah bersarapan dulu di kedai berdekatan rumah. Tengokla my Abah. Poor him. Kurus sangat dia. Kalau boleh bagi, dah lama T bagi daging T yang berlebih berkilo-kilo ni kat dia. Tapi apakan daya. Memang tak boleh pun! Sihat dalam sakit beginilah keadaannya. Setiap hari T berdoa semoga dipanjangkan umur Ma & Abah. Semoga mereka dapat hidup lebih lama. Semoga T terus dapat berbakti kepada mereka berdua. Insya Allah. Kalau balik ke rumah ni, t suka perhatikan ikan-ikan di dalam kolam ni. Hilang rasa masalah dok tengok pergerakan mereka. Ralit rasanya! Itu menu Ayam Perap goreng, Ikan Selar Kuning Goreng & Masak Kicap, Ikan Gelama Jeruk, Ulam Timun Batang & Kacang Panjang & Buah Epal, Ma yang masak. T cuma menyediakan bahan-bahannya. Big Apples Donuts Mr. Hubby beli di Kuantan hari Selasa lepas. Teringin sangat nak makan donuts. Nak-nak yang ada perisa Kacang & Chocolate! Yang si Adib tu pulak, kami belikan dia sepasang kasut warna Hitam hari Rabu lepas. Dia nak pakai masa buat persembahan Boria di Mesyuarat PIBG di sekolahnya. Nanti T try uploadkan videonya di sini. 8-)

Comments

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang