Friday, May 06, 2011

MELAKA - JB

Assalamualaikum

Okey, pagi ini 300411 setelah bersiap-siap dan daftar keluar bilik hotel, Hallmark Leisure, kami bersarapan bersama-sama sekitar jam 8.40 pagi.



Budget hotel, sekitar RM80 untuk satu malam. Tapi puas hati sebab barang-barang dalam bilik masih baru. Air pancuran dalam bilik air pun sangat selesa sebab ia berbentuk bulat lebar. Syok mak dok mandi.. Ngeeee.....




Kemudian kami singgah di Mc'D di Dataran Pahlawan. Tapau Family Breakfast Box Set B untuk dibuat bekal dalam perjalanan kami ke Johor Bahru. Harganya RM26 something. Dari Melaka pukul 9.14 dan kami sampai di JB dua jam selepas itu. Alhamdulillah. Hampir 3 tahun tak datang ke JB. Hari ini Alhamdulillah. Sampai jugak buat kesekian kalinya.




Kami terus ke Tune Hotel di Danga Bay untuk check-in bilik. Yup! Bilik dah booking untuk 2 malam seterusnya. Untuk satu malam harganya sekitar RM70 tak ditambah caj tax jugak towels dan alatan mandi. Dan kemudian kami ke ejen menjual tiket bas untuk ke Universal Studios Singapore esok hari. Harga tiket untuk dewasa sekitar RM53.00 dan untuk kanak-kanak sekitar RM25.00. Juga kami diberikan "white form" untuk diisi sebelum masuk ke Singapore. White form tu diberikan secara percuma sahaja.




Kami tak terus masuk bilik, kami terus pergi lunch sekitar pukul 1.00 tengahari di Restoran Singgah Selalu. Restoran yang wajib kami singgah sekiranya kami bercuti ke JB. Disarankan untuk kamu semua juga yang berhajat bercuti ke JB jika berkesempatan. Amat dialu-alukan. Untuk lunch ini kami dikenakan harga sekitar RM48.00.




Kemudian, kami terus gerak ke City Square pulak. Cari apa-apa yang patut. Dah dapat yang berkenan di hati, kami pun terus masuk ke bilik di Tune Hotel.




Standardlah bilik di Tune Hotel, kecil dan comel saja deconya. Simple dan murah. Cukuplah untuk kami rehat dan tidur selama 2 malam.






Okey, sekitar 6.30 petang, kami keluar ke The Zon, Stulang salah satu lagi tempat yang wajib kami kunjungi jika ke JB. Cari apa di sini? Adalah dapat 2,3 barang keperluan. Cukuplah tu. Kalau nak ikut hati, dengan tempat shopping tu sekali aku bawak balik.. Gagaga... Sengal ko!




Untuk dinner sekitar jam 9.00 malam, di port biasa kami, Restoran Zorro. Dekat je dengan The Zon. Dok makan Otak-Otak yang masih panas dan jugak pekena Mee Hoon Sup + Limau Nipis Suam. Untuk dinner kami dicaj sebanyak RM44. Sambil makan dok tengok rancangan Majalah 3 berkaitan isu Ikan Patin di Temerloh. Bangga mak tempat mak masuk tibi! Aha!





Balik ke bilik sekitar 10.3o malam, dok pulun isi "white form" dan terus sediakan pasport kami 3 beranak. Dan dalam pukul 11.30 malam dah mula masuk tidur. Night-Night!




Ini duit yang ditukar oleh Mr. Hubby tadi. 500 Dollars Singapore bersamaan dengan RM1014. Tak berhajat nak shopping di sana. Jalan-jalan cuci mata saja. Itu sudah memadai.



1 comment:

ZanaNordin said...

wah kak tie....
pergi johor yerk..
nak ke singapore masuk USS
bestnya..
salh satu tempat yang nak pergi tapi tak sampai2 lagi..
coz' passport batrice tak boleh nak buat lagi...ada masalah sikit..hik hikhii...tp insya allah, by tahun nie kami pastikan kami akan ke sana jua..

comel jer bilik kat tune hotel tu yerk kak tie
tak kisah ler kak tie..
bilik kecil ke..janji selesa udah ler....yang penting murah...

kan