Posts

Showing posts from July, 2011

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-13

25072011 - 31072011



Bayi : Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.


Ibu : Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda "buncit". Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.


T baru balik check-up di Klinik Kesihatan Simpang Songsang tadi. Berat still tak naik. Maintain 83kg jugak. Nurse tanya, "Kenapa berat tak naik?" T jawab, "Saya makan dan muntah kot!" Kenapa berat still tak naik ye? Nak kata diet, semua makanan T berselera makan. Cuma itulah. Sebab muntah selepas makan kot. Nak-nak T kena flu, batuk jugak badan rasa panas macam nak demam 2-3 hari ni. Buat pertama kali berjumpa doktor tadi. Doktor scan p…

SIJIL PENGHARGAAN

Image
Assalamualaikum...

Nur bawa balik sijil-sijil ni tadi. Sijil Penyertaan Action Song Peringkat Kebangsaan baru-baru ini. Juga Sijil Kecemerlangan kerana mendapat tempat ke-4, Saguhati daripada 16 buah negeri yang bertanding di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.







Jumpa lagi. Till then, Love, Love, Love You!

40 MINGGU NAN AJAIB: Minggu Ke-12

18072011 - 24072011

Bayi : Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya kepada urin.

Ibu : Berat badan anda akan bertambah kira-kira 1/4 daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan berasa lebih bertenaga berbanding minggu-minggu sebelumnya.

Masuk sudah bulan ke-3. Selera makan sekarang normal. Sudah kurang berasa loya dan muntah-muntah. Cuma ada pening kepala sekejap-sekejap. Masih berasa malas membuat kerja-kerja rumah terutamanya melipat kain. Haish!

Sumber : Majalah Pa&Ma, Februari 2005

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-11

11072011 -17072011

Bayi : Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.

Ibu : Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.

SUMBER : MAJALAH PA&MA, Februari 2005

Ye, minggu ini masuk minggu ke-11 T hamil. Minggu depan dah nak masuk 3 bulan. Baby aktif bergerak tatkala azan berkumandang. Dia suruh Ummi dia pegi solat cepat-cepat. Baby, Baby! Mual dan muntah masih terasa. Selainnya, T sihat Alhamdulillah.

40 MINGGU NAN AJAIB

MINGGU KE-8

20062011-26062011

Bayi : Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah "pandai" bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.

Ibu : Perubahan bentuk fizikal mula dialami.

Aku : Ye. Berat badan semakin meningkat. So far, tiada lagi alahan. Terasa mahu muntah tetapi tidak muntah-muntah lagi setakat hari ini. Cuma terasa loya sahaja. Pagi tadi terasa perut macam masuk angin. Ada bunyi angin di dalam perut. Rasa malas nak buat kerja-kerja rumah tetapi kenalah buat juga. Lepaslah tadi dok menjemur kain. Ada 3 bakul kain yang belum dilipat. Ah! Itu bukan masalah besar. Memasak? Hari ini tidak memasak. Rasa malas nak berbuat apa-apa. Dok terbaring atas katil saja. Apa yang aku pikir? Entah? Segala rasa macam b…