40 MINGGU NAN AJAIB: Minggu Ke-12

18072011 - 24072011

Bayi : Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya kepada urin.

Ibu : Berat badan anda akan bertambah kira-kira 1/4 daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan berasa lebih bertenaga berbanding minggu-minggu sebelumnya.

Masuk sudah bulan ke-3. Selera makan sekarang normal. Sudah kurang berasa loya dan muntah-muntah. Cuma ada pening kepala sekejap-sekejap. Masih berasa malas membuat kerja-kerja rumah terutamanya melipat kain. Haish!

Sumber : Majalah Pa&Ma, Februari 2005

Comments

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang