Thursday, July 28, 2011

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-13

25072011 - 31072011



Bayi : Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.


Ibu : Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda "buncit". Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.


T baru balik check-up di Klinik Kesihatan Simpang Songsang tadi. Berat still tak naik. Maintain 83kg jugak. Nurse tanya, "Kenapa berat tak naik?" T jawab, "Saya makan dan muntah kot!" Kenapa berat still tak naik ye? Nak kata diet, semua makanan T berselera makan. Cuma itulah. Sebab muntah selepas makan kot. Nak-nak T kena flu, batuk jugak badan rasa panas macam nak demam 2-3 hari ni. Buat pertama kali berjumpa doktor tadi. Doktor scan perut nak tengok baby. Temujanji akan datang, 2 minggu dari tarikh hari ini. 110811. Baru lepas makan ubat batuk yang doktor bagi tadi.

2 comments:

MamaYatie said...

salam ti..pregnant?? Alhamdulillah...tumpang gembira!! :)

MamaYatie said...
This comment has been removed by the author.