Friday, July 08, 2011

40 MINGGU NAN AJAIB

MINGGU KE-8

20062011-26062011

Bayi : Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah "pandai" bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.

Ibu : Perubahan bentuk fizikal mula dialami.

Aku : Ye. Berat badan semakin meningkat. So far, tiada lagi alahan. Terasa mahu muntah tetapi tidak muntah-muntah lagi setakat hari ini. Cuma terasa loya sahaja. Pagi tadi terasa perut macam masuk angin. Ada bunyi angin di dalam perut. Rasa malas nak buat kerja-kerja rumah tetapi kenalah buat juga. Lepaslah tadi dok menjemur kain. Ada 3 bakul kain yang belum dilipat. Ah! Itu bukan masalah besar. Memasak? Hari ini tidak memasak. Rasa malas nak berbuat apa-apa. Dok terbaring atas katil saja. Apa yang aku pikir? Entah? Segala rasa macam bercampur menjadi satu. Sensitif pulak lately ni. Salah sikit aje menangis. Salah sikit aje menangis. Hubby cakap sensitifnya! Jangan menangis. Nanti baby dalam perut pun sedih! Makan Nasi Lemak Sambal Kerang yang menjadi kegilaanku satu ketika dulu pun menangis. Rasanya dah tak sedap. Lepas makan terus masuk dalam toilet. Tak basuh kerang tu elok-elok agaknya. Sakit perut aku pagi tadi! Em, kadang-kadang rasa sembelit jugak. Seksanya! Kena banyak minum air masak. Kang, banyak minum air masak, kerap nak kencing pulak. Serba-salah dibuatnya! Beginilah aku setelah hamil. Rasa diri kosong. Tak boleh berbuat apa-apa. Nak melasak sikit pun takut. Nak makan pun takut. Nanti berat lagi naik. Memang serba tak kena. Harap-harap keadaan ini tak lama. Tak suka berada di dalam situasi begini. Rumit lagi menyulitkan. Aku nak happy-happy je. Tak boleh ke?

MINGGU KE-9

27062011-03072011

Bayi : Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.

Ibu : Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.

Ye. Perubahan hormon. Sudah mula sindrom mabuk. Makan dan muntah kemudiannya. Tidur melepek sahaja. Tidak produktif langsung! Rasa malas menyelubungi. Rumah berselerak sudah tidak dipeduli. Kain berbakul-bakul setia menanti. Tapi tuan punya badan dah mula rasa malas nak berbuat apa-apa. Ah! Bilalah keadaan ini mahu berakhir. Tak suka berada di dalam situasi begini. Menyesakkan sekali! Rimas jadinya! Help! Tolong!

MINGGU KE-10

04072011-10072011

Bayi : Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.

Ibu : Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

Sedar tak sedar, dah masuk 10 minggu si kecil ni berada di dalam perut. 2 minggu lagi akan berusia 3 bulan. Masih lagi berlanjutan sindrom makan dan muntah. Sudah tidak tahan lagi. Rasa malas masih ada. Baru malam tadi dok melipat kain sebanyak 3 bakul. Esok bakal menjelma bersama tugasan rumah yang tidak pernah sudah-sudah. Get use to it babe!

SUMBER: Majalah Pa & Ma, Februari 2005

No comments: