Sunday, July 10, 2011

AHAD YANG PENAT

Pagi ni keluar bersarapan dekat kedai makan area Masjid Abu Bakar Temerloh. Pekena Nasi Berlauk & Teh 'O' Panas. Sudah makan, kami jalan kaki menuju ke Pekan Sehari. Dah cari Kuih-Muih serba sedikit, kami pun pulang ke rumah. Dok rumah pulun melipat kain baju sebanyak 4 bakul itu. Oh! Memang banyak. Bab membasuh rajin, letak je dalam mesin basuh, bab nak melipatnya, Alahai malas sungguh! Dan dalam malas + penat tu, T cuma masak Ayam Masak Kicap & Ikan Kembung Berlada saja for lunch tadi. Daripada pukul 4 petang tadi dok bersantai berbaring-baring. Sambil layan makan Kacang Pistachio beli kat Pekan Sehari pagi tadi. Nikmatnya dapat berehat! Ahad korang macammana pulak? Cer cite, cer cite...




Till then, Love, Love, Love You!

No comments: