Saturday, July 23, 2011

APA YANG SAYA SUDAH MAKAN?

Assalamualaikum...

Sorry ye? Asyik bercerita pasal makanan saja. Saya tak ada modal nak bercerita. Duduk di rumah saja so ini sajalah modal untuk entry kali ini. Kalau siapa-siapa tak suka, saya mintak maaf ye? Sebab saya asyik dok bercerita pasal makanan saja. Macam tak ada isu lain, kan? Maafkan saya ke tidak ni? Ngeeeeeee...

18072011

Ini Mr. Hubby belikan Sotong dan Udang Celup Tepung Goreng bersama Sata dan Otak-Otak di Tg. Lumpur, Kuantan. Sedap ni! Pernah makan di kedai ni dan rata-rata setiap masa kedainya penuh dengan orang ramai. Sampai berebut-rebutkan meja nak duduk makan. Sampai ada yang akan berdiri di sebelah meja ketika anda sedang menjamu selera. Rasa tak selesa dibuatnyakan bila orang berdiri di meja tatkala kita sedang menjamu selera? Tak tak selesa dan cepat-cepat nak habiskan makan coz kasihankan orang yang dok menunggu tu. Lokasi kedai ini adalah di sebelah Balai Polis area Tg. Lumpur tu. Mana tahu kot-kot korang terlajak ke sini, bolehlah singgah sini untuk datang makan-makan ye?



19072011

Mr. Hubby ke KL dan tanyakan T nak makan apa? T cuma nak makan Croissant Tuna ni saja, Adib pulak nak Croissant Sandwich. Manakala Nur cuma mahu makan Donut sahaja. Yummy!!




20072011


Beli kasut sekolah anak-anak di BATA. Jugak belikan sandal T dan jugak sandal Nur. Tengah dok pilih sandal dengar satu lagu sedap ni. Pernah dengar semasa menonton filem "Menculik Miyabi" di ABO. Tanya pekerja BATA tu, "Adik tahu lagu apa ni?" Dia terus jawab, "Aishiteru kak". Oh! Betullah. Masa dengar sambil tengok filem tu senikata dia ada sebut Aishiteru, dalam Bahasa Jepun. Maknanya Saya Cintakan Awak. Kan, itu maknanya Aishiterukan korang? Dia pun cakap, "Lagu tu dalam cerita Cinta Melody". T jawab, "Ooo, tak tengok cerita tu tapi dengar dalam filem "Menculik Miyabi". "Saya ada lagu tu kak. Akak nak saya bluetooh?" Wah! Apalagi, terus bergigi birulah kami. Tq ye Miss Tinie. Oh Aishiteru!




Singgah di kedai Permata Herba pulak beli majalah ni semua. Naik pening aku dok baca Majalah PA & MA sekarang! Banyak benau iklan-iklan pasal barang-barang keperluan baby moden zaman kini. Macam-macam barang ada. Berwarna-warni. Naik pening sungguh! Buat aku teruja gila nak membeli aje. Tapi harganya boleh tahan mahal tu. Nak-nak lampin jenis Lunatots tu. Katanya jimat lagi daripada menggunakan lampin pampers biasa tu. Tengoklah nanti macam mana. Akan dibeli atau tidak. Kita tengok budget dulu ye baby? Kita tanya Abah dulu ok? Hehe...




21072011


Nasi Beriani Ali, Mentakab. Ada client belanja di office tadi. Mr. Hubby bawa balik untuk kami makan for lunch. Dah lama jugak tak pekena Nasi Beriani Ali ni. Memanglah sedap bila makan sekali-sekala ni. Kalau makan selalu, jemu jugak, kan? So, Terima Kasihlah buat yang sudi membelanja kami ni ye?





Untuk dinner, Hubby beli lauk di Restoran Batu 1. Ada Tom Yam Campur, Telur Dadar, Puyuh Masak Pedas, Kerabu Sotong, Daging Goreng, Sambal Belacan dan Timun. T cuma masak Nasi saja. Kenyang makan. Alhamdulillah.




22072011


Mr. Hubby pergi KL lagi hari ini. Dia call tanya nak makan apa? Nasi Arab di Restoran Al-Amin di Greenwood Gombakkah atau mahu makan apa? T cakap nak makan Roti Croissant Tuna lagi di Dunkin Donuts. So dia belikan ini untuk kami 3 beranak. Tengok ini sambil menonton Tahajjud Cinta. Seri, baik kau hati-hati dengan Ustaz gatal itu! Haha!!





23072011


Kami keluar bersarapan di Taman Seri Semantan tadi. Pekena Nasi Kerabu kaw-kaw masakan Orang Kelantan kat sini. Nasi Kerabu Mok Nab. Dibalas bersama Air Horlicks Panas. Syukur Alhamdulillah. Kenyang kami dok makan tadi. Gambar ini diambil dengan menggunakan HTC yang baru Mr. Hubby belikan. Lagi jelas dan terang gambarnya kalau nak dibandingkan dengan my BB Torch :-( Tukar handphone bang, buleh?




Selesai bersarapan, kami ke The Store pulak. Cari barang dapur sikit. Anak-anak yang berebut mahu membawa bakul yang berisi barang-barang pilihan hati.





Buah Kiwi Zepsri yang berwarna Kuning - Gold. Rasanya manis-manis sedikit. Kalau dibiar sehari dua, lagi Kuning dan manis isinya kot. I hope so! Tengok dalam magazine, terus je terliurkan buah ini. Biasa dok makan Buah Kiwi yang berwarna Hijau tu.




Dua tiga hari ni memang teringin betul nak makan Spageti. Jalan-jalan blog kawan, tengok dalam majalah, ada je menu ni. So, apa lagi. Dah beli bahan-bahannya di The Store tadi, balik rumah kita main masak-masaklah. Inilah dia rupa my simple Humble Spaghetti Bolognaise T. Kalau ditaburkan keju dan dimakan panas-panas lagi sedap. Tapi itulah. Tak berani beli Keju sebarang. Takut tak halal.




Selera betul Nur dok makan tadi...





Ok. Modal cerita sudah habis. Kita sambung borak next entry ye? Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

4 comments:

Shima Md. Zahar said...

ok jerk T.. saya laa orang yang paling sukaa blog u, macam-macam ada jenis makanan yang u pamerkan.. i likee.. hhehehe.. orang lain tak suka tak per.. saya sookaaaaa.. hahahahaha

wow.. palinggggg bestttt tu spagetti... nyumm nyumm..

suka tengok dua beradik tu.. nur comeeeiii


jaga diri tau... jaga bb dlm perut tu....

ainie syeema said...

best nye sata !! ainie suke giler :)

Cikgu Yus said...

takpa T...cheq suka kalau citer bab makan2 nie..btw, sedap lak nmpk spaghetti tu

@nnap3jelov3b@by@qiL said...

manis nyer ank dara dia :D