Sunday, July 31, 2011

BALIK KAMPUNG!

Assalamualaikum...

Apa khabar? T baru dapat bersiaran hari ini. Ini pun dah agak lewat masanya. Tak apalah, janji sempat berupdate, sudahlah iye? Tak best pulak rasanya kalau dibiarkan blog tak berisi dengan cerita-cerita terbaru. Amboi! Banyak ke cerita terbaru kali ni? Agak-agaklahkan.. Hehe...

28072011

T buat Nasi Goreng Cili Padi, Goreng Nuget Tempura Ayamas dan potong Buah Tembikai. Ini untuk lunch T dan anak-anak. Alhamdulillah.




29072011



Ini pulak menu yang menjadi lunch kami. Beli di kedai saja. Ada Ikan Patin Masak Tempoyak, Sambal Ikan Tilapia, Sayur Lemak Kuning Rebung dan Ulam Kacang Botol. Alhamdulillah.





30072011



Kami lunch di Restoran Ali di Mentakab. Masa pergi orang penuh tengah makan di dalam kedai. Tunggu dekat 5-10 minit dan dapat 1 meja ni. Mula-mula order 4 pinggan saja Nasi Beriyani Ayam. Last-last tak cukup. Ambik sepinggan lagi. Tapi T tak makan bertambahlah. Anak-anak yang nak menambah pun. Huih! Bukan main. Makan banyak budak-budak dua orang ni taw! Keluar dari restoran ni, kami ke The Store. Cari barang dapur sikit. Kemudian, tapaukan MC'D pulak untuk dibawa pulang. Untuk dimakan di rumah pulak. Alhamdulillah. Kenyang makan hari ini.




Balik ke rumah, T dok proses buat Puding Karamel untuk dibuat buah tangan ke Kuala Krau. Selepas usai Solat Asar, kami pun balik ke sana. Abang dan adik bongsu ada balik juga.




Ini pulak Kek Coklat Lembab yang dibuat oleh My SIL. Yummy! Sedap! Tq so much Kak Shikin!



Nur dan sepupunya, sama umur ni. Nur dan Alia.





Selepas Solat Maghrib berjemaah, kami dinner bersama-sama. Ada Ayam Masak Merah, Ikan Singgang, Sambal Ikan Bilis Kacang, Sayur Tempoyak Daun Kayu, Ulaman dan Budu. Makan bertambah ok, sebab ada budu tu. Budu Sedap nama dibotolnya. Haha.. Memaaaaaaaaang sedap!





31072011



Ma buatkan Nasi Lemak hari ni. Ada Rendang Tok yang dibuat oleh My SIL malam tadi. Makan tak ingat dirikah aku dibuatnya oleh menu ini pagi tadi? Hehehe.. Tak adalah.. Kita makan berpada-pada sahaja okes?








My Abah yang menjadi kesayangan... Abah menyambut ulang tahun kelahiran ke 63 pada 29072011 yang lepas. Selamat Hari Ulang Tahun Abah. Semoga terus diberkati Allah, panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan selalu. Amin Ya Rabbal Alamin.




Lunch untuk hari ini. Ada Rebung Masak Lemak Kuning, Rendang Tok, Sambal Udang Petai, Ulaman dan Budu Sedap. Budu tak boleh tinggal tu. Hehe...




Kami nak bertolak balik dah. Abang menghala balik ke KL manakala kami menghala balik ke Temerloh. Sayang anak-anak sedara Makcik ni. Alia, Ijai dan Amir. Raya nanti depa balik beraya di Taiping. Ah! Sedih tak dapat beraya bersama tahun ini bersama mereka.




Bersama wajah kesayangan hamba. Abang tersayang, Abang Yus.





Bawa balik Rendang Tok dan Ma berikan Serunding Ikan. T rebus Ketupat Nasi Nona dan makan ini petang tadi. Ini jugaklah yang menjadi dinner kami untuk hari ini. Alhamdulillah.





Alhamdulillah, tadi kami sekeluarga bersolat Isyak berjemaah di Masjid Taman Temerloh Jaya. Diteruskan dengan Solat Sunat Tarawikh 8 rakaat. Insya Allah. Ingat dan mahu mencuba tidak tinggal puasa jugak bertarawikh tahun ini. Jika diizinkan-Nya. Baby, sila beri kerjasama penuh ye? Ummi tak mahu ganti puasa lain kali dah. Tahun ni aje kalau boleh nak penuh berpuasa pun. Please baby, boleh tolong Ummi tak? Hehe...




Okey, mahu masuk tidur dulu. Esok mahu bangun sahur. Sudah siap masak Sup Ayam dan Nasi. Tinggal esok nak goreng Telur Dadar saja.




Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa. Salam Ramadhan Al-Mubarak 1432H.




Tinggalkan kamu bersama kata-kata ini,




LOVE, LOVE, LOVE YOU!

2 comments:

KSWSK said...

mkn ramai2 lauk apapun sedap

Emy Omar said...

Selamat Hari Lahir buat abah ruzi ye..semoga diberikan kesihatan yang sempurna dan berpanjangan..insyallah