Sunday, July 24, 2011

CERITERA AHAD

Assalamualaikum...

Pagi ni keluar bersarapan di gerai berhadapan kedai SAKAN TEMERLOH. Pekena Roti Canai Sardin bersama Milo Panas.



Terliur tengok Nasi Lemak yang diisi oleh kakak tu, panas berasap untuk order orang lain. Order Nasi Lemak ni. Ada Sambal Bilis saja. Lauk lain sudah habis. Kongsi makan Nasi Lemak ni 4 beranak. Buat merasa. Dan tak rugi kami merasanya. Sedap! Maka kenyanglah perut kami makan sarapan pagi ni. Alhamdulillah.


Sudah habiskan air, kami menuju ke satu tempat ini pula. Ke mana? Mahu tahu?



Cari barang sikit di Jualan Gudang The Store di Dewan Tun Razak Temerloh. Adalah shopping sikit. Tak boleh beli sebarang sekarang. Kena berjimat sekarang. Fikir budget untuk raya, anak-anak nak sekolah dan si kecil di dalam perut ni. Banyak nak pakai duit tu. Tak boleh boros macam dulu-dulu dah. Beli mana yang perlu saja. Maklumlah, T tak bekerja. Harapkan duit gaji my Hubby saja.



Kemudian kami ke Bukit Angin. Ingat nak makan di tempat biasa kami makan tapi kedai tu semalam dan hari ni tutup. Kami try beli di satu kedai ni. Yang mana kami tengok kedai ni sentiasa penuh dengan orang ramai. Tengok-tengok rupanya kedai nilah yang depa dok bising masuk surat khabar pasal kena charge sampai beribu hari tu. Patin Muncung Masak Tempoyak untuk seketul harganya RM70. Itu Ikan Patin Asli yang paling sedap. Tapi T tak pernah try lagi. Agak aje sedap sebab harganya yang mahal. Mahal tentu sudah bermaksud sedapkan? Agaknya depa ambik banyak lauk tu bersama dengan Gulai Lemak Udang Galah. Tu yang harganya mahal betul. Nak-nak pulak ramai yang datang makan hari tu. Buat gempak saja depa ni dalam paper. Nampak artikel tuan kedai menjelaskan hal sebenar yang telah berlaku. Dan barulah orang faham. Untuk Ikan Patin biasa yang mana kalau yang macam T beli ni RM7 seketul. Gulai Lemak Ikan Krai tu RM20 dalam bekas putih tu. Sedap rasanya. Tapi ikan ni jenis bertulang. So, kalau makan kenalah berhati-hati. Semua harga makanan ini T bayar sebanyak RM36.00. Balik rumah T masak Nasi saja.



Kelmarin masa tengok blog Kak Ratna, T tertarik dengan satu menu ni. Resepinya ada di sini,
http://mamawandiha.blogspot.com/2011/07/spagetti-lemak-pedas.html
Silalah mencuba ye? Tak rugi punya. Mr. Hubby dan anak-anak pun laju dok makan tadi. Sedap dimakan panas-panas. Untuk korang, selamat mencuba ye? Kak Ratna memang seorang yang pakar memasak segala jenis masakan dan sangat peramah orangnya. Setiap kali berkunjung ke blognya, pasti T rasa teruja dan lapar sebab semua masakan yang dihasilkannya, nampak sangat menyelerakan. T pernah berjumpa dengan Kak Ratna sekali. Sangat baik dan friendly orangnya. Cerita dan gambar T bertemunya ada di sini, http://watiyusof.blogspot.com/2009/09/pindah.html



Okey. Berhenti di sini dahulu. Ada masa T update blog lagi. Last but not least, I LOVE, LOVE, LOVE YOU GUYS! Take care ya?

4 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Assalamm T...

Ishh... T bikin gempak aje.. ingatkan apa yg diumpat tadi... Keluar kisah ikan patin...ingatkan pasal hairan akak tak mkn ikan patin yg sedap & disukai ramai tu... hehe... Rupanya pasal lain..

T akak sebenarnya bukannya pandai sangat masak2 ni T... betul akak ckp ni.. akak cuma minat mencuba resepi orang atau resepi2 baru yg dirasakan menarik di hati akak.. lagi satu memang minat akak dari dulu suka mengumpul & mencuba resepi.. di zaman yg serba moden ni.. kita boleh kumpul resepi yg dicuba di dalam blog berserta gambarnya sekali.. itulah sebenarnya yg buat hobi memasak jadi lebih menarik & seronok.. sebab boleh abadikan kenangan gambar2 yg kita dah masak dlm blog... tapi tak taulah sampai bila akak larat buat semua hobi yg menyeronokkan ni.. mungkin satu hari nanti hobi ni hanya tinggal kenangan di sini...

apa2pun.. t.kasih utk kata2 manis dari T.. actually T juga seorang yg baik hati, peramah & pemurah lagi.. tak terbalas kebaikan yg dah T lakukan pada akak.. t.kasih kerana sudi bersahabat dengan akak yg serba kekurangan ni yer... akak doakan semoga T sentiasa bahagia bersama2 family tersayang.. AMIN..

.:nhalilah:. said...

spagetti?? terus masuk menu utk dinner malam ni kak..

p.s: kak ratna ni mmg la peramah.. betul saya x tipu.. pandai masak pulak tu..

FarEast said...

full hari ahad anda ... sedangkan saya kena kerja ... huwaaa!

mizzura said...

oh..tak pernah dgr spagetti lemak pesas...unik nih..

Wordless Wednesday|What kinda book should i read?|