Monday, July 18, 2011

KERJA MAKAN!

Assalamualaikum...

14072011

Dinner malam ni T masak Singgang Ikan Kembung, Ayam Percik, Ikan Gelama Jeruk, Telur Dadar dan ada ulam-ulaman, Budu dan Buah Pisang. Syukur Alhamdulillah. Rezeki malam ini. Mak Ayah Mertua datang bersama family Abang Ipar dari Kelantan.



15072011

Sediakan sarapan. Goreng Karipap dulu. Karipap Frozen yang dibawa oleh Biras T. Sedap betul rasa intinya.




Mee Hoon Goreng Putih. Ini saja yang terlarat T sediakan untuk sarapan.






Mr. Hubby tambah beli kuih-muih. Karipap dan Kuih Lapis.




Kuih Apam dan Kuih Kaswi. Syukur Alhamdulillah. Selepas bersarapan, Mak Ayah Mertua dan family Abang Ipar menuju ke Melaka pulak. Rumah Abang Ipar T.





For dinner, Mr. Hubby belikan Ikan Tilapia Bakar dan Sup Ekor di Restoran Tifa. Anak-anak pulak makan Nasi Goreng USA dan Nasi Goreng Kampung. Alhamdulillah. Kenyang dok makan tadi.





16052011


Kami keluar bersarapan Roti Canai di gerai makan berhadapan SAKAN TEMERLOH. Jalan menghala ke Pasar Temerloh. Sedap rasa semua jenis Roti Canai di sini. Siap berbungkus Roti Telur 4 biji buat balik ke Kuala Krau. Singgah ke Pasar beli Ayam dan cari Buah-Buahan. Nak balik Kuala Krau ziarah Ma dan Abah.





Ini Roti Bom. Sedap! Syukur Alhamdulillah.




Ma sediakan Ikan Cencaru Sumbat Goreng, Gulai Lemak Kuning Ikan, Sup Kaki, Kacang Botol dan Buah Anggur. Sambal Cili Hijau dan dan jugak Sambal Tempoyak pun ada. Sedapnya makan masakkan Ma! Alhamdulillah!





Kuih Lompat Tikam, Puteri Mandi, Kuih Koci dan Kuih yang warna pink tu. Lupa apa namanya. Biasa orang letak inti Kacang Hijau dalam tu. Sedap rasanya!




Goreng Keropok Lekor yang diberikan oleh Biras T. Dia beli di Terengganu.





Dinner di sebelah malam. Goreng Ayam saja sebab lauk lebihan lunch tadi masih ada. Masak Nasi dan panaskan lauk-lauk yang ada. Lagipun dah kenyang makan Pulut Durian di Masjid tadi. Malam nikan malam Nisfu Syaaban.




17072011


Ma belikan Nasi Berlauk ni. T buat Air Teh 'O' sahaja. Alhamdulillah.




Ma buatkan Kuih Onde-Onde ni sebelum kami pulang ke Temerloh. Badan tak berapa sedap. So lepak rumah, baring tidur saja.




Tengahari tadi T tak makan. Suami dan anak-anak je yang makan. Hubby ajak keluar dinner di Restoran Alias Tom Yam di Mentakab. Mr. Hubby order Ikan Siakap Bakar, Tom Yam Campur, Telur Dadar, Sotong Celup Tepung dan Sayur Campur.




Mr. Hubby mintak tambah Sup Ayam bila dia tengok Tom Yam Campur sudah habis. Haish! Kerja makan saja. Nasib tak loya dan muntah dah. Syukur Alhamdulillah. Rezeki yang Allah berikan kepada kami supaya perut tidak kelaparan.





Nur mintak ambil gambar di sini. Kalau guna DSLR lagi cun! Tapi tak bawalah pulak. Guna my BB Torch saja.





Majalah-majalah bulan Julai. Ada yang sudah dibaca. Ada yang belum dibaca. Banyak isu Bulan Ramadhan dan Raya. Vavavava, I Like!






Jumpa lagi. Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

2 comments:

Fieza79 said...

hamboi T...dasyat2 makanan kat sini...terus naik nafsu makan..!

ainie syeema said...

best nye ! suke makan jugak? me too !
* i folow u :)