Monday, July 18, 2011

RIAK

Assalamualaikum...

Tajuk entry kali ini adalah RIAK. Siapa tahu maksud riak? Pengertian Riak . Riak yang aku maksudkan, Riak Dengan Perkataan. Aku mulakan Z (kawan yang aku kenali ketika berada di Tingkatan 5. Aku kenal dia sebab dia "bercouple" dengan kawan aku N. N adalah kawan aku semenjak kami berdua masih kecil lagi) yang bermati-matian memberikan balasan komen ketika aku mengutarakan isu aku menyokong Bersih 2.0. Sikit-sikit dahlahkan? Ini tidak. Dia yang over bagai. Sampai tahap meroyan dah aku tengok! Dah bagi penjelasan still tak mahu dengar. Siap dengan riak berkata dia dulu pernah jadi pegawai kerajaan. Bergaji besar. Nak tanggung anak-anak nanti tak ada masalah sebab banyak duit. Kerja dengan pekerja-pekerja Asing di perkapalan Asing. Sekarang dia kerja kapal. Alahai! Nak muntah aku dengar der! Aku adalah jugak kenalan malah di kalangan family yang bergaji berpuluh ribu. Tapi babe, tak ada pulak di kalangan mereka yang aku kenal ni, riak dengan gaji puluh ribu mereka. Mereka semua down to earth. Tak kalut macam kaulah Z! Relaxlah bro! Allah nak tarik rezeki kau, sekejap saja. Sekelip mata. Dia kata "jadi", maka "jadilah". So tak payah kau nak berbangga diri dengan duit kau tu. Pulak tu mamat ni aku memang dah lama nak sound. Apa-apa status kawan-kawan, cepat benar dia bagi komen yang berbaur dia lebih hebat. Dulu pernah aku tulis pasal suami aku mabuk laut. Dia siap kata, "kalau nak ke laut, tanya aku dulu. Aku pakar pasal laut pasal kerja perkapalan. Aku jawab, "semua tu kerja Allah. Mana nak tahu masa suami aku nak ke laut, berlaku ribut bagai. Pernah jugak aku tulis status, "jalan di KL jem". Dia bagi komen, "aku kalau jalan-jalan di KL, semua jalan tikus aku tahu, dah lama belajar masa di KL dulu"! Aduh! Tak mudah lalu der! Suami aku bukannya buta jalan di KL nun. Tempat mainan dia jugak. Cuma nasib time tu jem kereta banyak tak boleh lalu ke mana dah. Dia pikir dia hebat. So, apa-apa saja pasal orang lain, tak ada maknanya pada dia. Baru-baru ini aku ada baca status dia di fb, kawannya lelaki telah meninggal dunia. Sakit apa tahu? Dia tulis Kanser Rahim! Isterinya N perbetulkan, "Bukan Kanser Rahim Abang, Kanser Prostat. Z jawab, "sudah tukar ke? N jawab, "mana tukar, memang begitulah frasanya. Aduh! Gelak guling-guling aku dok baca komen-komen tu. Itulah, hebat sangatkan? Sampai lelaki pun ada rahim ke der? Turut sama memberikan komen tentang Bersih 2.0 tu, kawan-kawan aku yang menyokong kerajaan. Mereka beri komen tapi tak ada masalah dan bahasa pun baik-baik belaka. Taklah macam Z yang awal-awal lagi dah "wak lu" kat aku. Dua kali dia "wak lu" kat aku! Dasar! Juga ada seorang kawan sekolahku semasa di sekolah rendah yang bergelar Ustaz (Ustaz R) memberikan penerangan yang sejelas dan sewajarnya tentang Bersih 2.0. Z tak mahu dengar langsung malah Ustaz R telah berkata kepadaku, "T, aku mengalah dan menarik diri daripada perbincangan ini sebab dah mula menimbulkan masalah" (di antara aku, Z dan dia sendiri sebab Ustaz R pun berkawan dengan N). Tapi dia cakap, "Aku mengalah bukan sebab aku kalah". Z apa lagi. Seronok benar dia tatkala Ustaz R sudah mengalah dan meminta maaf kepadanya andainya ada komen-komen Ustaz R yang mengguris hatinya. Z siap cakap dia okey, "cuma aku tak nak mengalah dengan wati". Aku terus reply komennya, "kau ingat aku nak mengalah dengan kau, sorrylah". Hilang kawan macam kau ni satu sen pun aku tak rugilah!" Orang tengah sakit hati. Ha kau! Terus aku bagi komen begitu. Dah berhari-hari dia komen padahal kami dah stop pun bincang hal ni. Dia saja nak bangkit-bangkitkan hal ni semula. Dia jawab, "I pun tak heran. I pun ramai kawan." Siap cakap, "nanti jumpa di episode kedua"! "Episode ke dua ke, episode 300, 400 ke, ikut kaulah Z. Lantas aku remove dia daripada friend list aku. Tak lama lepas tu aku ke page FB isterinya pulak, N. Sah! N dah remove aku. Padahal aku tak gaduh dengan dia pun. Z suruh agaknya N remove aku kot. Atau N sendiri yang remove aku. Kawan sekolah dari darjah 1 sehingga tingkatan 5. Setelah berbelas tahun berpisah, tahun lepas kami berjumpa di FB. Apa boleh buat, aku remove suaminya. So, dia balaslah dengan remove aku pulak. Er, aku rasa rugi ke? Hilang Z aku okey, tapi hilang N aku rasa ralat sikit. Emm, aku rasa Z tak mahu mengalah dengan aku sebab aku ni bukan siapa-siapa. Belajar tak tinggi, orang kampung. Aku sedar tu. Tapi tak semestinya aku tak belajar tinggi, tak sambung degree macam Z dan N, cakap aku semuanya tak boleh pakai. Ada jugak yang boleh dipakai kot. Dan masa aku tulis komen, "kau ni memang riak Z! Berbangga diri dengan kejayaan kau". Dia jawab, "kau pun riak. Ambik gambar makanan, makan makanan mewah, pergi tidur hotel sana-sini tu riaklah jugak. Ni aku nak bagitahulah. Aku sorang je ke yang suka ambik gambar makanan? Orang lain pun ramai berbuat yang samalah! Aku sorang saja ke yang turun naik hotel ke sana-sini? Orang lain jugak berbuat yang sama. Aku ni gambar Kuih Cekodok Pisang yang aku makan 2,3 biji tu pun aku ambik gambar tau! Letak kat blog, letak kat Fotopages. Minat ambik gambar punya pasal. Aku turun naik tidur hotel sana-sini pun, bukannya hotel 5 bintang pun. Hotel murah-murah je babe! Tak ada rasa nak meriak pun sebab aku tahu, kawan-kawan aku semua pun mampu berbuat demikian. Di samping mereka boleh mengambil info-info daripada gambar-gambar yang aku uploadkan. Melalui cerita yang aku sampaikan. Setakat hidup yang aku lalui beginilah. Tak adalah mewah mana. Cukup makan pakai sehari-harian. Bersyukur dengan rezeki Allah beri seadanya. Janji suamiku mendapat rezeki yang halal. Duit menggunung tinggi pun, kalau tidak halal, tak berkat hidup kita ni. Jadi buat kau Z yang masih tak mahu mengalah dengan aku, aku nasihatkan, kau tak payahlah pedulikan apa-apa pendapat aku lagi sebab aku tahu kau takkan mendengarnya. Kau hebat. Lebih hebat daripada kawan-kawan sekolah yang lain. Mana ada orang boleh lawan kau. Kaukan pernah pergi berkursus di Jepun? Tak silap aku tahun 2009. Yang tak habis gambarnya kau upload di FB kau. Er, untuk pengetahuan kau, Abang aku yang kerja kilang dulu pun, pernah pergi berkursus di Jepun selama 2 bulan. Tapi tak adalah pulak dia meriak dengan mengupload gambarnya di FBnya. Coollah. Chill! Tak semestinya orang kau pandang tak ada benda, tak ada apa-apa yang boleh dibanggakan. Tak semestinya kau belajar tinggi, kau betul, kau dapat segala apa yang kau nak. Fikirlah. Semua itu ketentuan Allah S.W.T. DIA MAHA HEBAT. DIA MAHA BERKUASA. Kita hamba-Nya yang lemah dan sentiasa berbuat kesilapan. Sesungguhnya baru aku tahu your true colour. Macam aku cakap, aku hilang kau aku tak rugi apa. Cuma yang ralat, aku hilang N disebabkan kau. Buat N, untuk pengetahuan kau, aku sayangkan kau sahabatku. Semoga kau bahagia dengan hidup kau dan family kau. Amin.

Cukuplah untuk kali ini. Panjang aku dok berleter. Kalau ada cerita terbaru tentang Z dan N, aku beritahu kemudian. Till then, dengan penuh riak aku katakan ini. I LOVE, LOVE, LOVE YOU! Hehehehe...

9 comments:

NiezaMan said...

Assalam Ti..

Mmg ramai orang yg mcm 2 Ti..org2 mcm tu mmg rasa derang tu bagus sgt..sgt degil & tak dengar nasihat org.biarkan jer Ti..tak ke mana pon..
Harap Ti byk2 bersabar ya..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam T..

akak pun ada kenal org yg lebih kurang mcm Z tu... akak gelar dia profesor serba tau aje... kalau bercakap atau bercerita tentang apa saja.. semua dia yg betul.. semua dia nak tunjuk yg dia lebih tau segalanya.. hehehe.. so skrg dah lekatlah nama profesor serba tau walau hakikatnya dia takdelah pandai mana sgt pun.. kdg2 ada jugak buat silap mcm tulisan kanser rahim tu..

akak pun gelak guling2 pasal dia tulis 'kanser rahim' tu... kelakar betul!

mysha said...

aKak naPer terUk beNor kaWAN akaK nih??? dah le Klo saLah orG teguR tAK naK dengAR..ish2...tak payah la layan kaK...

baby daLam peWOt no maRAh2 k... soh mummY awaK cool taw...

mx9 said...

.. kerana satu isu kali ini, ramai kehilangan kawan dan tidak semesra dulu, padahal dah kenal sejak berpuluh tahun yg lalu.. sabar aje la..

..life`s too short to let politics dominate your every thought..

-SharleenZawawi- said...

alah T biarkan aje derang tu... nak riak ke hape.. kite tak rugi pun.. tak pe lah dia nak remove kite, ntah2 satu hari nanti dia carik kite balik... hmm setiap org ada pendirian, ada pendapat masing2 ttg isu bersih ke hape ke kan... biarlah nak cakap pe...
Tu ar gaji beso ke gaji kecik ke yg penting hepi dan bahagia.. cukuplah sekadar rezeki yg Allah bagi... asalkan kita sentiasa bersyukur....

Hmm T, leen tak pakai bb dah skrg dah tukau ke samsung... x dpt la nak ber'bbm' ek... hikksss...

sekamar rindu said...

salam.

entri terbaik...

*folo.

munna said...

salam ....

penyakit riak tu mmg menyampah klu dpt kawan ada penyakit mcm tu

p/s: org temerloh ke?... chicking dah buka 20/7 hari tu..tapi rasa takleh lawan kepsi

inahar ali said...

salam T..lama akak x kemari..hrp T sefamily sentiasa sihat sejahtera! besela T..umat manusia nih mcm2 ragam..jgn di ambil port sgt owg cenggini..buat kita lak yg sakit jiwa..yg penting kita hidup aman..x wat salah kt owg lain! hrp bnyk bersabar ye T..

Ruziawati Yusof said...

korang, terima kasih. ye, t tak harapkan sesiapa bersetuju dengan apa jua pandangan t. t tak bersekolah tinggi macam korang. setakat spmv aje. so t sedar diri dan rasanya memang akan kalah kalau berlawan dengan korang yang rata2 semuanya ada lulusan degree. tapi beginilah. kita ada pendapat. ada suara. negara pun berdemokrasi. bebas bersuara. jadi t pun tak mahulah spi nak bergaduh begini. hal politik kalau dicampur gaul bersama pendapat orang ramai nak2 sesama kawan yg tak sekepala, beginilah akhirnya. sering t cakap, kawan2 tak mahu lawan. politik pun politik. tak de hal nak berkawan, kan? masing2 ada pilihan masing2.. yg penting kena cool.. cuma yg t paling terkilan coz perangai riak dia tu. memang wajib seseorang menegur sikapnya yg sebegitu rupa. buat org naik menyampah. kalaupun orang tak suarakan, orang sekeliling tetap akan menyampah. t jenis mulut lepas. mulut bising tak duduk diam. sapa2 yang kenal t dia tahulah t orgnya jenis macam mana. harap t tak menjadi musuh kalian lain yg membaca blog ini. t hidup ni dh macam2 rasa. kena keji kena maki. dah biasa. benda2 gini tak de buat t heran pun. yg penting kena sedar diri. siapa diri kita. dr mana kita datang. jangan lupa asal usul. jadilah diri kita sendiri. bukan hidup atas telunjuk orang lain. inilah dia bila sudah jariku menari. takkan mahu berhenti..

sudahlah tu wati. just stop it! titik!

ngeeeee...