Wednesday, July 13, 2011

TAK NAIK!!!

Assalamualaikum...

Pagi tadi T pergi Klinik Kesihatan Simpang Songsang untuk check up. Alhamdulillah T okey sihat cuma Nurse tak puas hati sebab berat badan T tak naik. Kalau tidak selalu je dia naik tanpa diduga! Ni tak mahu naik pulak beratnya. Still maintain 83kg macam bulan lepas. Nurse nak tengok lagi 2 minggu berat T naik atau tidak. Mungkin tak naik sebab T makan dan lepas tu muntah kot. Lagi satu T agak berjaga-jaga jaga pemakanan coz takut berat naik mencanak-canak. Memang sejarah kehamilan T, every pregnancy naik sampai 20kg! Ouch! Tak dapat T bayangkan berat T akan naik sebanyak itu lagi. Dahlah sekarang ni pun dah over weight, nak bawa badan pun sudah agak tidak larat. Nanti berat badan makin naik lagi ni. For sure tu! Risau ni.

12072011


Ini gambar semasa bersarapan bersama Mr. Hubby semalam. Makan Nasi Kerabu Mok Nab di Taman Seri Semantan. Dah lama tak makan di sini. Nasi Kerabu dimakan bersama Sambal Ikan, Sambal Ayam dan jugak Milo Panas. Kuih pulak ada Kuih Cucur Badak dan Cek Mek Molek. Burp! Kenyang Alhamdulillah.





Untuk lunch, T buat Kari Ayam saja. Sediakan Budu + Buah Durian. Masak nasi dan pergi kedai belikan Ikan Kembung Bakar jugak Ulam Raja tu.





Sebelah petang teringin nak makan Mee Jawa pulak di Bukit Angin. Di Gerai Kak Zie (salah satu port T berdating dengan Mr. Hubby sebelum kahwin dulu, ngeeee) Teringinkan jugak Tauhu Sumbatnya tetapi dah habis. Tauhu Sumbatnya sedap. Nampak gayanya kena pergi lain kalilah pulak. Nak tahu, balik ke rumah. Habis semua Mee Jawa dan Air Fresh Orange "keluar". Tak ada tinggal sisa apa dah di dalam perut. Alahai! "Baby, dahlah tu buat Ummi muntah-muntah. Ummi dah tak larat tau!" :-(



13072011


Balik dari Klinik Kesihatan Simpang Songsang tadi, T pergi ke restoran kawan T. Dia baru bukak restorannya. Pekena Mee Kari Special bersama Milo Panas. Sedap rasa Mee Karinya. Ada banyak Kerang. Buat penambah kepekatan darah. I like! Btw nak tolong promote kedai kawan T ni. Nama kedainya Anjung Selera DZ. Terletak bersebelahan Bank Islam di Bandar Baru Temerloh. Tolong promote kedai kawan. Kalau-kalau singgah di Temerloh. Datanglah singgah makan di sini ye?



Habis makan Mee Kari, T bertemu kawan nak beli bekas Tupperware. Cantik bekas Tupperware tu berisi di dalam kotak tukan? Jom tengok bentuk bekasnya pula! T beli jugak satu lagi beg Tupperware tu.




Tadaaaaa!!! Cantikkan? Berwarna-warni! Colourful! Suka sangat-sangat. Kawan cakap bekas ni tak ada di dalam katalog. So, sebab dah cantik T terus ambik 2 set. Satu set lagi T ingat nak berikan kepada kawan baik T nanti. 1 for me and 1 for her. Special for her!




Okey. Lunch time bersama The Kiddos. Beli di restoran kawan T tadi. Alhamdulillah. Semua rasa makanan memenuhi selera anak tekak kami 3 beranak! Semua makanan berasa dan apalagi, esok kita g tapau lagi ye for lunch. Tak payah Ummi penat memasak dah, kan?




Stop membebel. Kita akan jumpa lagi. Till then, Love, Love, Love You!

No comments: