Friday, July 08, 2011

TERINGIN

Assalamualaikum...

06072011

T teringin sangat nak makan Sambal Ikan Bilis Kering yang dibuat oleh Biras T, Cik Ni. So hari ini dah sampai pun bungkusannya. Bungkusan dari Kota Bharu, Kelantan. Apa isi di dalam? Nak tahu jugak?



Abang Ipar poskan sekali Serunding Daging dan jugak Keropok Sira. Tu dalam bekas berpenutup merah, Sambal Ikan Bilis Kering bersama Kacang Tanah. Yummy!




Ini pulak buah tangan dari Penang. Jeruk Pak Ali. Terima Kasih Kak Anis!




07072011

Mr. Hubby tanya pagi ni nak makan apa? T jawab nak makan Nasi Berlauk Ayam Bakar di kedai berhampiran Masjid Abu Bakar Temerloh. So, Hubby pergi belikan tadi walau dia sibuk kerja kat ofis. Tq darling! Sedapnya Nasi Berlauk ni. Masih panas-panas lagi.




Kuih Cek Mek Molek ni pulak dihantarkan oleh anak saudara T petang semalam. Masih panas-panas dan baru saja diangkat keluar dari kuali. Makan kena berhati-hatilah. Ada gula panas di dalam. Ah Sedap!!!




Dinner malam tadi. T masak Asam Pedas Ayam, Daging Goreng Sambal, Ikan Kembung Goreng dan Air Sunquick. Cukuplah ni buat kami 4 beranak. Alhamdulillah.



No comments: